AMR VI: PARIS WITH LOVE
By Hayley D. HarperBAB 19: A coup d'état
_______________________________
3 years ago....
Shynae muncul di hadapan rumah lewat tengah hari itu dan kedatangannya disambut oleh Goula dan ibunya yang ketika itu nampak sangat marah dengan Shynae. Melihat Shynae sudah berdiri di hadapannya, Berilee segera mengheret Shynae masuk ke dalam rumah. Di tepuk tampar nya anak perempuannya itu sehingga Shynae menjerit minta belas kasihan daripada ibunya.
Goula menenangkan ibunya yang sedang sakit itu tapi menggunakan kesemua tenaganya untuk bangun dari katil agar dia boleh bercakap dengan Shynae.
"Where did you go last night? Kenapa sekarang baru balik ke rumah? Did you see Paris last night? Kau tahu tak apa yang sedang kau buat ni Shynae?!" Jerit Berilee. Shynae hanya diam.
"Jangan ingat mommy tak tahu yang kau sedang jalinkan hubungan dengan Paris. Stop it! Jauhkan diri daripada Paris Shynae!" Marah Berilee lagi.
"But Mommy. I loved him." Luah Shynae. Berilee menampar pipi anaknya.
"Mulai dari hari ini, jangan sebut nama Paris di depan ibu lagi. Selagi mommy masih hidup, jangan cuba temui dia. Faham!" bentak Berille. Dia masih mahu memukul Shynae tetapi dihalang oleh Goula.
Shynae berlari masuk ke dalam biliknya. Dia tidak faham dengan kebencian ibunya terhadap Paris. Dan dia tidak akan biarkan, perasaan benci ibunya memisahkan dia dengan Paris.
Tidak ada yang boleh memisahkan mereka berdua. Sekembalinya Paris dari East nanti, dia akan datang mencarinya. Shynae akan bertahan dengan makian dan cacian ibunya sehingga hari itu tiba.
2 bulan kemudian...
Malam itu, Shynae dikejutkan pula dengan panggilan daripada ibunya. Bukan dia sahaja yang dipanggil, Goula juga turut dipanggil. Dalam keadaan yang masih mengantuk, Shynae dan Goula duduk di hadapan ibu mereka itu.
"Sebelum mommy mati, mommy nak pastikan korang berdua terlindung dari lelaki-lelaki tak guna di luar sana." Kata Berilee sambil menyarungkan selendang hitam di bahu kedua-dua anaknya itu. Shynae dan Goula hanya diam.
Mereka tidak tahu apa yang ibunya cuba lakukan ketika itu. Kerana takut dimarahi, mereka hanya duduk mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa.
Berilee mengorbankan seekor kambing dalam upacara itu dan mula membakar kemenyan lalu meniupnya ke arah kedua-dua anaknya."pāpaṃ me kataṃ, kataṃ karanīyaṃ,paricaya saṃsagga kaṭ-âkaṭa atta buddhi phaṇa kicca pātarāsa-bhatta."
Berkumat kamit mulut Berilee, membaca mantera yang hanya difahami olehnya ketika itu di hadapan anak-anaknya.Usai dia habis membaca Mantera itu, Goula terus pengsan. Manakala Shynae yang terkejut melihat Goula pengsan di sebelahnya menjerit. Berilee terkejut melihat Shynae tidak memberikan reaksi yang sama seperti Goula.
Manteranya tadi adalah satu sumpahan kepada anak-anaknya agar tidak mendekati lelaki dan lelaki tidak akan berupaya mendekati mahupun mengambil kesempatan ke atas mereka.
Jika menyentuh mereka suka atau terpaksa, mereka akan mati dimakan Mantera yang sudah Berilee tanamkan ke dalam diri mereka. Tetapi Shynae sepertinya tidak memberikan respon yang sama. Ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya ketika itu.
Berilee mendekati Shynae. Tangan anaknya itu dia genggam kemas. Shynae yang berada dalam ketakutan memohon agar ibunya tidak mencederakan dirinya.
YOU ARE READING
AMR VI: Paris With Love
ActionSINOPSIS Setelah kematian Seoul Harper dan Martial iaitu pemimpin utama organisasi gengster milik keluarga Harper di wilayah South of the silent Brother, anak lelaki mereka Paris Martial, telah dilantik menjadi waris tunggal. Setelah menunggu hampi...