BAB 3 FIGHT LIKE A FIGHTER

173 15 1
                                    

AMR VI: PARIS WITH LOVE
By HDH Ink
BAB 3: FIGHT LIKE A FIGHTER
---------------------------

AMR VI: PARIS WITH LOVEBy HDH InkBAB 3: FIGHT LIKE A FIGHTER---------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AMR VI: Paris With Love
By HDH Ink
BAB 3: FIGHT LIKE A FIGHTER

SEDANG paris sibuk memerhatikan duit yang ada di dalam laci-laci almari itu, tiba-tiba sahaja dia seperti mendengar bunyi tapak kaki seseorang sedang mendekati rumah itu. Tanpa menunggu lebih lama, paris mencari tempat untuk bersembunyi. Keadaan rumah yang kini terang disinari cahaya lampu menyebabkan tempat persembunyiaan yang dia pilih itu agak senang untuk ditemui. Kerana terlalu cemas, Paris melompat keluar dari jendela dengan tergesa-gesa.

Bukkk.

Kedua kaki Paris mendarat di atas tanah. Paris mahu menghubungi Kaguya tetapi langkahnya terhenti apabila melihat satu figura manusia sedang berdiri di hadapannya. Paris menelan air liur yang telah memenuhi rongga tekak. Matanya fokus kepada figura yang berjalan mendekati dirinya itu.

Argghhh! Paris tercari-cari senjata untuk mempertahankan diri. Kerana terlalu gopoh mahu melakukan pemeriksaan di rumah itu, dia terlupa membawa bersama apa-apa jenis senjata sebagai back up.

"Hey kau siapa? Berhenti di situ. This is Paris." Jerit paris, memperkenalkan dirinya tanpa ragu-ragu agar manusia yang sedang berjalan mendekati dirinya itu sedar dia sedang berhadapan dengan siapa.

Mendengar jeritan Paris tadi, figura itu pantas berhenti bergerak. Paris tersenyum.

"Jangan risau. Saya cuma datang ke sini untuk memerhatikan keadaan komuniti yang ada sekarang. Kau mesti terkejut kan? Well. Come here. Introduce yourself to me." tutur paris lagi. Figura itu berdiri kaku seperti tugu di hadapan paris. Dalam keadaan samar-samar cahaya bulan yang ditutup dengan awan malam, paris tidak dapat melihat wajah empunya figura itu dengan lebih jelas.

"Hey... come here. This is Paris. Your ..."

Belum habis paris berkata-kata, figura itu akhirnya bergerak. memperlihatkan wajahnya kepada Paris dengan sejelas-jelasnya.

"What are you doing here, Paris? kau cakap tadi nak pergi uruskan isteri kau dulu. This is my house. Apa yang kau buat di sini? Looking for something?" tanya Shynae yang kini sudah berdiri di hadapan paris.

"You?!" Paris agak terkejut. Bagaimana Shynae boleh berada di tempat itu.

"Yes. It's me. Harap kau dah buat keputusan. Kita kena pergi sekarang atau kau boleh arahkan kaguya untuk bunuh saya sekarang juga. Saya tak akan rugi apa-apa." ugut Shynae. Paris mendengus. Dia terus menghubungi Kaguya.

Tutttttt... Tuttttt... Tuttttt....

Kaguya tidak menyedari adanya panggilan telefon daripada Paris. Dia sedang sibuk mencari ke mana Shynae menghilang. Semua kawasan di dalam Vila itu dia periksa tapi batang hidung gadis itu langsung tidak dapat ditemui. Agak mustahil baginya untuk keluar dari pintu gerbang utama vila itu kerana hampir kesemua bodyguard berjaga di situ dan di sekitarnya. Sepanjang jalan menuju ke silent park juga sudah dipenuhi dengan bodyguard untuk menjejaki kehilangan Shynae.

AMR VI: Paris With LoveWhere stories live. Discover now