BAB 2:
DIGGING YOUR OWN GRAVE⚔️⚔️⚔️⚔️⚔️⚔️
Pertemuan empat mata di antara Paris dan Shynae, hampir bermula dengan pertumpahan darah tetapi gadis itu akhirnya mula memberitahu satu hal yang menyebabkan Paris amat menakuti Shynae.
SHYNAE ROSARIO TOMAN BARBORO
Shynae, adalah anak Toman Barboro, salah satu bodyguard yang sudah lama bekerja di bawah naungan keluarga Harper di wilayah South. Toman Barboro adalah salah satu bodyguard yang telah terkorban sewaktu melindungi Seoul Harper dan Martial yang pernah diserang oleh musuh keluarga Harper suatu ketika dahulu. Namun mereka berdua masih setia berada di komuniti keluarga Harper sehinggalah ibu mereka juga meninggal dunia.
Menurut Shynae, satu- satunya kakak kandungnya telah hilang selepas dia nekad mahu meninggalkan komuniti Harper di South of The Silent Brother untuk bersama dengan kekasihnya. Namun, Shynae mendapat maklumat yang kakaknya itu sedang berada dalam keadaan merbahaya. Teman lelakinya telah mempergunakan 'kelebihan' yang dimliki oleh kakaknya untuk perkara-perkara yang sangat merbahaya.
SHYNAE
Kerana berada dalam keadaan terdesak, gadis itu terpaksa menggunakan cara itu untuk mendapatkan bantuan daripada Paris kerana dia merasakan Paris perlu membantunya kerana selama ini ayahnya begitu setia dengan ibu bapa Paris. Bah kan dia juga kehilangan nyawanya untuk melindungi ibu bapa Paris.
YOU ARE READING
AMR VI: Paris With Love
ActionSINOPSIS Setelah kematian Seoul Harper dan Martial iaitu pemimpin utama organisasi gengster milik keluarga Harper di wilayah South of the silent Brother, anak lelaki mereka Paris Martial, telah dilantik menjadi waris tunggal. Setelah menunggu hampi...