BAB 12:LOST IN TRANSLATION

134 10 0
                                    

AMR VI: PARIS WITH LOVE

BAB 12:
LOST IN TRANSLATION

_______________________________

Harper POINT

Kedatangan dua pegawai detektif di hadapan bangunan Harper Point memang agak mengejutkan.

Wesley Harper yang sedang bersarapan dihidangkan dengan berita mengenai kematian Mr. Yu, salah satu orang penting The Upper People ( Government) yang membuatnya hampir mengamuk. Keluarga Harper dituduh menjadi dalang kepada kematian Mr.Yu dan ia merupakan satu tuduhan yang tidak boleh diterima oleh Wesley Harper.

"What the hell is this?" Harper Junior yang belum siap mandi turun ke ruang makan dengan masih bertuala. Willy yang baru turun dari kereta hanya memberikan jelingan kepada dua orang pegawai detektif yang tidak mahu berganjak pergi sebelum berjumpa dengan Wesley Harper.

"Go to South, Harper! Ask Paris what is going on!" Jerit Wesley. Harper Junior hanya mampu menggeleng dan pergi dari situ.

"Ehemm." Willy yang baru muncul di ruang makan hanya memerhatikan Harper Junior baru meninggalkan ruang makan. Suasana nampak agak tegang. Wesley Harper sedikit pun tidak gembira melihat kemunculannya di situ.

Willy menarik kerusi. Wajah sedang menahan marah yang ditunjukkan oleh abangnya membuat dia sedikit segan untuk memulakan perbualan.

"Relax Wesley. Maybe cuma salah faham. Yang paling penting sekarang ni kita kena berdepan dengan dua orang detektif di luar tu." Akhirnya Willy bersuara.

Wesley berdiri. Satu perkataan pun dia tidak keluarkan dari mulutnya. Willy ditinggalkan sendirian di ruang makan.

****

Goula yang baru menerima berita itu seakan tidak percaya. Sepertinya ada sesuatu yang tidak kena. Tidak mungkin dia begitu bodoh membiarkan bahan bukti yang begitu utuh di tempat kejadian semasa menjalankan misinya.

Dan yang paling pasti, dia tidak pernah membawa rantai itu sewaktu melaksanakan misi. Rantai itu tersimpan rapi di dalam tempat rahsia yang hanya diketahui olehnya dan juga... Hmmm! Goula menggigit bibir. Tidak mungkin Xebec telah mengkhianati-nya.

Kerana hanya mereka berdua yang tahu kewujudan rantai tersebut.
Kerana terlalu marah, Goula mengambil Katana kesayangan yang dia warisi dari ayahnya. Memoir yang sudah tidur lena dia biarkan di atas katil.

Goula tidak akan membiarkan Xebec begitu mudah mempergunakan segala kepercayaan yang dia telah berikan kepadanya selama ini.

Goula masuk ke Tower bawah tanah bersama katana-nya. Dia tidak mahu menunggu sehingga hari esok kerana dia tidak tahu bila lagi Xebec akan tiba-tiba menghilang dari pandangannya dan muncul semula beberapa hari, minggu atau bulan kemudiannya.

Goula membuka pintu perlahan. Seperti yang dia dapat rasai, Xebec sepertinya sedang menunggu kedatangannya di bilik itu. Bila dia memandang Xebec, Goula seperti mahu menangis. Tidak mungkin lelaki itu akan mengkhianati-nya.

"Tell me the truth Xebec. Apa semua ni!" Jerit Goula. Xebec hanya diam. Dia sepertinya masih memegang keratan akhbar di tangannya dan kelihatan reaksi wajahnya juga nampak sangat terkejut dengan isi kandungan berita itu.

"It's wasn't me Goula. Saya tak akan buat benda macam ni kepada awak. I was in shocked too right now." jelas Xebec. Goula tidak akan mudah percaya.

Kepercayaannya sudah dicemari dan ianya bukan satu hal yang remeh. Keluarga Harper akan membunuh Shynae jika mereka tahu dia telah mengkhianati keluarga itu.

"Mereka akan bunuh adik kandung saya Xebec! Hanya dia keluarga yang saya ada! Sampai hati awak buat saya macam ni. Saya dah banyak berkorban untuk awak dan organisasi ini!" Bentak Goula.
Xebec merengus geram.

AMR VI: Paris With LoveWhere stories live. Discover now