BAB 11: THE BAD NEWS

136 12 1
                                    

AMR VI: PARIS WITH LOVE
By HAYLEY D. HARPER

BAB 11: THE BAD NEWS

____________________________________

        Air kopi yang masih panas dihirup perlahan dari mug seramik. Pemandangan hutan belantara yang boleh dilihat dari pondok kecil milik Teedeo itu membuat Shynae teringat akan pondok kecil buatannya di belakang hutan The Silent Park.
         Dengan menggunakan ayu-kayu terpakai, dia boleh membuat pondok atas pokok yang akhirnya menjadi sarang cinta untuknya dengan Paris. Begitu banyak memori indah antara mereka berdua dan Shynae masih pasrah dengan semua yang sudah terjadi.

Dia hirup kopi panas itu lagi. Dan rasa hangat itu membawanya ke memori lama yang hampir meragut nyawanya.

****
        "Shynae! Dengar cakap kakak ni. Kita tinggalkan tempat ni dan bina hidup baru okay? Paris akan kahwin dengan orang yang dia cintai. You need to let him go." bebelan Goula sejak subuh tadi membuat hati Shynae semakin hancur.

        Apabila mereka berdua mendapat khabar tentang perkahwinan Paris, Shynae hanya mampu duduk mendiamkan diri memerhatikan Memoir yang sedang bermain dengan Hush Hush, kuching peliharaan Goula.

"I don't want to go Goula. Saya dah janji dengan Paris. Saya akan tetap berada di sini, no matter what happen to us." Luah Shynae. Goula mendengus geram. Mungkin juga marah.

"Macam mana kau boleh jadi sangat bodoh macam ni Shynae!Paris will never see you again!" Bentak Goula.

"I don't care Goula. As long as I can see him around, I will be just fine." Balas Shynae. Goula menumbuk dinding rumah.

***
        Teedeo memerhatikan Shynae yang termenung sendirian di balkoni pondok itu sejak tadi lagi. Wajah sedih yang dia gambarkan di wajahnya membuat Teedeo berasa sayu hati melihatnya.
       
      Mungkin dia sedang risaukan keadaan kakaknya. Tetapi berita yang dia peroleh dari info yang boleh dipercayai pagi tadi pastinya boleh membuat Shynae berubah fikiran mengenai keadaan kakaknya yang sebenar.

"Shynae?" Teedeo duduk di sebelah Shynae. Mereka berdua hanya berbalas renungan sejenak dan Shynae kembali memandang hutan yang luas.

"Baca ni." Teedeo menunjukkan keratan akhbar yang dia simpan di dalam telefon pintar kepada Shynae. Hujung mata Shynae melirik ke arah skrin telefon pintar Teedeo.

Melihat gambar seutas rantai yang cukup dia kenali itu membuat dia terus merampas telefon pintar itu untuk membaca isi kandungan berita yang tertera. Sedang Shynae fokus membaca, Paris muncul di hadapan mereka berdua. 

"Bila kita nak bergerak? Dah dua malam kita di tempat ni. Any idea, Teedeo?" Gesa Paris kepada Teedeo yang hanya diam membisu.

Shynae yang sudah habis membaca keratan akhbar memberikan telefon pintar Teedeo semula dan masuk ke dalam pondok tanpa berkata apa-apa. Paris mengheret Teedeo pergi jauh sedikit dari kawasan pondok dan memberikan amaran kepadanya untuk segera memberitahu apa yang telah berlaku.

"Sabarlah, Young master." Teedeo tersenyum sinis. Mendengar Teedeo memanggilnya seperti itu, Paris naik geram. Sudah dua malam mereka di situ dan sepertinya mereka hanya membuang masa tanpa melakukan apa-apa tindakan lanjut.

"Tell me what happened?" Tanya Paris dengan buku lima yang sedia diangkat untuk menakut-nakutkan Teedeo.

"Awak masih belum jawab pertanyaan saya. Tell me why did she call you her young master? What kind of young master are you? Which conglomerate's family are you from?" Tanya Teedeo.

Sudah berkali-kali dia bertanyakan soalan yang sama kepada Paris dan Shynae. Tetapi mereka berdua masih tidak mahu memberikan apa-apa jawapan.

"Tak penting lah." Balas Paris.

AMR VI: Paris With LoveWhere stories live. Discover now