BAB10:
GOULA, The Sweetest Girl.*****
Pintu lif terbuka luas. Masuk beberapa orang lelaki berpakaian ala tentera mengiringi seorang lelaki yang kelihatannya seperti seorang ahli politik ternama. Langsung mereka semua masuk ke dalam perut lif, pintu tertutup rapat. Dan lif itu membawa mereka semua ke tingkat yang sepatutnya.
Lif itu berbeza dari lif yang biasa. Lif itu tidak memperlihatkan sama ada ia turun ke bawah mahupun ke tingkat atas. Tiada nombor tingkat bangunan kelihatan dan yang hanya ada cuma beberapa litar camera CCTV.
Senjata api yang ada di tangan diperkemaskan. Manakala si lelaki lagak orang penting itu memberikan amaran kepada mereka untuk bersedia bertindak sejurus mereka tiba di destinasi yang bakal ditemui.
"Ingat. Jangan bunuh perempuan tu. Kita perlukan maklumat yang ada padanya untuk menjejaki kawan- kawan dia yang lain. Faham?" Gertak si lelaki lagak orang VVIP itu lagi.
"Baiklah Tuan." Serentak lelaki berpakaian ala tentera itu ataupun merangkap Bodyguard VVIP itu menjawab dengan penuh yakin.
Beberapa saat kemudian, pintu lif terbuka. Kumpulan lelaki itu meluruh keluar dan terus mencari posisi masing- masing. Manakala si lelaki tua yang lengkap berpakaian sut hanya berdiri di hadapan pintu lif kerana ada seseorang yang sedang menunggunya di hadapannya.
"Oh well. Tak sangka pulak awak lebih licik berbanding mereka semua." Lelaki itu melirik rawak ke arah mayat- mayat yang kelihatan bergelimpangan di tempat itu.
"I'm on a mission Mr. Yu. Awak akan mati hari ini." Balas gadis yang sedang berdiri megah di hadapan Mr. Yu.
Terkejut dengan omongan si gadis yang sepatutnya menjadi tahanan di tempat rahsia itu, Mr. Yu menggeleng.
"Jangan berlagak sangat. Awak tu perempuan. Boleh ke awak kalahkan mereka semua dengan senjata tak berguna awak tu?" Mr. Yu sinis memerhatikan Katana di genggaman gadis itu.
Tapi menyirap darahnya bila melihat masih ada sisa darah di hujung katana itu. Bermakna, gadis itu hanya menggunakan katana itu membunuh semua Bodyguard yang ada di tempat rahsia itu.
"Watch me." Balas gadis itu bersama senyuman manis.
Mr. Yu undur selangkah ke belakang. Gadis itu mula mengangkat katana. Nampak sedikit menakutkan tetapi si VVIP masih yakin dengan barisan pertahanan yang sudah dikerahnya.
"Kill her!!!" Jerit Mr. Yu.
Gadis itu tertawa berdekah. Dia mula bergerak mendekati barisan lelaki yang diperintahkan untuk membunuhnya itu.
BANG! BANG! BANG!
Peluru- peluru yang dimuntahkan dari senjata rifles oleh kumpulan lelaki itu semua fokus ke arah gadis itu berada. Tetapi kelicikannya melompat ke kanan dan ke kiri membuat mereka hampir tidak percaya dengan ketangkasannya mengelak daripada terkena peluru. Bukan itu sahaja, katana yang ada di tangannya dihayun laju. Berdesing bunyi peluru yang mengenai katana itu. Gadis itu menggunakan katananya sebagai 'shield' serangan daripada mereka.
YOU ARE READING
AMR VI: Paris With Love
ActionSINOPSIS Setelah kematian Seoul Harper dan Martial iaitu pemimpin utama organisasi gengster milik keluarga Harper di wilayah South of the silent Brother, anak lelaki mereka Paris Martial, telah dilantik menjadi waris tunggal. Setelah menunggu hampi...