16 - Dinner with Ramyeon

12 7 4
                                    

Jungha masih lagi bersabar dengan bau ramyeon yang semakin lama semakin kuat baunya. Perutnya berbunyi seperti kucing meminta makanan.

Tangannya memulas tombol pintu dan keluar dari kawasan biliknya. Jungha melangkah ke bahagian ruang tamu lalu melabuhkan punggungnya di sofa sambil menunggu kelibat Doyoung.

Doyoung datang dengan berpakaian sut kemas, lelaki itu terkejut terlihat Jungha berehat di ruang tamu. Ya Tuhan, ingatkan siapa tadi duduk di situ tadi.

" Aik, awak dah ada kat sini ? Kan saya kata duduk dalam bilik dulu, "

" Duduk dalam bilik tu panaslah, dah lah takde kipas. Saya keluarlah kejap sebab nak ambil angin, " Jungha merungut. Buat apa nak duduk lama-lama dalam bilik yang panas berbahang tu.

Seronok pula lihat Jungha merungut, bukan selalu dia berkata begitu.

" Pakai benda ni, ada benda saya nak tunjuk untuk awak. " Jungha hanya mengikut arahan Doyoung, menyarungkan penutup mata.

Doyoung memimpinnya keluar dari perkarangan tempat rehat dan berjalan beberapa langkah untuk pergi ke tangga yang menuju ke tingkat dua.

Kaki Jungha mengesan ada anak tangga dihadapannya. Baru sahaja dia menjejak anak tangga pertama, dia terasa dirinya digendong oleh suaminya.

" Sehari awak tak angkat saya tak sah ke ? "

" Haah, macam tak lengkap hidup saya bila tak angkat awak. " Flirty sia dia ni, grr nasib baik suami sendiri. Ciuman Doyoung mendarat di pipi Jungha yang kemerahan seperti buah epal merah.

Badan Jungha diturunkan di sebuah kerusi, terpinga-pinga dia menyentuh sekelilingnya. Penutup mata ditanggalkan, dia terpaku melihat meja makannya seperti dinner couple tetapi berlainan sedikit.

Semangkuk ramyeon yang sedang dihidang bersama sotong hidup tersiap di atas meja. Melihat sotong yang bergerak di dalam ramyeon yang mendidih itu, Jungha terasa kasihan akan sotong itu.

" Kesian sotong ni kena masak hidup-hidup, takut pula nak makan. "

" Masak dia hidup-hiduplah sedap dimakan, "

" Ahh tunggu dia matilah baru boleh makan, "

" Lambat lagi dia nak mati. Nah, rasa sikit. "
Mangkuk yang berisi ramyeon serta seekor anak sotong yang tergerak-gerak itu mendarat di hadapan Jungha. Geli pula nak makan.

" Kalau dia bergerak lagi dalam mulut, macam mana ? "

Dia punya dumbas tu. Doyoung tergelak kecil melihat karenah Jungha yang takut nak makan sotong itu.

" Takdenya dia nak bergerak lagi. Makan jelah, kalau awak gigit dia nanti dia matilah. "

Jungha menjamah makan malamnya dan cuba menggigit sotong mentah itu. Rasanya macam chewing gum dan enak juga. Berpuas hati dengan hidangannya, dia menghabiskan semangkuk ramyeon yang dimasak tadi.

Kening Jungha terangkat menandakan dia memang menikmati saat makan ramyeon yang dihidang dengan sotong mentah itu.
Ibu jari ditunjukkan kepada Doyoung.

" Sedaplah ! Kalaulah hari-hari boleh makan macam ni, memang makanan syurga ni. "

Doyoung yang tidak jemu melihat Jungha yang kenyang dengan resepi buatannya terasa riang gembira dapat mencuri hati isterinya. Nak pula lompat sana sini macam kanak-kanak ribena.

" Doyoung, saya cuma nak cakap sikit. Awak berbeza, awak memang buat kerja ikut kepala awak. "
" Pasangan lain mungkin makan steak sambil potongkan untuk pasangan dia tapi awak lain. Awak masakkan ramyeon untuk saya, "
" Saya cuma dapat bermimpi yang suami saya masakkan ramyeon untuk saya. Kenapa awak buat macam ni ? "

Terpegun Doyoung mendengar penjelasan dari Jungha, mulutnya tak mampu terbuka. Ia mengingatkan kepada peristiwa lama.

" Noona, apa noona nak bakal suami buat nanti untuk noona ?

" Dia buat sesuatu untuk noona ? Kalaulah dia masakkan ramyeon untuk noona, noona hargai dia sangat-sangat sebab noona tak boleh makan ramyeon macam orang lain. Nak masak je asyik kembang macam getah rambut ramyeon tu, "

Hati Doyoung terluka mengenang peristiwa itu. Kalaulah dia boleh mengundur masa dan tidak menyakiti orang yang disayangi.

" Cuma... saya nak.. tunaikan permintaan noona saya dulu.. "
" Walaupun saya dah lama tak berjumpa dengan dia, semua tentang awak.. mengingatkan saya kepada dia, "

Setitis permata Doyoung deras laju ke bawah pipinya. Sudah kali kedua dia menangis harini, kau dah kenapa nangis ni tak macho la.

" Budak kecik, jangan nangislah ! Awak dah 24 tahun pun nak jadi budak hingusan lagi ke ? " Jungha meletakkan sudu yang dihirup sup tadi lalu memegang tangan sang suami.

" Doyoung-ah, terima kasih sebab terima saya seadanya. Tak sangka saya yang bergantung pada kerusi roda pun ada lagi nak pada saya. Selama ni, saya cuba jadi sempurna di depan mata awak. Mesti awak menyampahkan bila saya buat begitu, saya belajar tentang awak sedikit demi sedikit.
Sikap penyayang awak, ambil berat, panas baran awak pun saya terpaksa tahan. Doyoung yang berada di hadapan saya sekarang, sampai bila awak akan tunjuk sisi ini ? "

" Saya cuma nak pesan, jaga diri awak baik-baik masa cari rezeki. Bila ada orang kata buruk tentang saya, jangan pedulikan.
Saya tak kisah pun pasal tu sebab saya dah terbiasa dengan ejekan. Kuatkan diri awak bila perkara mencabar datang. Jangan putus asa dan jangan bekerja kuat sangat. Awak cuma hidup sekali dan enjoy with your life, be happy with me. "

Jambakan bunga dan sekotak cincin dibawa oleh Doyoung kepada Jungha selepas dia berbicara. Jungha hampir menangis akan terharu dengan pemberian suaminya.

" Jungha, terima kasih kerana menghargai saya. "
" Can we restart our life again ? Maaf kerana melayan awak dengan buruk sekali masa kita berkahwin dulu, "

Jungha mengangguk kepala lalu sebentuk cincin tadi disarungkan ke jari hantunya. Ingin dia menangis kerana akhirnya dia dapat mencipta kenangan paling berharga dalam hidupnya.

Similarity : Passionate Ego.Where stories live. Discover now