AMR VI: Paris With Love
By Hayley D. HarperBAB 5: 20 YEARS AGO [ a little flashback from the past ]
________________________________
2O YEARS AGO [ a little flashback from the past ]
Kayu- kayu kecil yang baru dipungut dari hutan itu diletakkan di satu tempat yang tersedia. Sebuah unggun Api kecil sedang dinyalakan dengan menggunakan tenaga beberapa orang lelaki dewasa. Manakala beberapa orang wanita membantu dengan menyediakan makanan dan minuman yang secukupnya.
Hari itu adalah hari yang sangat bermakna buat keluarga itu. Mereka akan menerima lawatan daripada Lady Seoul, waris tunggal satu- satunya Lady Eagle yang menjadi isteri kedua kepada The Late HARPER.
Lady Eagle datang dari keluarga mereka dan secara automatiknya, Lady Seoul juga memiliki darah keturunan puak itu. Ia adalah hal yang paling membanggakan buat keluarga itu meski mereka merupakan keluarga yang tidak begitu menonjol di dalam komuniti The Silent Park di Wilayah South of HARPER.
"Mama. Mama." Seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan usia 7 tahun, berlari kecil mengejar ibunya yang sedang sibuk menghias halaman rumah dengan bunga- bungaan hutan. Mendengar suara kanak- kanak itu memanggil, wanita itu terus menoleh.
"Shynae. Jangan lari sayang. Nanti kamu jatuh. Masuk ke dalam rumah dan main bersama Goula." Tutur wanita itu dengan nada manja. Shynae yang baru berusia 7 tahun tidak mengendahkan arahan ibunya. Dia mengambil bunga- bunga di dalam bakul dan mahu ikut sama menghiasi laman rumah.
"Shynae. Masuk ke dalam rumah. Sekejap lagi Lady Seoul akan ke sini. Kita kena pastikan, semuanya tersedia dengan rapi." Seorang lelaki dewasa pula muncul dan mengangkat Shynae ke dalam dukungannya.
Shynae memberontak. Dia tetap mahu memijakkan kakinya ke atas tanah.
"Papa. Papa. Turunkan saya! Turunkan saya!" Tangis Shynae dengan nada kecil bercampur tangis sendu. Kasihan dengan anaknya, Berilee ibu Shynae mengambilnya daripada dukungan suaminya, Dougan. Dia akhirnya membiarkan Shynae bermain dengan bunga- bunga di dalam bakul.
"Macam mana dengan ubat yang Lady Seoul mahukan tu? Sayang sudah siapkan ke?" Tanya Dougan kepada Isterinya. Pantas Berilee mengangguk. Permintaan Lady Seoul pasti dia akan utamakan.
"Bila saya dapat tahu dia perlukan ubat tu, cepat- cepat saya siapkan. Tak sabar nak jumpa dengan dia. Kali terakhir dia ke sini hanya sebulan sebelum dia melangsungkan perkahwinan dengan Martial. " kata Berilee, memberitahu yang sebenarnya kepada Suaminya.
Berilee dan Lady Seoul sudah berkawan baik mereka kecil. Lady Eagle dan ibu Kandung Berilee adalah sepupu. Oleh itu, dia dan Lady Seoul juga mempunyai ikatan darah yang tidak jauh sangat.
TEPAT jam 1 petang, ketibaan Lady Seoul di kediaman keluarga itu disambut dengan meriah. Walaupun berada dalam keadaan tertutup, keluarga itu tetap memastikan Lady Seoul dapat berjumpa dengan semua ahli keluarga yang ada.
YOU ARE READING
AMR VI: Paris With Love
ActionSINOPSIS Setelah kematian Seoul Harper dan Martial iaitu pemimpin utama organisasi gengster milik keluarga Harper di wilayah South of the silent Brother, anak lelaki mereka Paris Martial, telah dilantik menjadi waris tunggal. Setelah menunggu hampi...