BAB 17: MY WORST CONFESSION, Goula.

151 10 0
                                    

AMR VI: PARIS WITH LOVE
By Hayley D. Harper

BAB 17:
MY WORST CONFESSION, Goula.

_____________________________________

Goula POV

3 tahun lalu...

       Semalaman saya menunggu Shynae balik ke rumah malam itu tetapi batang hidungnya tidak kelihatan. Saya mahu keluar mencarinya tetapi hujan lebat yang turun menghalang hasrat saya.

      Tetapi hati saya kuat mengatakan, sesuatu yang buruk bakal terjadi kepada Shynae dan ia akan menentukan masa hadapan kami berdua. Dan semua dugaan saya itu menjadi kenyataan.

       Keesokan harinya, saya terkejut apabila mendengar suara Paris di hadapan rumah. Dia tiba-tiba muncul dan meminta untuk berjumpa dengan ibu saya yang ketika itu tidak begitu sihat. Dia masih berkabung atas kematian ayah kandung saya dan Shynae.

       Melihat Paris berdiri di hadapan rumah, mengejutkan semua ahli keluarga yang lain. Mereka turun dari rumah masing-masing dan memberikan tanda hormat kepada Paris yang tiba-tiba datang ke situ tanpa bodyguard mahupun Lady Seoul.

       "Young master? Ada apa yang kami boleh tolong?" tanya Pak cik Weeki. Dia jiran terdekat kami. Paris hanya tersenyum sopan.

       "Jangan risau.Saya datang ke sini hanya untuk berjumpa dengan Puan Berilee." Jawab Paris.

Kami semua berpandangan.

       "Young master?" Saya turun dan berhadapan dengan Paris sendiri. Ibu tidak kuat untuk bangun dari katilnya untuk berjumpa dengan Paris.

       "Hai Goula. Boleh saya berjumpa dengan Puan Berilee?" Tanya Paris kepada saya. Masih saya ingat nada suara penuh sopan santunnya kepada saya ketika itu. Saya terus tunduk hormat.

        "Emm. Minta maaf young Master. Ibu sedang sakit. Dia tak boleh keluar dari rumah." Saya menjawab permintaan Paris.

        "Kalau macam tu, biar saya masuk ke dalam. Ada hal yang saya perlu jelaskan kepada Puan Berilee." Kata Paris lagi.

       "Maybe you should come another time. Bila dia sudah sihat." saran pak Cik weeki.
Paris terus menggeleng.

        "Tak boleh pak cik. Paris terburu-buru. Paris nak pergi ke East sebentar lagi. Ada masalah sikit." Jelas Paris.

      Tanpa melengah-lengah masa, saya menjemput Paris masuk ke dalam rumah untuk berjumpa dengan Ibu.

       "Mommy," saya kejutkan ibu yang masih tidur. Mendengar suara saya, Ibu membuka matanya. Bila dia melihat Paris ada di situ, emosinya agak terganggu.

      "Go back to your Villa, Young Master." Jerit Ibu. Saya terus menenangkan ibu. Paris hanya diam.

       "I'm truly sorry about what happened to your husband. My family will always owe your family a huge gratitude." Kata Paris. Ibu nampak cuba menahan emosinya.

       "Leave us alone, Goula." Kata ibu. Saya terus meminta diri keluar dari bilik itu. Tetapi saya mencuri dengar semua perbualan Paris dan ibu di luar bilik.

      "Saya datang ke sini sebab saya nak minta kebenaran Mak cik untuk serahkan Shynae kepada saya kerana saya mahu dia jadi isteri saya. I want to marry her." Kata Paris. Saya tergamam.

       "How dare you? Lady Seoul tak bagitau awak ke pasal perjanjian keluarga Harper dan The Silent Brother? Keluarga Harper tak boleh berkahwin dengan mana-mana anak gadis atau anak lelaki dari komuniti the Silent Brother."bentak ibu. Saya terduduk di atas lantai.

           I already know about that.
           Sebab itu saya cuba menghalang Shynae untuk terus berhubungan dengan Paris selama ini.

         "It's not relevant any more. I already made my final decision. I want to marry your daughter. Please give us your blessing. Paris tahu mak cik tak suka dengan Paris, tapi Paris cintakan Shynae. We been seeing each other for such a long time now and we do love each other very much." Gesa Paris.

         "No! I will never let her marry  a Harper. Awak ingat komuniti ini hak milik mutlak keluarga Harper? Maybe yes maybe no. Sebelum Lady Eagle berkahwin dengan Presiden Harper dulu, this land belong to this family. There is no other community and there is no the Silent Brother to protect your fucking family for your own sake. My husband died because of you. Your family! Leave Shynae alone! Don't ever come near to her again." Bentak Berilee.

      Paris terdiam.

      Selama ini dia tertanya-tanya, mengapa Berilee tidak begitu mesra dengan ibunya, Lady Seoul. Apa yang dia dengari tadi sudah menjawab pertanyaannya selama ini.

         "I'm really sorry. That's was between the eldest before. Paris tak ada kaitan dengan masa lalu." Jawab Paris.

         "Kau salah satu waris Harper. Keluarga yang suka membuat huru hara dan mempergunakan The Silent Brother untuk melindungi korang. Selfish!" Berilee meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya selama ini.

       Paris Masih tinggal  diam.

       "I'm sorry. Paris datang ke sini bukan untuk berbincang tentang hal lama yang sudah berlalu. Paris cuma mahu meminta kebenaran mak cik untuk izinkan Shynae jadi isteri saya selepas saya balik dari East nanti." Kata Paris lagi.

       Giliran Berilee pula yang diam. Goula yang mendengar semua perbualan itu berlari ke dapur.

KINI...

SOUTH OF THE Silent Brother

        Storm bersedia menyambut ketibaan Harper Junior yang datang ke South untuk berjumpa dengan Paris. Bila mendapat tahu Paris tidak berada di vila. Harper Junior mengarahkan pasukan elite di south untuk membuat perjumpaan.

       "Tell me what's is going on right here Storm. Macam mana Paris boleh melibatkan diri dengan Black crows. Wesley sudah arahkan dia untuk tidak melibatkan diri dengan mereka." Tanya Harper Junior kepada Storm.

        "Panjang ceritanya. Saya pun tak pasti apa yang sedang berlaku. Tapi Paris tidak akan bertindak bodoh macam tu. Mungkin berlaku sesuatu di luar kawalan Paris." Jawab Storm.

       Kaguya dan Storm akhirnya menceritakan apa yang terjadi di South kepada Harper Junior.

        "I think this problem is too personal for Paris. He was alone out there.... it could be very dangerous for him. Wesley could handle the Upper people but how about him. I need to talk to Wesley about this." Harper Junior akhirnya membuat keputusan.

         Sempat Storm dan Kaguya membawa dia melihat keadaan Honeybee yang sedang tertidur. Memang keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh Kaguya dan Storm.

       "It's creepy." Ujar Harper Junior tiba-tiba.

      "I know." Balas Storm.

        "Remind me of someone..." Harper Junior tersengih. Sepertinya Storm tahu siapa yang cuba Harper Junior katakan itu.
"Maksud awak Puan Blues, bukan?" Tanya Storm. Harper Junior mengangguk.

Akan bersambung....

AMR VI: Paris With LoveWhere stories live. Discover now