BAB 22: THE MEMOIR OF LOVE

177 17 3
                                    

AMR VI: PARIS WITH LOVE
By Hayley D. Harper

BAB 22:
THE MEMOIR OF LOVE
_________________________


PARIS yang kini berada di dalam lif masih memerhatikan kunci yang Goula berikan kepadanya.

"Creepy." Paris menggigil sejenak. Apa yang Goula buat tadi membuat wajahnya dipenuhi dengan renjis darah yang menitis
dari telapak tangan Goula.

2 minit berlalu, Pintu lif terbuka dan Paris melangkah keluar. Dia mencari bilik Tower bawah tanah yang Goula ceritakan kepadanya. Bilik itu ada di tepi lif sahaja. Tanpa membuang masa, Paris membuka kunci pintu dan menolak daun pintu itu.

"Goula..." Suara Shynae kedengaran lemah datang dari satu sudut bilik itu.

Paris teruskan langkahan. Mencari kelibat Shynae.

"Goula...where is Memoir!" Shynae yang cuba bangun dari katil nampak sedikit kepayahan untuk bergerak. Luka tembakan yang sudah dibalut masih membuat dirinya rasa sakit.

"Shynae?"

Suara yang kedengaran itu membuat jantung Shynae berhenti berdetak beberapa saat.

Gulp!

Paris tiba- tiba muncul di hadapannya. Mereka berdua saling berpandangan. Shynae menarik selimut, menutup kaki yang terdedah dan kesan luka yang dibalut kemas.

Paris masih memandang Shynae tanpa berkedip.

Bila dipandang seperti itu, Shynae jadi takut. Shynae cuba turun dari katil tetapi kerana tidak dapat menahan rasa sakit, dia terduduk semula. Dia kini tidak mampu bergerak langsung ketika Paris memandangnya seperti itu.

"Young Master." Shynae tunduk hormat dengan paksa. Dia tidak tahu apa yang dia harus dia katakan kepada Paris ketika itu. Dia melarikan diri daripadanya dan akhirnya mereka kini berada di ruangan yang sama. Mungkin Paris sudah berjumpa dengan Goula dan mungkin juga dia sudah berjumpa dengan Memoir.

Oh no?! Did Goula tell him about Memoir? Pucat lesi wajah Shynae bila pertanyaan itu muncul di dalam benak fikiran.

"What happened to You? Who hurts You? Setahu saya kau bukan gadis yang senang untuk dicederakan?" Tanya Paris kepada Shynae. Dia melangkah perlahan-lahan mendekati Shynae yang duduk di atas katil

"Just an accident." Jawab Shynae dengan nada sangat gugup.

"Who is Memoir? Kenapa Goula cakap dia tu anak saya dan awak? What really happened between us Shynae? Why I cannot remember anything about you? And if its true I lost my memory about you, why I just feel like I never know you." Kata Paris. Shynae hanya diam. Air mata yang turun di pipi dia kesat dengan jari. Selama ini, Sudah puas dia menangis dan Paris akhirnya bertanyakan status dirinya selama ini.

"Saya yang patut tanya Paris. What happened to you? Since you left for East 3 years ago to save Harder, you didn't come to me anymore. You gave me a really bad time Paris. Because you promised a lots of things to me." Kata Shynae. Paris kini berdiri di hadapan Shynae.

Dia renung raut wajah Shynae semahunya. Hatinya tertanya-tanya selama ini. Sebenarnya ada sesuatu yang mengganggu dirinya ketika dia merenung wajah Shynae ketika dia tertidur di belakang kereta sewaktu perjalanan mereka bermula untuk mencari Goula. Dia seperti merasakan ada sesuatu yang begitu menganggu emosinya berkenaan dengan gadis itu. Tetapi dia tidak dapat memikirkan apa-apa.

Dan baru tadi, ketika dia melihat Shynae dalam keadaan yang cedera parah seperti itu, jantungnya berdetak kencang. Dia jadi marah. Dia tidak pernah melihat gadis itu dalam keadaan menyedihkan seperti itu. Tetapi mengapa dia harus mempunyai perasaan seperti itu?

AMR VI: Paris With LoveWhere stories live. Discover now