15 - His Wish

12 7 3
                                    

Doyoung membawa bagasinya masuk ke dalam bonet kereta manakala Jungha pula menguap di dalam perut kereta sambil menunggu Doyoung siapkan barangnya.

Tingkap kereta dibuka, udara segar dihirup oleh Jungha yang akhirnya bebas dari kurungan rumah ini. Alangkah baiknya jika dia tak kembali ke rumah ni selepas balik dari honeymoon.

Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya terdiam dan tak mampu memandang antara satu sama lain. Jungha mencuri-curi pandang suaminya yang fokus memandu kereta.

Matanya terpaku melihat sisi muka belah kanan Doyoung yang menawan hatinya. Dia tidak mampu berkata apa-apa tentang perfection of his face. Bertuahnya dirinya dapat lelaki macho seperti Doyoung.

Tapi dia lebih tua dari Doyoung. Sabar jelah.

Tangan kiri Doyoung memegang stereng kereta manakala tangan kanannya mencuri genggam tangan Jungha.

Perut Jungha terisi kupu-kupu berterbangan, dia pejamkan matanya. Rasa ini hanya boleh didapati oleh Doyoung sahaja, orang lain pun tak boleh beri begini.

" Kupu-kupu datang ke ? " Doyoung cuba bergurau dengan isterinya, tersenyum senget melihat isterinya senyum melihatnya.

" Manada kupu-kupu dalam kereta ni, "

" Saya tahulah dia takde dalam kereta ni, ia ada dalam perut awak. "

" Takdenya, merepek je awak ni. " Jungha berbohong.

Iras muka Jungha mula bertukar pucat melihat papan tanda destinasi. Tujuh jam menempuh perjalanan mereka, dia melihat pemandangan nelayan menangkap ikan di tepi laut.

Tak mungkinlah mereka berasa di Busan ! Tempat yang sesuai untuk memancing makanan laut dan merasai makanan tradisi Busan.

" Awak nak memancing sini ke ? "

" Haah, sudah lama saya tak mancing sejak lawatan sekolah dulu. Jadi, saya nak pergi Busan semata-mata nak mancing dengan awak. "

Jungha menelan air liurnya, ini tak boleh jadi ni. Sudah lah dia jenis mabuk laut,
" Untuk awak... semua saya boleh buat, "
Dia tersenyum jangkal.

Tidak ada harapanlah nak lari dari laut ni, nak tak nak kena hadaplah. Jungha hanya memandang langit yang membiru cair itu melalui tingkap.

,,,

Hampir sejam Jungha mengeluarkan semua isi makanan yang dimakan tengah hari tadi di tepi feri, kepalanya terpusing bila feri mewah yang disewa oleh Doyoung mula bergerak.

Sekarang sepasang suami isteri itu berada di tengah laut yang matahari mula berpancar. Jungha mula mengenang nasibnya, kenapalah aku tak halang Doyoung pergi sini tadi.. Rasa menyesal mula terbit dalam dirinya.

" Mianhei, sayang. Saya tak tahu pula awak mabuk laut ni, saya bawa awak masuk bilik dulu. "

Air mata Doyoung hampir bercucuran. Melihat Jungha sakit di hadapannya membuatkan dirinya mula berasa pedih. Menyesal pada dirinya kerana beria sangat nak buat aktiviti pilihannya sampai dia sendiri tak tahu yang isterinya ada alahan pada laut.

" Takpe, saya sambung teman awak memancing. Saya dah okay dah, " Mata Jungha terbuka luas, mahu betulkan kepalanya yang asyik berpusing macam mangga jatuh dari pokok.

" Awak tak okay ! Tengok rupa awak yang dah macam hantu ponti ni ! Awak kena pergi berehat dulu, saya bawa masuk bilik. " Doyoung meninggikan suaranya dan Jungha agak terkejut dengan nada suara suaminya yang berubah mendadak itu.

Hatinya terluka apabila Doyoung tinggikan suara, mahu sahaja dia menangis tadi. Jangan tunjukkan emosi tu, kau perlu kuatkan diri.

Badannya yang lemah itu dibaringkan di atas katil bersaiz king. Jungha melelapkan matanya, tak larat nak gerakkan diri. Tak buat apa-apa lagi, dah terbaring macam orang sakit. Kucupan terakhir Doyoung menapak pada pipi kiri Jungha sebelum dia beredar dari bilik tidur itu.

,,,

Aroma ramyeon yang menusuk hidung mengejutkan Jungha dari alam mimpinya. Rasa lapang pula bila tiada aktiviti harini. Sepatutnya dia perlu cipta kenangan manis bersama pasangannya tetapi sayang, alahannya menghalang dia.

Tongkat yang berdiri di tepi katil diambil Jungha lalu dia berjalan keluar dari biliknya yang pintu tak tertutup. Patutlah bau sedap masuk sampai bilik.

Doyoung sedar akan kedatangan Jungha berjalan ke dapur terus berlari anak kepada isterinya. " Sayang saya dah bangun ! Lama awak tidur, "

" Lama sangat ke saya tidur ? Dari bila ? "

" Dari tengah hari sampai malam, "

" Tak lama pun, biasa saya tidur dari petang sampai tengah hari esok. "

" Eloklah melawan suami awak ni, " Doyoung mencubit hidung kecil Jungha. Geram sangat tengok hidung merah tu.

" Pergilah bersiap dulu, saya panggil awak nanti ! " ujar Doyoung menolak Jungha masuk balik ke dalam bilik tidurnya.

" Pakai dress yang saya belikan ni ! Hanya untuk Kim Jungha yang disayangi Kim Doyoung, " Belum sempat Jungha membalas katanya, Doyoung mengeluarkan sepasang dress yang berkilauan dengan bercorak rama-rama direka khas oleh designer terkenal.

" Saya nak tengok awak pakai baju ni, cinta hati saya. "








Similarity : Passionate Ego.Where stories live. Discover now