PARIS WITH LOVE: AMR VI
BAB 1BUT FIRST, TELL ME YOUR NAME
⚔️⚔️⚔️⚔️⚔️⚔️
KAGUYA, memerhatikan gadis itu tanpa berkedip. Sejak tadi lagi, dia langsung tidak bersuara. Tetapi bila Kaguya dan Storm mengejarnya, dia tidak cuba untuk melarikan diri. Dia hanya menunggu untuk ditangkap oleh mereka berdua. Dan kini, gadis itu berada di dalam bilik tahanan yang dijaga rapi oleh Kaguya dan beberapa orang lagi pembantunya.
Paris pula sedang menunggu keputusan daripada Doktor Kelisa yang sedang merawat Beehoney. Dia sama sekali tidak pernah menduga, mala petaka seperti itu akan terjadi di hari perkahwinannya. Ayah Beehoney juga berada di ruangan menunggu bersama Paris. Kedua-duanya nampak risau.
"Paris." Kedengaran suara Doktor Kelisa yang baru keluar dari bilik rawatan memanggil nama Paris. Dengan keadaan yang masih bingung, Paris bangun dan mendekati Doktor Kelisa. Dia tidak tahu sama ada dia boleh menerima apa -apa sahaja berita mengenai keadaan isterinya di saat itu.
"Macam yang Storm cakap dengan saya tadi. Anak panah tu memang ada racun. But bad news is, saya dah cuba untuk mencari penawarnya dengan ubat-ubatan yang kami ada tapi ia tak bagi apa-apa perubahan kepada keadaan isteri awak." Jelas Doktor Kelisa. Dia juga turut bersedih dengan keadaan yang menimpa Paris di hari bahagianya.
"So, macam mana dengan keadaan anak saya Doktor?" Giliran ayah Beehoney pula bertanyakan soalan kepada Doktor Kelisa.
"She's fine uncle. Tapi racun yang ada di dalam badan dia tu buat dia berada dalam keadaan Koma. Or maybe... dia sedang tidur. But don't worry, Buat sekarang ni, saya akan tetap perhatikan keadaan dia dari semasa ke semasa. Paris dan uncle jangan risau ya." tambah Doktor Kelisa lagi. Paris duduk semula di kerusi. Dia sama sekali tidak gembira mendengar berita itu.
Tertidur? Racun dalam badan. Paris cuba untuk bertenang.
"Apa yang dah berlaku sebenarnya Paris? Siapa gadis yang cederakan Beehoney? Apa yang dia nak?Kau ada simpan perempuan lain ke selain Beehoney?" tanya ayah Beehoney kepada Paris. Soalan itu membuat Paris sedikit gementar. Nampak sangat ayah Beehoney tidak berpuas hati dengan apa yang telah berlaku kepada anaknya.
Perempuan simpanan? Sumpah. Paris menggeleng. Tidak pernah dia menjalinkan hubungan dengan mana- mana perempuan selain Beehoney sahaja selama ini. Beehoney adalah cinta pertamanya.
"Saya minta maaf. Tapi saya pun masih tak pasti apa yang perempuan tu nak daripada saya. But lepas ni saya akan tahu sebabnya dan cuba selesaikan masalah ni dengan secepatnya. Okay?" Balas Paris kepada ayah Beehoney.
"Hurmmm. Baiklah." Dengan nada sedih, ayah Beehoney duduk semula di tempat duduk. Paris mahu terus berbual dengannya tetapi dia tahu, ayah Beehoney mahu bersendirian.
YOU ARE READING
AMR VI: Paris With Love
ActionSINOPSIS Setelah kematian Seoul Harper dan Martial iaitu pemimpin utama organisasi gengster milik keluarga Harper di wilayah South of the silent Brother, anak lelaki mereka Paris Martial, telah dilantik menjadi waris tunggal. Setelah menunggu hampi...