BAB 14 : ❣️

388 27 0
                                    

:3

SUDAH hampir satu jam mereka semua menunggu pembedahan Tan Sri Dato Tengku Razaleigh Zhong. Tengku Iman setia memeluk erat bondanya, Datin Tengku Iliana Aqila yang sudah tersedu-sedu kerana menangis.

Hajah Hidayah atau nama sebenarnya Tengku Intan Zhong, hanya memandang bondanya yang masih berada di dalam pelukan anak sulungnya itu. Dia ingin meminta maaf, tetapi entah kenapa dia ego.

Nabila perlahan-lahan berdiri. Ketika ini, Tengku Iman, Datin Rose, Irfan, Haji Husin, Hajah Hidayah, Zainab dan Nabila berada di hospital diraja. Dapat sahaja panggilan itu, terus mereka semua pecut ke hospital diraja tersebut.

Nabila perlahan-lahan berjalan ke arah Tengku Iliana. Dirinya mula menundukkan sedikit badan dihadapan Tengku Iliana.

Perlahan-lahan Tengku Iliana mengangkat wajahnya memandang Nabila. Wajah Nabila yang mempunyai iras-iras anak perempuannya, mula membuatkan Tengku Iliana menangis semula.

"I-intan, anak bonda.."

Mendengar tangisan dan ayat yang keluar dari mulut Tengku Iliana membuatkan Hajah Hidayah menitiskan air mata.

"Maafkan saya, Datin Tengku Iliana, sebenarnya saya Hana Nabila, anak kepada Haji Husin dan Hajah Hidayah, atau nama sebenarnya, Tengku Intan, anak kepada Datin sendiri."

Makin deras air matanya yang mengalir. Tangannya naik mengusap pipi Nabila, lembut seperti pipi anak perempuannya.

"Cucu nenda, dah besar.."

Nabila mengangguk. Dia sebak juga tetapi tidak mahu menangis dihadapan neneknya sendiri. Dia ingin menjadi kuat.

Irfan yang melihat mula rasa kagum dengan Nabila. Dia tahu kenapa Nabila lakukan itu. Nabila mahu umminya sendiri berjumpa dengan kedua ibu bapa kandungnya.

Akhirnya, lampu di pintu kecemasan sudah terpadam. Pintu itu terbuka dan seorang doktor khas untuk keluarga diraja Tengku Iman mula melangkah keluar.

Doktor itu terus menunduk dihadapan keluarga diraja tersebut.

"Pembedahan di atas Tan Sri Dato Tengku Razaleigh telah selesai dan berjaya diselamatkan. Cuma kami ada satu perkara buruk yang harus diberitahu.."

Mendengar perkara itu, semakin membuatkan Tengku Iliana hilang arah.

"Berkemungkinan, jikalau sakitnya tidak dijaga dengan baik, Tan Sri Dato Tengku Razaleigh kemungkinan akan hilang ingatan dan lumpuh buat selama-lamanya akibat dari penyakit yang sudah lama dibawanya ini. Kami dah berusaha merawatnya, tetapi kami cuma ingin memberikan amaran awal. Itu sahaja."

Perlahan-lahan Tengku Iliana jatuh di atas pelukan anak sulungnya. Hatinya sakit mendengar bicara doktor itu.

"Terima kasih doktor kerana menyelamatkan ayahanda kami, kami janji akan menjaga ayahanda dengan sebaik mungkin."

"Sama-sama Tan Sri, ini sudah kerja saya. Selepas sepuluh minit, kamu semua boleh melawat Tan Sri Dato Tengku Razaleigh, cuma jangan paksa tanya soalan bukan-bukan, dan hanya gembirakan hatinya. Kalau tiada apa-apa lagi, saya pergi dahulu."

Mereka semua hanya mengangguk kecuali Tengku Iliana. Dia masih tidak percaya dengan apa yang terjadi.

Nabila yang kesiankan Tengku Iliana, mula melangkah semula ke arah Tengku Iliana. Dia terus memeluk neneknya sendiri.

(✔) Encik CEO VS Cik Penulis Where stories live. Discover now