BAB 13: FOR THE FIRST TIME I'M RUNNING AWAY FROM HIM

149 13 1
                                    

AMR VI: PARIS WITH LOVE
By HAYLEY D. HARPER

BAB 13: FOR THE FIRST TIME I'M RUNNING
AWAY FROM HIM [RawVersion]

_______________________________

Shynae POV

       Sejujur-nya, saya tak tahu ke mana arahnya untuk  dilalui. Kereta yang saya pandu itu terus bergerak laju dan kepantasannya membuat hati semakin sakit. Kerana semakin jauh kereta itu bergerak, semakin jauh ia membawa Paris daripada saya. Dan ini adalah kali pertama, saya melarikan diri daripada Paris.

       Who is Paris? What happened between me and him? Too many question inside your head isn't it? Dan seperti itu juga Paris membiarkan saya tertanya-tanya selama ini. Kali terakhir dia mengenali saya sebagai Shynae, gadis yang paling dia cintai adalah 3 tahun yang lalu.

3 tahun yang lalu

      Paris sedang memikirkan keselamatan Niagara Fall dan Storm yang ketika itu sedang dalam mood berbulan madu mereka. Tetapi, dia mendapat khabar dari Harper Point, yang mengatakan The Mob telah diserang dan telah musnah. Jika hal dibiarkan, mungkin keselamatan mereka semua dalam bahaya. [ Baca The Silent Brother: Storm II ].

      Apabila berita penangkapan adik beradik Harper dilaksanakan, Paris meminta kebenaran daripada ibu dan ayahnya untuk memberikan bantuan kepada keluarga Harper yang sedang dilanda masalah.

      "Awak tak perlu minta kebenaran daripada kami berdua Paris. Go ahead. Help anyone who need help." Kata Lady Seoul.

       Dan malam itu, Paris nekad mahu menghubungi Storm dan Niagara Fall untuk segera kembali ke South. Dia risaukan keadaan Niagara Fall yang terdedah dengan musuh di luar sana. Walaupun dia berada dalam jagaan Storm, perkara yang tidak diingini boleh berlaku bila- bila masa sahaja.

       Ketika sibuk mengemaskan keperluan yang perlu, Paris menerima panggilan mengejut daripada Harder.

       Kali terakhir dia melihat Harder ketika dia menghantar Niagara Fall ke North untuk dipertemukan dengan Storm. Dan Harder mengambil keputusan untuk mencari Sergio yang telah menyebabkan kematian ayahnya. Dia sangat berdendam dengan Sergio.

       "Harder? Everything Alright?" Paris menjawab panggilan itu.

       "Paris. Help me. Saya dah hampir mati." Suara lemah milik Harder mengejutkan Paris.

       "Harder? Apa yang dah berlaku? Where are You?!" Soal Paris.

       "East. Kalau saya tak silap, tempat saya berada sekarang tak jauh dari kawasan rumah agam East. Saya nak ke sana tetapi..."

       Panggilan itu mati begitu sahaja. Paris cuba menghubungi Harder lagi tapi gagal. Panggilan tidak dapat disambungkan. Mungkin dia sudah kehabisan bateri. Paris terus mengangkat bag sandangnya. Dia sudah tahu ke mana kakinya harus melangkah.

       Namun sebelum itu, Paris teringat akan sesuatu. Dia mengambil jaket kulit warisan keluarga Harper dan terus meninggalkan rumah agam lewat tengah malam itu selepas memberitahu ibu bapanya.

THE SILENT PARK

       Paris memasuki kawasan perumahan itu dengan berhati- hati. Dengan bantuan lampu suluh kecil, dia memasuki kawasan hutan larangan dan tersenyum bila melihat lampu di dalam rumah pokok yang dibina oleh Shynae itu masih menyala. Bermakna, Shynae ada di situ. Pantas Paris berlari dan memanjat tangga rumah pokok itu.

        Shynae yang sedang membersihkan busur panah pemberian Paris, tersenyum bila mendengar bunyi pintu ditolak dari luar. Paris muncul di hadapannya bersama senyuman.

       "Young master? What's the matter? Kenapa datang ke sini lewat malam? Are You sure tiada sesiapa yang nampak awak ke sini?" Shynae menolak busur panah ke tepi. Kini dia hanya fokus kepada Paris.

        "Sorry. Besok saya kena bertolak pergi ke East. Did You hear about what happened to The Mob?" Paris duduk mendekati Shynae.

      Shynae mengangguk. Ya. Memang dia sudah tahu apa yang sedang berlaku di Harper point dan juga di North, The Mob. Ibunya sudah memberi amaran kepada dia dan Goula agar tetap berada di Silent Park dan bersedia menggunakan tenaga jika South diserang lagi.

       Kejadian serangan Taugeh masih belum menyembuhkan luka di hatinya. Apa tidaknya, serangan itu telah menyebabkan banyak Bodyguard di Rumah agam South yang terkorban termasuk ayah kandungnya sendiri.

       "So, keluarga Harper akan berperang lagi?" Tanya Shynae. Senyumannya tadi sudah hilang. Paris serba salah. Pipi gebu Shynae dia belai manja.

      "I'm Sorry. Must be too hard for You to stay in this community. Dan saya masih tak boleh buat apa- apa pasal kematian ayah awak. I'm Sorry Shynae." Paris memohon maaf buat yang kesekian kalinya.

      Dan Shynae tidak pernah menyalahkan sesiapa. Kematian ayahnya kerana tugasnya. Dan ia bukan di sebabkan oleh kematian yang sia- sia.

       "It's okay. I still have my Mom and my sister." Kata Shynae. Paris rasa sedikit lega tetapi dia tidak akan membiarkan Shynae bersedih sendirian.

      "Shynae, I love You." Luah Paris. Termasuk kali ini, sudah beberapa kali dia meluahkan perasaannya kepada Shynae. Walaupun akhir-akhir ini mereka sudah jarang dapat berlatih bersama, tetapi Paris masih datang ke situ untuk berjumpa dengannya.

        "Thank You, Young master." Hanya itu yang keluar dari mulut Shynae setiap kali Paris meluahkan isi hatinya.

     "Saya sudah tamatkan latihan di North." Kata Paris.

      Shynae mengangguk. Bermakna, Paris sudah memenuhi syarat daripada kedua ibu bapanya untuk menjadikan dia waris utama legasi Harper di South.

      "Congrats. I will join the Elite with Goula later. Kami berdua sedang pertimbangkan masa yang sesuai. Mungkin masa ni tak boleh sebab masalah datang lagi." Balas Shynae.

     Paris memegang kedua belah bahu Shynae.

      "You will be My wife! Don't go anywhere. Selepas masalah ini selesai, saya akan kembali ke sini dan kita berdua akan berkahwin. Nia, sudah berkahwin dengan Storm, dan giliran saya pula selepas ini. You have to Wait for me, okay?" Kata Paris dengan bersungguh.

     Shynae hanya diam. Dan Paris jadi gelisah.

      "Why? Shynae tak nak jadi isteri saya? I've been love You for So many fucking years. Since I was 8. A kid who doesn't know anything and now, I'm a  real man... a strong man... the one who will be the heir of this Legacy. I'm not Your only Young master... I love You, Shynae." Luah Paris lagi.

Shynae masih diam.

      "Why? Don't You feel the same way as me?" Tanya Paris.

      Shynae memandang wajah Paris yang selama ini sentiasa dirindunya.

     "Your mother will never approve me. A Harper can't Marry anyone from the community. And i come from here Paris. It's impossible." Shynae akhirnya menyuarakan apa yang selama ini mengganggu fikirannya.

    Paris menggeleng semahunya.

     "F*ck those silly rules. If Storm and Nia can do It, I will do It too. We can do It too. There is no one can stop me." Gesa Paris.
Shynae terdiam.
 
     Paris nampaknya tidak bergurau dan tidak akan menarik kata- katanya. Dia sudah banyak kali mengatakan hal yang sama kepadanya sejak dulu lagi. Dan sehingga saat ini, dia masih berkata benda yang sama.

       "Okay. I will stay here and wait for You to come back. Like always. No matter what happened, You can always find me here. I'll be waiting for You." tutur Shynae dengan lembut. Paris hanya mampu merenung wajah jelita Shynae yang kini semakin berseri dengan senyuman.

Akan bersambung....

*eBook Available [ RM 15 ] only.
*ReadyFile

*Book Available 36/500 PCS Left.

Order here:
Www.wassap.my/60168393817/ebookParis

AMR VI: Paris With LoveWhere stories live. Discover now