06 - Honeymoon ?

26 8 5
                                    

Jungha terjaga kerana ada cahaya memancar terus pada mukanya. Dia ingin bangkit dari tilam tetapi ada tangan menggosok belakangnya.

Dia masuk balik ke alam mimpi, Doyoung masih lagi setia memeluknya. Tidak mahu dia lepaskan peluang menatap muka Jungha lebih lama.

" Awak.. memang ikut muka ayah awak.. "

" Baru saya faham kenapa mak saya nak sangat saya dapatkan awak, Jungha.. "

Doyoung mempelajari semua benda tentang Jungha walaupun isterinya jenis yang berahsia dan buat seperti tiada benda berlaku. Kehidupan, keturunan dan semuanya telah diselidik terlebih dahulu.

" Awak milik saya seorang. Tiada siapa boleh ambil awak dari saya, termasuk keluarga awak. "

" Saya akan buat awak bahagia yang tidak pernah dibuat orang, "

Dia tersenyum sinis kerana rancangannya sudah bermula sekarang. Dia tak mahu lakukannya sekarang, mungkin satu hari nanti.

Jungha mengeliat tanda dia sudah bangun dan Doyoung melepaskan pelukannya. Berjalan ke bilik air, hanya diperhatikan oleh Jungha.

Apa yang dia katakan tadi tu betul ke..

* . °•★|•°∵ ∵°•|☆•° . *

Kelam-kabut Jungha membuat sarapan, takut Doyoung terlepas makan nanti terkena gastrik. Ada sekali dia dapat panggilan yang Doyoung dibawa ke hospital kerana mengalami gastrik yang teruk, mana dia tak cuaknya si suami sakit tiba-tiba.

Ekor matanya terlihat Doyoung baru sahaja keluar dari lif dan berjalan ke meja dapur. Jungha mengemaskan sisa sampah di atas meja lalu buangnya ke tong sampah. Suaminya memang menitikberatkan akan kebersihan sekeliling.

Doyoung melabuhkan punggungnya di kerusi sambil menjamah roti bersalut telur tanpa berkata apa-apa.

Dia hanya membalas merenung kepada Jungha yang melihatnya tanpa putus. " Kenapa awak tak siap lagi ? Bukankah kita nak keluar berjumpa dengan orang VIP ke ? " nada suara Doyoung yang garau memutuskan dunia Jungha.

" Eh ? Sejak bila ? Awak takde kata apa-apa ? "

" Saya ada mesej awak. Awak tak buka ke ? " balas Doyoung dengan tegas. Pantang ada orang tak ambil perhatian tentang arahannya.

" Ahh, mian. Saya tertinggal phone dekat bilik sebab charge tadi, " Jungha mengetap bibirnya kerana baru teringat yang Doyoung benci akan alasan.

Dia menolak kerusi rodanya dari meja meninggalkan Doyoung tanpa berkata apa-apa. Tak mahu berkata lagi, nanti dikerjakan oleh si Doyoung pula. Jungha terus masuk ke bilik pakaian.

* . °•★|•°∵ ∵°•|☆•° . *

Doyoung dan Jungha melangkah masuk ke restoran sushi yang agak terkenal di kawasan perumahan elit mereka. Pekerja dan pengurus restoran itu memang mengenali mereka kerana Doyoung merupakan pelanggan tetap di situ.

Pintu bilik makan yang disewa oleh mereka dibuka perlahan, Jungha terlihat sepasang pasangan yang mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil dan agak aktif duduk di meja menunggu mereka berdua.

Doyoung berlalu masuk ke bilik manakala Jungha masih lagi terpaku di hadapan pintu.

" Jungha eonni, cepatlah masuk ! " Yein mengiringi Jungha masuk ke bilik lalu duduk kembali bersama suaminya, Renjun yang berdarah cina campur korea.

Similarity : Passionate Ego.Where stories live. Discover now