:3
KLIK !
"Yeay ! Thank you , akak!"
Nabila hanya mengangguk. Selesai mengambil gambar Danish di belakang rumah, dia terus mengambil beg bajunya untuk dimasukkan ke dalam kereta.
Mereka akan bergerak ke Johor Bahru untuk pulang ke kampung. Haish, dah lama tak balik.
@hakimdanish
likes : 1,736
comments : 561@rianaalya : hati-hati cinta !
→ @hakimdanish : baiklah !@putriindah : hensem !
@leliyanur : asal kacak sangat ni ?
(ini semua, rekaan semata-mata)
Danish tersenyum kecil melihat gambar yang selesai di-post nya di Instagram.
Danish lebih mengikut kulit dan wajah abahnya yang berkulit putih dan berwajah kacukan sedikit manakala Nabila seiras ummi mereka.
Nabila berkulit coklat cerah dan berwajah Melayu ke arah arab sedikit, kerana itu wajahnya sentiasa manis.
Selesai memasukkan segala barang ke dalam kereta, Danish mula masuk ke tempat pemandu manakala Nabila terus duduk di tempat sebelah pemandu.
Kereta mula meninggalkan perkarangan rumah teres mereka.
Dalam perjalanan ke Johor Bahru, mereka hanya bernyanyi di dalam kereta dengan lagu yang dipasang oleh Nabila sendiri.
Sudah lama tak memandu dalam perjalanan jauh sebegini. Nasib Danish dah mintak cuti hari Isnin.
Nabila pula seorang penulis, jadi masanya tidak terhad. Dia cuma perlu menghantar bab yang sudah ditulisnya pada hari yang ditetapkan sahaja.
Awal-awal lagi sebelum ke Johor lagi Nabila sudah siapkan beberapa bab. Dia tak mahu menanguh ceritanya.
Ada beberapa cerita yang Nabila sudah publish kan di sebuah aplikasi membaca online manakala ada beberapa buku sudah dijadikan sebuah buku novel.
Walaupun pekerjaannya kelihatan mudah, Nabila akan mudah sakit kepala kerana memikirkan jalan cerita dan memikirkan idea untuk bab seterusnya.
Sehinggakan Nabila sendiri pernah berjaga sehingga ke Subuh hanya kerana memikirkan idea dan menulis cerita.
Pernah juga tak tidur, tapi Nabila tak kisah, sudah itu kerjanya.
Nasib dia ada seorang kawan yang juga seorang model. Jadi kulitnya dijaga dengan elok dan dia belajar dengan kawan baiknya, Putri Leya Ariana binti Putra Jamil.
YOU ARE READING
(✔) Encik CEO VS Cik Penulis
RomanceKisah antara CEO bujang yang panas baran , suka mencarut , terkenal serta mempunyai kacukan dengan Penulis anak dara yang nakal , garang , pemalu kadang-kadang serta sangat diminati . Semuanya bermula hanya dengan sebuah kemalangan yang menyatukan m...