BAB 14:
ALL TOO WELL________________________________
Shynae POV
Saya memberhentikan kereta di bahu jalan. Saya sudah tidak dapat memandu kereta dengan baik kerana air mata berterusan mengalir di pipi. Ia membuat penglihatannya saya sangat terganggu.
Usai berhenti memandu, Saya hanya mahu memuntahkan sebuah tangisan yang sudah lama saya simpan selama ini. Tapak tangan saya letakkan di atas dada. Sebab terasa perih sekali jantung ini meski fizikal saya dalam keadaan baik-baik sahaja.
Tangisan yang saya lontarkan semakin kuat sehingga diri ini mulai kepenatan lalu terdiam lemah di kerusi memandu. Dan kini yang kedengaran hanya bunyi udara yang cuba saya hirup untuk menenangkan diri.
Random Flashback....
Setelah Paris meluahkan perasaan cinta bersama sebuah janji, dia meminta diri untuk pergi.
"Can I go with you? Kalau Harder dalam bahaya, mungkin Shynae juga boleh berikan bantuan. I can fight, Paris."Cadang Shynae.
Setelah mendengar keadaan harder yang ketika itu berada di East dan mungkin berada dalam keadaan berbahaya, Shynae risau membiarkan Paris bergerak sendirian.
Dengan keadaan The Mob yang sudah musnah, The Silent Brother di setiap wilayah Harper pasti sudah mula bertindak menjalankan tugasan masing-masing.
Storm dan Niagara Fall, adik kandung Paris baru sahaja berkahwin dan tidak mungkin Storm akan membiarkan Niagara Fall bersendirian di Vila."Storm tahu apa yang dia perlu lakukan. Tapi saya tak boleh berdiam diri. Harder pernah bertarung nyawa menyelamatkan keluarga saya sebelum ini, saya kena selamatkan dia walau apa pun yang akan berlaku." Balas Paris.
"Sebab itu lah Shynae nak ikut Paris pergi ke East. Its hard to see you go alone without any of the bodygurad. Awak sendiri bagitau saya tadi, kita masih tidak tahu siapa musuh sebenar kali ini. It's too dangerous Paris. I can't lose you." Gesa Shynae. Paris tersenyum simpuh. Nampaknya Shynae benar-benar risau akan keadaan dirinya.
"No. You stay. I'll be just fine. Saya akan cuba minta bantuan dengan Anggota Elite di East setibanya saya di sana. So, You don't have to worry." Pujuk Paris.
Shynae terus diam. Dia tidak boleh memaksa Paris membawanya bersama."Kalau macam tu, saya akan berjaga-jaga di kawasan Vila. Who know they might come here again?" Kata Shynae. Paris sekali lagi tersenyum. Kali ini dia sempat membelai anak rambut Shynae.
"I love you, Shynae. With all my heart." Hanya itu yang keluar dari mulut Paris. Shynae terus tunduk. Renungan Paris membuat dia rasa sedikit malu. Bila jalinan persahabatan menjadi sebuah hubungan percintaan, rasanya lebih manis.
Selama ini mereka banyak menghabiskan masa bersama sebagai kawan baik. Beberapa kali Paris pergi dan dia tetap akan kembali ke situ mencari Shynae.
YOU ARE READING
AMR VI: Paris With Love
ActionSINOPSIS Setelah kematian Seoul Harper dan Martial iaitu pemimpin utama organisasi gengster milik keluarga Harper di wilayah South of the silent Brother, anak lelaki mereka Paris Martial, telah dilantik menjadi waris tunggal. Setelah menunggu hampi...