BAB 6 : THIS IS ME, PARIS

178 16 0
                                    

AMR VI: Paris With Love
~~~~~~~ BAB 6 ~~~~~~~~~
THIS IS ME, PARIS

AMR VI: Paris With Love~~~~~~~ BAB 6 ~~~~~~~~~THIS IS ME, PARIS

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


20 TAHUN LALU...

         KAKI melangkah semakin jauh memasuki kawasan hutan yang selama ini belum dia pernah jejaki. Tetapi, kerana keinginan mahu mengejar kanak-kanak perempuan yang dia temui tadi, Paris terus berlari tanpa menoleh lagi.

         Selang 10 minit, larian Paris semakin berkurang kelajuannya. Nafasnya sudah mula turun naik. Dan buat kesekian kalinya, dia akhirnya berhenti berlari sambil tercunggap-cunggap mencari oksigen. Dadanya ditekap dengan tapak tangan. Paris mula sedar dia berlari terlalu pantas.

         Dan kerana terlalu lelah, Paris mencari tempat duduk untuk dia rehat sejenak. Tetapi bila dia mula menyedari tempat itu sudah terlalu jauh dari kawasan perumahn The Silent Park, Paris menjadi panik. Dia langsung tidak menyangka dia boleh masuk ke kawasan hutan sejauh itu. Mungkin tenaganya boleh pulih jika dia rehat sebentar tetapi dia baru sedar, jalan untuk pulang langsung tidak diingatinya.

"Oh no." Paris mengesat dahi di peluh. Lututnya mula menggeletar. Bunyi unggas di setiap pelusuk hutan tebal yang kedengaran buas dan menakutkan membuat dia berdiri kaku seperti tugu. Kiri kanan, matanya cuba mencari dari arah mana dia datang tadi. Paris menelan air liur. Keadaan sekeliling tampak semua sama. Langsung tiada petanda arah untuknya. Paris terus terduduk di atas daun-daun kering.

"Mamaa!!" Paris menjerit.

Beberapa kali dia menjerit, memanggil ibunya tetapi semua tindakannya hanya sia-sia. Tiada sebarang respon yang diterimanya. Paris berdiri semula dan berdiri mendekati pokok yang berdekatan dengannya. Dia duduk di situ dan air mata mula mengalir di pipi.

"Mamaaa. Help me. I don't know the way to go back home!" jerit Paris lagi. Suara jeritannya sudah bercampur dengan nada tangis yang cuba ditahannya.

Bunyi unggas dan dahan-dahan pokok semakin kuat. Jantung paris berdetak dengan kencang. Kerana terlalu takut, dia memutuskan untuk berlari tanpa mengetahui kemana arah destinasinya.

"Mamaaa!!!" Jerit Paris. dan

Kerana tergesa- gesa, bercampur pula dengan otak yang sedang kebingungan, ketika itu juga kakinya tersadung dengan akar kayu yang menjalar beribu di atas tanah. Paris terus terhumban jauh dan kepalanya terkena dahan pokok yang kebetulan ada di hadapannya.

"Ouch..." Paris mengerang kesakitan. Perlahan dia menyentuh dahinya. Darah yang masih terasa panas berketul kelihatan di jemarinya membuat dia terkejut. Paris terus pengsan.

****

LAMA Shynae memerhatikan Paris yang masih belum membuka matanya. Luka kecil di dahi paris sudah dia ubati.

        Apa yang telah berlaku?

        Ketika Paris mengejarnya tadi, Shynae bersembunyi di belakang pokok. Bila paris berlari memasuki kawasan hutan larangan, Shynae terpaksa mengejarnya. Dan dia terkejut bila melihat Paris sudah jatuh pengsan bersama luka di dahinya ketika dia menemuinya semula.

AMR VI: Paris With LoveWhere stories live. Discover now