:3
IRFAN memandang tajam Lisa yang berada dihadapannya ketika ini. Kata pekerja di situ, Lisa datang dan memberitahu bahawa dia dibawa oleh Irfan ke restoran ini.
Pekerja itu pelik kerana Irfan sendiri memberitahu bahawa akan ada empat orang termasuk diri Irfan sendiri untuk makan di restoran tersebut.
Lisa mengukirkan senyuman manisnya dan terus memeluk Irfan. Irfan membiarkan Lisa dan menarik nafas dalam.
"Kau buat apa datang sini, Lisa?"
"Selalunya dulu I yang teman you pergi jumpa klien you, jadi I datanglah ni."
Irfan menolak Lisa menjauh. Dia menepuk bajunya seperti mempunyai debu kotor.
"Baliklah Lisa, buat semak je kau dekat sini. Aku dah bertunang, biar tunang aku je teman aku."
"Are you serious, Irfan? Kenapa you tunang dengan dia? I ni siapa?"
"Kau? Kau tu perempuan yang aku dah buang. Buat apa datang balik?"
"M-masa tu I tak tahu yang you keturunan diraja.."
"Nampak sangat kau pandang harta aku, kan? Dahlah Lisa, balik jelah. Buat sia-sia je kau datang sini."
Irfan terus jalan meninggalkan Lisa. Dia terus berjalan ke arah pintu di mana ruang makan mereka.
Lisa mengikut langkah Irfan dan saat Irfan membuka pintu, Lisa terus menerjah masuk.
"Yah Lisa!"
"Hai semua~ I Lisa, teman wanita Irfan, maaf lambat."
"Teman wanita? Bukan ke Tuan Irfan sudah bertunang?"
"Ye memang saya dah bertunang, ni saya tak kenal siapa."
Melihat wajah klien Irfan yang mula berubah apabila kehadiran Lisa tiba, membuatkan Nabila geram. Semenjak menjadi cucu kepada Tengku Iliana, Nabila semakin berani.
Nabila terus melangkah ke arah Lisa dan menarik rambut panjang Lisa dan terus membawa Lisa keluar dari bilik tersebut.
Nabila terus menghempas badan Lisa ke atas lantai restoran itu. Pintu ruang makan mereka terus ditutup.
"Yah perempuan! Kau tahu tak rambut aku ni berharga?!"
Nabila tersenyum sinis. Dia memandang tajam Lisa Karina.
"Kau memang suka jilat balik ke, betina?"
"K-kau.."
"Apa? Kau nak serang aku? Seranglah! Aku tak kisah kau nak ganggu aku, tapi jangan nak rampas tunang aku! Sibuk datang tu asal ha?!"
Nasib kawasan mereka ini mempunyai privasi, jadi tiada yang boleh mendengar perbualan mereka.
"Kau tu pulak siapa? Suka hati aku lah!"
"Aku cucu Tengku Iliana dan Tengku Razaleigh, sepupu kepada Tengku Irfan, puas?"
Terdiam Lisa jadinya. Dia langsung tak sangka dengan apa yang didengarinya.
YOU ARE READING
(✔) Encik CEO VS Cik Penulis
RomanceKisah antara CEO bujang yang panas baran , suka mencarut , terkenal serta mempunyai kacukan dengan Penulis anak dara yang nakal , garang , pemalu kadang-kadang serta sangat diminati . Semuanya bermula hanya dengan sebuah kemalangan yang menyatukan m...