BAB 9 : THE PROMISED

169 16 4
                                    

AMR VI: PARIS WITH LOVE
By HAYLEY D. HARPER

BAB 9: THE PROMISED

BAB 9: THE PROMISED

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

****

TEEDEO terjaga dari tidur apabila mendengar bunyi tembakan bersahutan di luar bilik. Tanpa menunggu lama, dia mengeluarkan rifle yang memang dia simpan di bawah katil sebelum memejamkan mata tadi.

Rifle yang sudah diisi penuh dengan peluru itu dia angkat dan tanpa menunggu lama, pintu bilik dibuka dan dia membalas tembakan rambang yang dilepaskan dari arah pintu masuk bilik itu.

Matanya mengira secara rawak jumlah musuh yang datang menyerang mereka. Ada lima orang semuanya dan tidak ada satu pun di antara mereka yang dikenalinya.

"Shit. Shit. Shit." Shynae merangkak di bawah sofa untuk melindungi diri dan juga untuk mendapatkan Paris.

Menyedari mereka sedang diserang, Paris menjatuhkan diri dari atas sofa ke lantai lalu dia juga merangkak masuk ke bawah sofa sama seperti yang dilakukan oleh Shynae. Beberapa saat kemudian, Shynae berjaya mendapatkan Paris. Dia memberikan Paris sepucuk Pistol dan juga sekotak peluru.

"How about You?" Tanya Paris. Shynae tidak menjawab pertanyaan Paris. Dia keluar dari sofa dan terus menendang meja kopi yang ada di pertengahan sofa.

Meja itu terhumban ke arah pintu. Dua orang lelaki yang tadinya bersedia mahu melepaskan tembakan yang seterusnya terpelanting bersama senjata mereka. Suara mereka mengaduh membuat rakan musuh yang lain terpinga-pinga mendapatkan rakan mereka. Kesempatan itu digunakan oleh Shynae untuk merangkak ke balik sofa yang seterusnya.

Melihat Shynae berada hampir dengannya, Teedeo mendapat idea untuk keluar dari serangan mengejut itu.

"Shynae!" Teedeo memanggil Shyane di balik pintu bilik. Shynae yang kini bersembunyi di balik sofa menoleh ke arah Teedeo.

"Ambil ni!" Teedeo membuang rifle ditangannya untuk Shynae. Manakala dia pula mengeluarkan sebutir bom asap berwarna lalu dibuang ke arah pihak musuh.

Sekejap sahaja, bilik itu dipenuhi dengan asap berwarna merah. Shynae berdiri dan dia melepaskan tembakan ke arah musuh sebagai pembalasan.

Melihat musuh berada dalam keadaan kelam kabut, Paris mengambil kesempatan itu untuk menarik Shynae pergi dari situ.

"We need to get out from this place. Saya yakin, jumlah mereka akan bertambah sebentar lagi." Paris memberikan amaran.

"There is no way out. Mereka ada di pintu masuk utama!" Jerit Shynae. Paris menarik tangan Shynae. Sempat dia memberi amaran kepada Teedeo untuk mengikuti langkahnya.

Teedeo menghumban sebutir bom asap lagi sebelum dia berlari ke ruang balkoni sama seperti yang dilakukan oleh Paris dan Shynae.

"Let's go!" Paris tidak berfikir panjang. Dia dan Shynae lompat dari balkoni tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku kepada mereka. Teedeo yang tergamam sejenak, mati akal.

AMR VI: Paris With LoveWhere stories live. Discover now