BAB 23: PARIS WITH LOVE

198 20 3
                                    

AMR VI: PARIS WITH LOVE
By Hayley D. Harper
BAB 23: PARIS WITH LOVE

________________________________

       KEESOKAN harinya, Paris mendapat berita yang Beehoney sudah membuka matanya. Bermakna dia sudah sedar dari tidur lena. Penawar yang Goula berikan kepadanya ternyata memang berkesan.

     Pantas Paris turun ke bawah dan masuk ke bilik tempat Beehoney dirawat. Melihat Paris muncul di hadapannya, Beehoney terus tersenyum.

      "Good morning Paris." Beehoney mendepakan tangannya. Mahu Paris segera memeluknya. Paris gembira melihat Beehoney sudah terjaga. Tetapi bagaimana di harus memberitahu Beehoney tentang Shynae.

      "Get some rest. I will see you later." Kata Paris kepada Beehoney. Dia cuma memeluk Beehoney buat sejenak dan segera pergi dari situ. Beehoney mencebik. Dia dapat menghidu ada sesuatu yang buruk telah berlaku. 

       Paris naik ke tingkat atas untuk memeriksa keadaan Shynae dan Memoir. Bila dia membuka pintu bilik, beberapa orang pembantu rumah sedang bermain dengan Memoir. Paris mencari kelibat Shynae.

       "Shynae?" Paris memanggil Shynae berulang kali.

       "Urmm. Dia kata dia akan tunggu Young Master di Silent park." kata salah satu pembantu rumah itu. Mendengar itu, Paris terus berlari keluar dari bilik itu. Dia meninggalkan Vila dan segera ke Silent Park untuk mencari Shynae.

       "Shynae?" Paris tiba di hadapan rumah Shynae. Dia terus masuk ke dalam tetapi Shynae tidak ada di situ.

       "Shynae!!" Paris menjerit memanggil nama Shynae berulang kali. Dan akhirnya Paris masuk ke dalam hutan. Dia yakin, pasti Shynae ada di rumah atas pokok. Bila tiba di situ, Paris rasa hampa apabila melihat rumah atas pokok yang menjadi saksi percintaan dia dan Shynae sudah hilang.

Apa yang telah berlaku kepada tempat itu? Sayu hati melihat rumah atas pokok itu hilang dari pandangan, padahal dulu ia sentiasa menjadi perkara utama yang Paris ingin jejaki selepas menghabiskan tugasnya.

       "Young master?" Shynae muncul dari balik pokok. Dia tunduk hormat di hadapan Paris seperti yang selalu dia lakukan ketika bertemu dengan Paris.

       "Come here. Don't try to run away from me." kata Paris. Shynae hanya tersenyum. Dia melangkah mendekati Paris dan terus mengucup-nya. Ciuman yang bertahan sehingga beberapa minit itu akhirnya terhenti begitu sahaja, Shynae memeluk Paris erat-erat. Air mata jatuh di pipi tapi segera dia kesat dengan hujung jemarinya.
  
       "Kiss me more." Pujuk Paris. Shynae hanya tertunduk malu. Dan mungkin sedikit rasa bersalah dengan tindakannya tadi. Lalu dia meleraikan diri daripada pelukan Paris.

       "Young Master, Thank you for everything but, I'm sorry. I can't stay here anymore. Please take care of our son. Saya akan pergi dari tempat ini tapi bukti hasil percintaan kita akan selalu berada di samping awak. Please go back to your wife. I will love you Paris. Always." Shynae mengucup Paris sekali lagi dan dia terus pergi dari situ tanpa menoleh lagi.

       "Hmm." Paris terkedu sejenak. Langkah kaki Shynae semakin jauh meninggalkan dirinya. Paris mula menangis.

        "Shynae! Don't leave me! I'm sorry!!" Jerit Paris.

Shynae tidak menoleh. Dia meneruskan langkahan kaki yang sudah nekad membuat keputusan. Paris tidak bersalah. begitu juga dengan Beehoney. Shynae sedar, dia harus mengundurkan diri dan berkorban untuk semua orang. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk terus berada di situ. Dia akan tinggalkan Memoir kepada Paris kerana dia tahu, anaknya itu berhak mendapatkan kasih sayang seorang ayah yang selama ini tidak pernah dia rasai. Lagipun, dia tidak mempunyai kekuatan untuk menjadi orang ketiga di dalam sebuah ikatan perkahwinan. Dan dia akan menerima takdirnya sebagai masa lalu Paris.

AMR VI: Paris With LoveWhere stories live. Discover now