Dua bulan Jungha berpura-pura obses kepada Doyoung, suaminya terpedaya dengan lakonannya. Akhirnya, dia ingin melepaskan diri daripada kurungan yang membuatkan dirinya ingin menghirup nafas segar seperti orang lain.
Kereta Doyoung hilang dari perkarangan rumah, dia membuka telefonnya dan cuba mendail nombor seseorang.
Dia cuba mengingati nombor Jungho tetapi lupa dua digit terakhir di belakang. Menghela nafas mengeluh, Jungha memaksa otaknya mengingati nombor Jungho.
" Nombor sendiri pun tak ingat, macam mana nak ingat nombor Jungho... "
Jungha mengusut kepalanya di tepi katil, masih lagi berfikir menyelesaikan teka-teka dua digit itu. Diketuk kepalanya, teringat formula algebra matematik.
Tiada harapan, Jungha menghempas telefonnya di katil. Yang penting, dia kena cari balik telefon sebenarnya.
,,,
Jungho melihat jam tangan, sudah 10 minit dia menunggu Jungha dan Doyoung datang ke mesyuarat pengumuman pengagihan saham Y Group. Tak mungkinlah mereka lupa akan mesyuarat itu.
" Jungho, mana Jungha ? Tak datang lagi ke ? " Soal Puan Yoon, halmeoni Jungha dan Jungho yang berjalan membongkok menggunakan tongkat duduk di sebelah Jungho.
" Jungho dah bagitau Doyoung hyung dah pun, tak tahulah sampai lambat ke tak, "
" Kim Jungha dan Kim Doyoung belum sampai lagi ? Kita nak mula lagi lima minit ni, " Peguam Han selaku pengerusi majlis itu hanya menunggu bakal pewaris tiba.
Ahli keluarga Yoon dan pemegang saham mula berbisik tentang Jungha dan Doyoung. Seisi bilik mula terdiam apabila terlihat Doyoung muncul di hadapan pintu lalu berjalan dengan bersahaja ke tempat duduk.
Dia melabuhkan punggung di kerusi, duduk sebaris dengan Jungho di hadapannya. Pengerusi majlis bersedia untuk membentang surat waris terdahulu.
" Kim Jungha tidak dapat hadir ke ? " soal Peguam Han.
" Ya, dia ada masalah sedikit di rumah. Saya jadi wakil dia, "
Jungho memandang tajam kepada Doyoung. Tidak serik lagikah nak beri alasan supaya Jungha tak berjumpa dengan orang.
" Jangan percaya Doyoung. Semua katanya dusta, "
Puan Yoon melihat Doyoung dengan muka tidak puas hati. Merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Jungha dan Doyoung.
Peguam Han memulakan majlis dan membentang hasil graf keseluruhan saham yang dipegang. Jungha merupakan peguam saham paling besar selepas saham itu dipegang oleh ibunya, Yoon Eunjoo.
" Doyoung-ssi, boleh tandatangan di sini sebagai wakil pewaris. "
Doyoung mengambil pen dan ingin menanda tangan surat itu.
" Tunggu ! "
" Siapa benarkan wakil tandatangan surat itu ? " Puan Yoon berdehem.
Pen terjatuh dari tangan Doyoung. Menelan air liur dan cuba kekal tenang.
" Peguam Han, awak tak peka tentang perkara utama dalam pemegang saham Y Group. Hanya pewaris sahaja boleh tandatangan surat itu sebagai sahkan dia pemegang saham utama melainkan dia meninggal dunia, "
" Walaupun Jungha hilang dari hidup kami, kami akan cari dia sampai jumpa untuk sain surat tu. " jelas Puan Yoon lagi.
Sengaja dia berbuat demikian untuk melihat reaksi Doyoung, berani betul nak ambil kesempatan atas cucunya.
" Kita boleh tanya pemegang saham lain jika mereka nak Jungha datang ke mesyuarat seterusnya dan lihat dia sain sendiri surat tu depan kita semua, " Yein yang hanya memerhati dari belakang mencadangkan ideanya.
" Ada yang setuju ? Sila angkat tangan, " Jungho berdiri dan mengangkat tangannya demi meyakini seisi bilik.
Semua orang mengangkat tangan tanda setuju, begitu juga Yein dan Renjun. Doyoung hanya mampu menunduk dan tidak mengangkat tangan.
" Majoriti setuju Jungha datang dan sain surat ni. " Peguam Han menamatkan majlisnya.
" Memang begitulah adat majlis keluarga Yoon kalau awak tak tahu, " bisik Peguam Han kepada Doyoung sebelum beredar.
Doyoung terduduk diam sehingga semua orang meninggalkan bilik mesyuarat itu. Kemudian, dia didatangi oleh Yein.
" Doyoung, hentikan semua ni. Jungha tak bersalah, "
Lelaki itu mendongak kepala memandang Yein yang berdiri.
" Dia yang buat mak aku derita- "
" Tak, Doyoung. Mak kau tu memang tak berfikir waras dan terburu-buru ketika itu, "
Doyoung mengenggam kolar baju Yein.
" Aku buat semua ni sebab nak dia rasa derita macam mana deritanya mak aku sekarang ni, "
" Kau dengan mak kau, dua kali lima je. Tak reti beza betul dan salah. Jangan fikir kau hidup mewah dalam keluarga Kim sebab diorang kasihanikan kau. "
" Ingat, kau tu sepupu aku juga. Yoo Doyoung, " - Yoon Yein.
________________________________________________________
update before kena vaksin pisyo !
YOU ARE READING
Similarity : Passionate Ego.
Fanficcompleted, kim doyoung nct fanfiction [ book 2 of similarity ] SHORT STORY VER. | EBOOK SOON continuation of the story of the moon with egoistic aquarius marriage with conflict, angst au. [ cloudnight98 artworks || 2021 ]