BAB 8 : THE GLITCH OF DEJA VU

173 16 2
                                    

AMR VI: Paris with Love

By Hayley D. Harper

BAB 8: THE GLICTH OF DEJA VU

BAB 8: THE GLICTH OF DEJA VU

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

VILA, SOUTH OF HARPER POINT

       BADAN yang kaku dan tidak bergerak itu tampak seperti mayat yang masih bernyawa. Matanya terpejam rapi tetapi kelihatn dadanya turun naik, menghembus dan menarik udara ke dalam peparu untuk kelangsungan hidup.

Niagara Fall baru mendapat khabar tentang keputusan Paris untuk pergi bersama-sama dengan Shynae. Mulanya, dia tidak dapat menerima keputusan abangnya itu kerana bila dia melihat keadaan Beehoney, perasaan benci terus datang melambung untuk Shynae.

Kalau dia tidak berbadan dua, sudah lama dia bersemuka dengan Shyane dan membuat dia menyesal mahu mencederakan Beehoney.

Jemari Beehoney dia genggam erat. Niagara Fall sedikit beremosi. Tidak menyangka, hari bahagia Paris akan bertukar menjadi bencana. Selepas pemergian ibu bapa mereka, Paris selalu kelihatan kesunyiaan. Tahun hitam yang diperintahkan oleh keluarga Harper menyakat keinginannya untuk berkahwin dengan Beehoney.

Setelah mendapat kebenaran daripada Presiden Harper yang baru, perkara seperti itu terjadi pula. Luluh hati Niagara Fall mengenangkan keadaan abangnya ketika itu. Entah kemana sahaja Shynae membawanya pergi.

"Nia," Storm yang mencari keberadaan isterinya sejak tadi lagi akhirnya boleh tersenyum lega apabila dia melihat Nia sedang duduk di samping katil Beehoney. Mendengar namanya diseru, Niagara Fall menoleh. Air mata yang jatuh di pipi dia kesat dengan hujung jari manis. Storm datang mendekat lalu memberikan pelukan.

"Everything will be okay. Nia tak boleh bersedih macam ni. Think about our baby. Okay. Let's go to sleep. Nia perlu berehat." Kata Storm. Niagara Fall hanya mengangguk. Storm mengangkat isterinya keluar dari bilik itu.

Bukan Niagara Fall sahaja yang sedang bersedih. Warga Vila di South nampaknya semua terkesan dengan peristiwa yang melanda Paris. Kalau Lady Seoul masih hidup, semua itu tidak mungkin akan berlaku. Tapi mereka semua tidak mampu berbuat apa-apa. Paris sudah membuat keputusan. Dan dia sudah berjanji akan kembali secepatnya bersama penawar untuk Beehoney.

****** 

Sementara Beehoney yang sedang tidur lena itu tiba-tiba membuka matanya. Dia melihat sekelilingnya dan dia sedang berada di sebuah kawasan ladang bunga yang tersangat luas. Dia cuba mencari sesiapa sahaja yang berada di tempat itu, tetapi dia gagal menemui sesiapa. Sepertinya tempat yang luas itu tidak berpenghuni selain dirinya. Bunga daisy yang mekar berhektar kelihatan sungguh cantik tetapi Beehoney hanyut dengan perasaan mahu kembali ke dunia nyata. Dia sedar, itu bukanlah dunia yang sebenar untuknya.

Rasa sakit di dada membuat Beehoney terduduk. Buat beberapa saat dia seperti mengalami kesukaran untuk bernafas. Kemudian dia mula menangis. Dia perlukan Paris. Hatinya meronta sedaya upaya agar dirinya segera berjumpa dengan Paris. Beehoney berdiri. Dia mula melangkah perlahan-lahan. Destinasinya tidak diketahui. Dia hanya berjalan di sekitar kawasan ladang bunga itu tanpa menoleh ke belakang. Siapa tahu, mungkin Paris sedang menunggunya.

AMR VI: Paris With LoveWhere stories live. Discover now