BAB 15:THE UNSPOKEN PAIN

144 13 3
                                    

AMR VI: PARIS WITH LOVE
By Hayley D. Harper

BAB 15:
THE UNSPOKEN PAIN
_____________________________

SHYNAE POV

      Pain.

     That's was the first time Paris hurts me in a beautiful kinda way. A beautiful way of hurting me and we actually gave up both of our innocence to each other that night.

     Hingga saat ini, saya masih dapat merasakan kesakitan bercampur kehangatan kasih sayang yang dia berikan kepada saya. 10 jam terakhir yang kami berdua ada sebelum hari esok menjelma, dia habiskan sepenuhnya untuk bersama saya malam itu. I'm just trying my best to follow his needs. As his woman. His future bride... as a lover.

    Ia tersimpan di dalam memori. Di dalam hati dan di setiap penantian saya terhadap dirinya dan juga setiap janji- janjinya kepada saya sebelum ini.

     Setelah kejadian itu, Keesokan harinya, ketika saya masih dapat merasakan kehangatan pelukan dan kasih sayang daripada Paris, akhirnya dia meninggalkan saya untuk pergi ke East. Saya terjaga dan menyedari Paris meninggalkan rantai nya di dalam genggaman saya. Rantai itu sangat bernilai buat Paris kerana ia adalah rantai yang hanya dipakai oleh waris-waris utama keluarga Harper.

       Selepas Paris pergi, hanya ada air mata menemani diri saya tetapi kebahagiaan yang Paris taburkan dalam diri ini telah menyemai benih harapan untuk masa hadapan percintaan kami berdua. Dia akan kembali dan kami akan bersatu semula. Saya hanya perlu menunggu.

        Tapi; "It's hurts so bad. He did come back, but he did not looking for me anymore. I was sitting there like a puppy waiting for his owner to show up and maybe warm me up. Because I felt so cold." Luah Shynae, berkata-kata sendiri tanpa sesiapa pun.

Bila saya mendapat tahu dia sudah kembali ke Villa, dia langsung tidak datang ke Silent Park. Saya menunggu setiap hari ke hari, lalu hari berganti minggu ke bulan dan seterusnya genap setahun.

"Shynae?" Goula memanggil nama saya petang itu ketika saya sedang menyiapkan ubat-ubatan herba yang Goula arahkan pagi tadi.

"Hmm?" Saya menyahut dengan nada perlahan. Memoir sedang tidur di dalam bilik dan saya tidak mahu dia terbangun. Goula mendekati saya dan memeluk saya sambil teresak menangis.

"Why? Did something bad happened to Paris?" Saya tahu Goula sedang dalam process memasuki pasukan Elite of the Silent Brother. Dan dia selalu memberikan khabar mengenai keadaan Paris kepada saya.

"Paris bawa seorang gadis untuk berjumpa dengan Lady Seoul hari ini. Mereka kata, Paris akan kahwin dengan perempuan tu. Shynae...mari kita tinggalkan tempat ini. Saya dah nekad. Saya tak akan sertai pasukan elite. Kakak boleh jaga Shynae dan Memoir." Gesa Goula.

Shynae terduduk di atas lantai. Jantungnya seperti dicucuk dengan pisau belati tajam. Goula hanya diam. Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan lagi kepada Shynae ketika itu. 

"How could he do this to me? To us? To our family. Mommy dan daddy dah pergi tinggalkan kita berdua. Ahli keluarga kita yang lain juga menghilang begitu sahaja. Did they do this to us?" Tanya Shynae kepada Goula.

Sejak kematian Berilee, ibu kandung Shynae dan Goula 6 bulan yang lalu, Goula dan Shynae mendapat tahu, ahli keluarga mereka yang lain menghilang tanpa khabar berita. Kini, keluarga itu hanya tinggal tinggal mereka berdua sahaja.

Goula mati-matian mahu membawa Shynae pergi dari situ kerana dia dapat merasakan, kehilangan ahli keluarga mereka yang lain ada kaitan dengan hubungan Shynae dan Paris sebelum ini.

AMR VI: Paris With LoveWhere stories live. Discover now