AMR VI: Paris With LoveBy Hayley D. Harper
BAB 7: TEEDEO
TERKEJUT melihat Paris di situ, Shynae hampir terjatuh dari pokok. Tetapi tangannya memeluk dahan pokok dengan erat. Paris masih tersenyum kepadanya. Matanya juga tidak beralih. Hanya tepat memandang Shynae yang kebingungan.
Apa mahu seorang HARPER ke tempat itu? Shynae tidak pernah melupakan zaman kanak- kanak mereka berdua. Walau hanya sekali bertemu, ia adalah satu pengalaman yang sangat mengerikan buat dirinya.
"Errr." Shynae masih memeluk dahan pokok.
Paris mendekati pokok itu dan mendongak. Kini wajah Shynae semakin jelas di pandangan. Dia tidak akan pernah melupakan wajah itu. Nyawanya pernah diselamatkan olehnya.
"Can You teach me with that, the Katana?" Soal Paris. Shynae hanya diam. Dia masih terkejut melihat Paris ada di hadapannya.
"No. Go home Young Master. Tempat ni bukan untuk awak." Shynae akhirnya melompat turun dari atas dedahan pokok dan terus mengemaskan katana di tangan. Dia bersiap mahu balik ke Silent Park tetapi Paris menghalang perjalanannya. Mereka berdua bersua mata.
"This is my home. This place is mine. This comunity belong to my family. " Jawab Paris kepada Shynae.
Shynae ketap bibir. Paris tak pernah berubah. Masih macam dulu. Jawapannya tacap kali membuat orang di sekelilingnya rasa tidak selesa tapi ada kebenarannya.
"Maksud saya, hutan ni. Nanti awak sesat lagi. " Kali ini Shynae sudah tidak takut memandang Paris.
"Jangan bimbang. Saya dah hafal semuanya. I mean, map tempat ni saya dah tahu selok beloknya." Jawab Paris dengan yakin.
"Wow. Amazing." Hanya itu yang mampu Shynae ulas. Dia cuba meneruskan langkahan tapi masih dihalang oleh Paris.
"Young master, i really need to go."pinta Shynae. Bukan takut dengan Paris, dia hanya yakin itu adalah yang terbaik untuk mereka berdua.
"Calm down. I will not do anything bad to You." Gesa Paris. Dia mengambil katana di genggaman Shynae. Shynae hanya membiarkan Paris membelek- belek katana itu.
"Saya bukan Paris yang awal temui dulu. Now I'm strong... and..." Paris tersentak. Ketika dia masih bercakap, Shynae Merampas semula katana di tangannya dengan pergerakkan yang terlalu pantas. Gagal dia duga pergerakkan Shynae tadi.
"I know how strong you are my Young master. Saya balik dulu." Shynae tidak mempedulikan Paris. Dia hanya mahu balik ke Silent Park secepatnya.
*****
KINI...
PARIS keluar dari cafe yang dia singgahi tadi untuk membasahi anak tekak yang sedikit kering. Sebenarnya dia hanya mahu masa bersendirian tanpa ada kehadiran daripada Shynae. Hujan yang turun membuat langkah kakinya sedikit diperlahankan. Ada kelopak air yang harus dia elak di lorong jalan yang sedikit gelap itu.
YOU ARE READING
AMR VI: Paris With Love
ActionSINOPSIS Setelah kematian Seoul Harper dan Martial iaitu pemimpin utama organisasi gengster milik keluarga Harper di wilayah South of the silent Brother, anak lelaki mereka Paris Martial, telah dilantik menjadi waris tunggal. Setelah menunggu hampi...