AMR VI: Paris With Love
By Hayley D. Harper📌📌📌 I N T R O 📌📌📌📌
TAHUN HITAM
Setelah kematian hampir kesemua pemimpin tertinggi Legasi Harper, pewaris pertama Legasi Harper iaitu Wesley Harper telah mewartakan bahawa semua pengikut setia Legasi Harper harus menghormati kematian mereka dengan tidak mengadakan apa-apa majlis keramaian kecuali upacara memperingati pemergian mereka selama setahun.
Verny Vein Harper telah menghabiskan masa beberapa bulan untuk tetap berada di East of The Silent Brother kerana kubur ibu dan ayahnya ditempatkan di tempat itu. Di mana bunga Daisy dan bunga Tulips berwarna-warni kelihatan di kawasan pergunungan, hampir setiap hari Verny dan suaminya akan melepaskan 3 das tembakan ke udara untuk tetap mengingati kasih sayang ayah dan ibunya terhadap keluarga Harper.
Wesley Harper terus fokus kepada perjumpaannya dengan semua pengikut Legasi Harper yang masih berjanji setia akan menyokong Wesley Harper sebagai presiden Harper I yang baru dan Harper Junior sebagai Presiden II.
Willy Harper pula masih diberikan tanggungjawab oleh satu-satunya bekas pemimpin Legasi Harper tertinggi yang masih hidup iaitu Venture Lennon. Walaupun usianya sudah menjangkau hampir 95 tahun, Venture masih gagah dan lebih banyak menghabiskan masanya di Heaven Tube untuk bermain judi dengan kawan-kawan seperjuangan yang masih menikmati sisa kehidupan seperti dirinya.
"Üncle?" Willy Harper menepuk bahu Venture yang sedang termenung jauh memerhatikan daun terup di atas meja itu.
"Huh? Yes Willy?"Sahut Venture. Willy tersengih. Dia memerhatikan gambar Haylee yang sentiasa berada di dalam genggaman Venture. Haylee telah pergi selamanya dan Venture telah berjanji akan terus membawa gambar isterinya itu sehingga gilirannya tiba untuk dibawa pergi oleh kematian.
"Kita nak main berapa game hari ni? Aren't you tired?"Tanya Willy Harper sambil menyusun daun terup di atas meja judi. Venture hanya tersengih.
"Orang macam Uncle ni tak akan pernah rasa penat Willy. You see? I live longer than everyone else. I kinda missed all of them but we're human. We're not immortal. Tapi uncle bersyukur masih dapat nikmati hidup sampai sekarang ni. God blessed me."Jawab Venture. Willy hanya mengangguk.
Perhimpunan agung telah dilakukan secara besar-besaran di Harper Point. Semua pemimpin tertinggi pengikut Legasi Harper yang datang dari Wilayah North, South, West dan East of the Silent Brother telah memperkuatkan ikrar kesetiaan mereka di hadapan presiden Harper yang baru, Wesley Harper.
Setiap wilayah tersebut juga telah mempersembahkan fighter terkuat mereka dan kesemuanya sudah bersedia untuk direkrut untuk dimasukkan ke dalam anggota The Silent Brother Elite yang baru.
Storm masih menjadi ketua pasukan elite yang ada di setiap Wilayah Legasi harper. Walaupun dia banyak menghabiskan masa berada di South, tugas utamanya tidak pernah ditinggalkan.
"Paris masih merajuk?" Harper Junior duduk di atas sofa kulit berwarna hitam sambil mengutarakan soalan itu kepada Wesley Harper, Presiden Harper I yang baru. Dengan senyuman simpuh, Wesley hanya mengangkat bahunya.
"Setahun bukannya masa yang terlalu lama Harper. Saya cuma nak semua orang hormati pemergian orang tua kita. Kalau dia masih berkeras untuk nak adakan perkahwinan, terpulang. But I won't be there to celebrate it. No hard feeling though."Jawab Wesley Harper.
"Kau kena tahu yang dia dah tunggu hampir setahun sebelum ayah pengantin perempuan bersetuju untuk lepaskan anak perempuan dia untuk dikahwinkan kepada Paris. Kalau kau nak ambi masa dia setahun lagi, alamatnya dia tak akan kahwin-kahwin lah. Kesian." Harper Junior cuba membantu Paris.
YOU ARE READING
AMR VI: Paris With Love
ActionSINOPSIS Setelah kematian Seoul Harper dan Martial iaitu pemimpin utama organisasi gengster milik keluarga Harper di wilayah South of the silent Brother, anak lelaki mereka Paris Martial, telah dilantik menjadi waris tunggal. Setelah menunggu hampi...