AMR VI: PARIS WITH LOVE
BAB 16:
MEMOIR LOVE PARIS_______________________________
Xebec sekali lagi meminta maaf kepada Goula. Dia sama sekali tidak menyangka, Verdict bertindak begitu bodoh sehingga menyebabkan Goula kini berada di dalam berbahaya. Dia akan menjadi buruan pihak berkuasa dan kebebasan yang selama ini dia cari akan hilang.
Satu-satunya tujuan dia menyertai The Black Crows adalah kerana dia mahu membebaskan diri dari keluarga Harper. Tetapi kini, semua itu jadi mustahil kerana perbuatan khianat Verdict.
"Listen Xebec. Ada benda yang awak perlu tahu tentang rantai yang Verdict arahkan Flamingo tinggalkan sebagai bahan bukti." Goula tiba-tiba bersuara.
Dia mahu memberitahu kebenaran agar Xebec bersedia menghadapi apa yang bakal mereka semua hadapi sebentar lagi."Apa dia Goula? Kalau awak perlukan tempat untuk bersembunyi, I know where to hide. Saya tak akan benarkan Harper atau pihak berkuasa sentuh awak." Kata Xebec. Goula menggeleng.
"Jangan risau Xebec. Rantai yang mereka temui di tempat itu tak ada kaitan dengan saya pun. Rantai itu bukan milik saya." Jelas Goula. Xebec ternganga sejenak.
"What? Saya tak faham." Xebec nampak Blur. Dia sendiri ,membaca keratan akhbar itu dan jelas-jelas ia mengatakan kes pembunuhan Mr. Yu dikaitkan dengan Harper. Rantai yang ditinggalkan sebagai bahan bukti di tempat kejadian merupakan rantai yang dimiliki oleh Harper.
Dan dia adalah satu-satunya ahli The Black crows yang berasal dari naungan keluarga Harper.
"Rantai tu milik Memoir. Not me." Jelas Goula.
"Memoir? Your son?" Selama ini, Xebec mengenal Goula dengan apa yang dia beritahu kepadanya. Dan selama ini, Goula memberitahu Xebec yang Memoir adalah anak lelakinya bersama bekas teman lelakinya yang cuba menjualnya sebelum dia melarikan diri dan bertemu dengan Xebec.
"Memoir bukan anak saya, Xebec. I'm sorry that I lied to you about him but I cannot trust anyone in here. But I do trust you. Saya tahu awak boleh lindungi Memoir dan saya kalau ada apa-apa yang berlaku kepada kami berdua." Tambah Goula lagi.
"Then tell me, who is Memoir?" Xebec menoleh ke arah Memoir yang sedang tidur di tempat tidurnya. Goula menarik nafas dalam-dalam.
"Memoir anak adik kandung saya, Shynae." Jawab Goula.
"...and who is the father?" Soal Xebec. Goula memandang Memoir yang kini berusia hampir 2 tahun setengah.
"Paris Martial. Anak lelaki Lady Seoul Harper dari South of Harper. Memoir is a Harper." Jelas Goula kepada Xebec.
Dan ketika itu, Xebec akhirnya faham mengapa pihak berkuasa terus menuduh Harper menjadi dalang kepada kematian Mr. Yu dan bukannya The Black Crows.
YOU ARE READING
AMR VI: Paris With Love
ActionSINOPSIS Setelah kematian Seoul Harper dan Martial iaitu pemimpin utama organisasi gengster milik keluarga Harper di wilayah South of the silent Brother, anak lelaki mereka Paris Martial, telah dilantik menjadi waris tunggal. Setelah menunggu hampi...