AMR VI: PARIS WITH LOVE By Hayley D. Harper
BAB 24:
THIS LOVE IS BAD, THIS LOVE IS GOOD_______________________________
VILA
Beehoney tumpang gembira dengan Niagara Fall yang baru melahirkan anak pertamanya bersama Storm. Bila Niagara Fall mengusiknya tentang anak, Beehoney hanya tersipu malu.
"Memoir sudah cukup untuk bahagia kan Paris." Jawab Beehoney.
Niagara Fall terus diam. Dia mendapat tahu mengenai Memoir daripada Storm dan dia juga tidak tahu mahu berkata apa.
Tiada sesiapa yang harus dipersalahkan. Shynae juga sudah membuat keputusan untuk pergi. Tetapi Niagara Fall melihat perubahan besar dalam diri abangnya selepas kejadian itu.
Personaliti ceria abangnya sudah hilang. Setiap hari dia akan membawa Memoir ke Silent Park dan balik bila sudah lewat petang. Beehoney adakalanya ikut bersama tetapi Niagara Fall juga dapat merasakan, Beehoney tidak gembira berada di situ.
"Did my Brother treat You bad?" Tanya Niagara Fall kepada Beehoney. Pantas Beehoney menggeleng.
"So kenapa awak selalu bersedih?" Soal Niagara Fall lagi.
"Saya rasa bersalah dengan Paris dan Shynae. Kalau saya tak ada di sini, pasti Memoir dapat bersama dengan ibunya. Mereka akan jadi keluarga yang lengkap." Luah Beehoney.
"Jangan lah cakap macam tu. " Niagara Fall rasa bersalah lagi.
"I don't want to torture myself anymore." Kata Beehoney lagi.
"Tak kan awak pun nak tinggalkan Paris? Dia akan tambah bersedih!" Niagara Fall tidak mahu Beehoney membuat keputusan membabi buta.
"I cannot take his pain away, Nia. Mungkin dia cintakan saya tapi ia tak sama dengan cintanya terhadap Shynae. " Luah Beehoney. Niagara Fall menepuk bahu Beehoney. Dia tumpang bersedih.
"Awak kan isteri dia yang sah. You don't have to think that way anymore. Shynae tu dah jadi kisah silam Paris." Pujuk Niagara Fall.
"Tapi saya lebih kasihankan Memoir. Dia perlukan ibunya." Ujar Beehoney lagi.
"You can be his mother." Gesa Niagara Fall.
"No Nia. Saya tak boleh gantikan kasih sayang ibunya yang sebenar."Nada suara Beehoney mula berubah sedih.
"Tapi dia dah buat keputusan untuk pergi dari sini." Tambah Niagara Fall pula.
"Then what about me. Even if I stay here, it's mean nothing anymore." luah Beehoney.
"But..."
"Dia tak nak sentuh saya pun. I don't know why I'm still here." Luah Beehoney lagi.
Niagara Fall terus diam. Entah apa lagi yang dia boleh katakan kepada Beehoney.
MALAM itu, Niagara Fall masuk ke ruangan pejabat Paris. Sudah jauh malam, tetapi Paris masih berada di situ. Melihat Niagara Fall berada di situ, Paris pura- pura sibuk. Niagara Fall berdehem.
"It's 1 am Paris. Kenapa tak tidur lagi?" Tanya Niagara Fall .
"Ada kerja sikit." Jawab Paris.
"Ohh. Kerja? Why? Kita ada perang dengan siapa pula this time? Kita masih dalam tahun Hitam Paris. I'm not stupid." Niagara Fall menutup Laptop Paris.
YOU ARE READING
AMR VI: Paris With Love
ActionSINOPSIS Setelah kematian Seoul Harper dan Martial iaitu pemimpin utama organisasi gengster milik keluarga Harper di wilayah South of the silent Brother, anak lelaki mereka Paris Martial, telah dilantik menjadi waris tunggal. Setelah menunggu hampi...