AMR VI: PARIS WITH LOVE
By Hayley D. HarperBAB 18:
A MILLION REASON—————————————————————
Harper Point
Melihat kedatangan wakil The Upper People (Government) di hadapan bangunan Harper Point, Venture Lennon hanya tersengih. Barisan The Upper people yang ada sudah bertukar wajah. Tapi mereka masih datang daripada keluarga yang sama.
Dasar para aristokrat yang berselindung dengan sistem demokrasi kepala otak yang mereka cipta sendiri.
"Saya dah tahu tentang hal yang sedang berlaku sekarang ni. Berhati-hati dengan Wesley everyone. Dia bukan Whisbley Harper. He's is more like his father, Wallance Harper. Tapi dia lebih menakutkan. Good luck talking with him." Ujar Venture Lennon, segera beredar dari situ.
Barisan The Upper People hanya diam. Mereka dipersilakan masuk Ke Harper Point kemudiannya. Seperti yang diminta oleh Wesley Harper, jika mereka mahukan penjelasan mengenai apa yang telah berlaku kepada Mr. Yu, kerabat The Upper people yang mati dibunuh baru-baru ini, mereka perlu bersemuka dengannya sendiri di Harper Point kerana dia tidak akan meninggalkan bangunan itu selagi Tahun Hitam untuk keluarga Harper masih berjalan.
"Good Morning, Wesley..."
"Presiden. Call me Presiden." Potong Wesley Harper. Meskipun barisan The Upper people itu lebih berusia daripadanya, dia tidak akan membenarkan mereka memandang rendah terhadap dirinya.
"Oh ya. Good morning Presiden Harper. Kami berempat datang untuk membincangkan tentang..."
"I know. Duduk dan dengar penjelasan saya tentang apa yang telah berlaku kepada Mr. Yu." Kata Wesley Harper.
Barisan the Upper People terus mencari tempat duduk masing-masing. Mereka memenuhi meja bulat yang fokus kepada Wesley Harper yang duduk di hadapan mereka.
Whiskey dituang ke dalam gelas masing-masing oleh Bodyguard Harper Point dan Wesley mengarahkan mereka semua meninggalkan ruangan itu.
"Kami mahukan penjelasan, mengapa Paris begitu berani merancang pembunuhan Mr. Yu dan beberapa orang ahli VVIP yang lain yang mempunyai kaitan dengan The Upper People." Salah satu barisan The Upper People mula melontarkan pertanyaan.
"It's not even Paris. Dia tidak akan melibatkan diri dengan kerja-kerja kotor macam ni." Jawab Wesley Harper.
"Detektif telah menemui rantai yang kami yakin pemiliknya adalah Paris. How are you going to explain that?"
"Oh. You mean this necklace?" Wesley Harper menunjukkan rantai yang sedang dipakainya ketika itu. Setiap waris utama keluarga Harper memiliki rantai seperti itu. Barisan the Upper people saling berpandangan.
"Yes. Exactly. Look at this." Barisan the upper people membuka briefcase di atas meja. Dan mereka menunjukkan seutas rantai yang kini menjadi bukti utama dalam kes pembunuhan Mr. Yu dan beberapa orang ahli VVIP yang lain.
Wesley hanya memerhatikan rantai itu dan dia mendengus perlahan.
"I believe there is some misunderstanding happened right here about the necklace. I don't know how its was found there but I know, Paris was not involved with Mr. Yu." Jelas Wesley Harper.
"Kalau dia tidak terlibat, jelaskan kepada kami macam mana rantai ini boleh berada di tempat kejadian." Desak The Upper People.
"Mungkin Paris tercicir benda tu dan pembunuh sebenar menjumpainya dan kebetulan ia terjatuh di tempat kejadian sewaktu dia menjalankan misi, you Know."Wesley Harper endah tak endah.
YOU ARE READING
AMR VI: Paris With Love
ActionSINOPSIS Setelah kematian Seoul Harper dan Martial iaitu pemimpin utama organisasi gengster milik keluarga Harper di wilayah South of the silent Brother, anak lelaki mereka Paris Martial, telah dilantik menjadi waris tunggal. Setelah menunggu hampi...