:3
SEBULAN sudah berlalu. Hari Nabila dan Irfan berlalu seperti biasa. Esok mereka berdua perlu bersama-sama mencari barang perkahwinan mereka. Ini pun atas arahan Tengku Iliana.
Ingat lagi arahan Tengku Iliana yang membuatkan Irfan murung sehingga sekarang.
Flashback
Tengku Iliana memandang cucu-cucu kesayangannya yang sedang meluangkan masa bersama-sama di ruang tamu.
Perbualan cucu-cucunya itu membuatkan Tengku Iliana sedikit meluat.
"Alahh sayangg.. Temanlah I~" Irfan menolak-nolak tangan Nabila menggunakan pen berwarna biru milik Nabila.
"Eyyy I tengah fokus buat cerita I ni, you sabar lah kejap."
"Tak boleh... I rindu you nii~" Irfan terus menerus menganggu Nabila. Nabila berhenti melakukan kerjanya dan terus memandang Irfan.
"Ye wahai tunang I ni, kenapa? Nak I layan apa hm?"
"Layan je I, hehe.. Tak sabar nak kahwin dengan you, boleh tarik you masuk bilik terus!"
"Jangan nak melebih-lebih lak!"
"Tengku Irfan!"
Terus berdiri Irfan apabila Tengku Iliana memanggil namanya dengan suara dalam Tengku Iliana. Nabila turut berdiri juga bersebelahan Irfan.
Mereka berdua menatap Tengku Iliana dan terus membongkokkan badan mereka tanda hormat.
"Kamu dah tak ada kerja dekat pejabat ke, Irfan?"
"T-tak ada nenda."
"Kalau tak ada kerja sangat, tolong nenda dengan atok uruskan perkahwinan kamu dengan Nabila. Lusa, kamu dengan Nabila kena pergi cari barang kahwin."
"Alah nenda, Irfan tengah berehat tiga hari ni, nanti Irfan kena masuk pejabat balik. Suruh orang lain jelah."
"Sebelum nenda sendiri tutup syarikat tu, baik kamu dengan Nabila pergi beli barang kahwin bersama-sama pada hari Khamis. Ingat! Kalau nenda nampak dan tahu kamu berdua tak beli pada hari itu, siap!"
"Hm baiklah."
Irfan menunduk kecewa manakala Nabila sudah tergelak kecil. Suka melihat Irfan yang dibuli oleh Tengku Iliana.
End Flashback
Nabila tersengih apabila memikirkan semula. Irfan memang selalu dimarahi tetapi dimarahi sikit-sikit je, tak adalah teruk sangat.
Irfan memang seorang yang nakal, tak boleh buat apa.
"Akak!!!!!"
Danish yang baru sampai di istana terus berlari memeluk satu-satunya kakak kandungnya. Nabila terus berdiri dan membalas pelukan Danish.
Nabila mengusap rambut adiknya itu. Dia rindu akan satu-satunya adik-beradiknya ini.
"Adik akak ni sihat?"
YOU ARE READING
(✔) Encik CEO VS Cik Penulis
RomanceKisah antara CEO bujang yang panas baran , suka mencarut , terkenal serta mempunyai kacukan dengan Penulis anak dara yang nakal , garang , pemalu kadang-kadang serta sangat diminati . Semuanya bermula hanya dengan sebuah kemalangan yang menyatukan m...