Jungha beria melompat masuk ke dalam rumah apartment Doyoung kepunyaan keluarga tirinya. Akhirnya, ada yang sudi juga jaga budak nerd ni. Kata Doyoung, dia duduk di situ buat sementara waktu kerana ibu bapa tirinya sedang bekerja di luar negara sekarang.
" Cantiklah rumah awak ! "
" Manada.. biasa jelah noona, " Tersipu malu si Doyoung ni bila ada orang puji.
Mereka melabuhkan punggung di lantai ruang tamu lalu menjamah tteokbokki yang baru dimasak panas-panas di pasar tadi. Sedap pula hidu bau sos pedasnya.
" Sedap makan panas-panas ni. Makan cepat, tteokbokki paling sedap di dunia ! "
Jungha menyuapkan sepotong kek beras ke mulut Doyoung. Tersenyum pula dia lihat karenah Doyoung cuba mengunyah kek beras panas itu." Noona ! Panaslah ! Macam mana nak makan ni ! "
Bengang pula si arnab berkaca empat ni.
" Panas ke ? Nah air, " Air kosong diminum rakus oleh Doyoung. Sudahlah panas lepas itu extra spicy pula tu. Merana hidup.
Selesai menghabiskan makan petang mereka, Jungha duduk di ruang balkoni. Melihat matahari ingin benamkan diri, Jungha menghirup angin waktu petang yang nyaman itu.
Doyoung pergi ke ruang itu juga selepas mengemas semua sisa sampah yang berteraburan atas meja tadi. Terlihat Jungha duduk di situ seperti melihat ada bidadari datang menjenguknya.
" Exam macam mana tadi ? Okay tak ? "
" Ok je, boleh jawab. "
" Betul boleh jawab ni ? "
Doyoung membalas soalan dengan anggukan. Keadaan mula jangkal kembali selepas terdiam lima saat.
" Doyoung-ah, noona dah dapat banyak kerja part time sekarang ni. Kita dah tak boleh lepak macam ni dah, "
" Kenapa pula ? Noona tak tinggalkan Doyoung kan ? "
" Mestilah tak ! Noona sayang Doyoung lah, macam adik sendiri dah ! "
" Kalau noona tak busy nanti, kita makan tteokbokki lagi. " jawab Jungha lagi.
" Noona.... "
Jungha memalingkan pandangan ke arah Doyoung kembali sebaik sahaja dia dipanggil lagi.
" Saya... suka noona, sejak kita berjumpa dulu lagi kat orientasi haritu... "
Terpegun Jungha terdengar pengakuan Doyoung yang lebih muda daripadanya. Macam mana dia boleh suka aku juga ? Ini tak boleh jadi ni..
" Noona.... janji tak tinggalkan Doyoung, kan ? "
Jungha menggigit bibir bawah, tak tahu ingin berkata apa. Dia terus memeluk Doyoung yang berada di hadapannya. Entahlah kenapa dia berbuat begitu, mungkin dia tak dapat rasa pelukan ini nanti.
,,,
Selesai sahaja Jungha menghabiskan shift petang di cafe, dia mengambil keputusan untuk pergi ke apartment Doyoung sekian lama mereka tak berjumpa. Pejam celik, dah dua bulan tak bersemuka. Mereka hanya bertukar mesej sahaja.
Menghela nafas mengeluh, Jungha masih lagi menunggu mesej dari Doyoung. Tak mungkinlah lelaki itu tidak membuka telefon sejak dua hari lalu. Hatinya mula resah, terasa seperti ada benda buruk berlaku pada Doyoung.
Satu malam dia duduk di hadapan rumah Doyoung, lelaki itu masih lagi tak munculkan diri. Langkahnya diteruskan hingga keluar dari bangunan apartment itu.
Jungha berjalan perlahan ke perhentian bas. Mengapalah hari ini hari malang baginya ? Nak berjumpa dengan crush, orangnya takde. Tak mungkinlah dia lari dari aku.
Matanya terpandang pada figura yang berdiri di tengah jalan itu. Matanya digosok dua kali, macam kenal orang itu tapi siapakah. Budak lelaki itu berpakaian unifrom sekolah seperti Doyoung.
" Doyoung-ah ! Apa awak buat ni ? Jangan buat kerja gila, sini ! " Berlari anak si Jungha dapatkan Doyoung yang berdiri atas jalan tar itu. Kekuatan lelaki itu melepaskan genggaman Jungha.
" Bunuh jelah saya ! Saya tak layak hidup, mak saya gila ! Biar sajelah saya ni mati, baru orang tak berkata buruk pasal mak saya ! "
" Apa awak merepek ni ? Mak awak tak gila macam awak ! "
" Tak, awak takkan faham keluarga saya ! Jangan jumpa saya dah, Jungha ! "
Bunyi kereta yang meluncur ke arah kami didengari oleh Jungha, tangannya terus menarik Doyoung beredar dari situ tetapi lelaki itu enggan juga. Sinaran lampu kereta menyilaukan mereka berdua.
Gadis itu terus berpelukan dengan Doyoung dan mereka dilanggar oleh kereta itu. Jungha terus tidak sedarkan diri dan darah meluncur keluar dari kepalanya.
Doyoung yang hanya mengalami kecedaraan pada kepalanya cuba mendekati Jungha. Kepalanya terus berdesing lalu terdampar atas jalan tar.
Maafkan saya, Jungha. Saya sepatutnya dihukum kerana rosakkan keluarga awak.
__________________________________________________
SABA ADE LAGI 7 PART
YOU ARE READING
Similarity : Passionate Ego.
Fanfictioncompleted, kim doyoung nct fanfiction [ book 2 of similarity ] SHORT STORY VER. | EBOOK SOON continuation of the story of the moon with egoistic aquarius marriage with conflict, angst au. [ cloudnight98 artworks || 2021 ]