Sofia pov
"Misya, kejap lagi kita ada meeting pasal project Gleanegles kat Melaka tu kan?" Tanya Sofia kepada Misya
"Ha ah, tak sangka dah tiga bulan kita bekerjasama dengan diorang. Nampak macam ada keserasian dan tak nampak jugak ada yang nak tarik diri." Balas Misya happy. Kadang-kadang ada company yang main tarik diri sahaja. Walaupun kerugian agak besar, tapi ada yang tak effect sangat pon dengan company tu. Biasanya leader project yang banyak tanggung kerugian.
"Itulah, plan projek, kos, tempat semua tu macam smooth je kita semua setelkan. Walaupun ada masalah tapi macam senang je selesai. Jangan cakap pasal keserasian, dah macam family." Sahut Sofia. Dia nampak keserasian mereka.
"Part disiplin pon boleh dipuji. Masing-masing datang on time kot. Kalau lambat mesti alasan dia muhasabah. Takde yang nak lari-lari meeting lah." Puji Misya kembali.
"Eh, lebih-lebih puji ni. Dah, turun bilik meeting sekarang. Panggilkan Rafiq sekali, jangan lupa bawak semua document yang berkaitan." Arah Sofia.
"Baik, boss." Balas Misya dengan senyuman segaris lalu terus beredar dari situ.
Bilik Meeting
"Sebelum meeting kita berakhir hari ini. Saya nak buat pengumumam. Saya takkan ada kat Johor selama dua minggu. Start minggu depan, saya outstation lebih kurang seminggu macam tu. Lepastu terus disambung dengan Chinese New Year, seminggu lagi. Jadi meeting seterusnya dijangka lepas Chinese New Year. Sepanjang minggu depan korang semua free, takkan ada meeting dengan pihak saya. Just ada visit site untuk minggu ni dan minggu depan. Sapa yang dijadualkan Misya?" ujar Sofia panjang lebar kemudian menyelitkan soalan untuk PA-nya.
"Minggu ni company yang dijadualkan ialah Gleaneagles. Dan untuk minggu depan, Cyber Jaya Enterprise." Jawab Misya stelah melihat jadual di ipadnya.
"Baiklah, itu sahaja tugasan sepanjang minggu ni dan minggu hadapan. Jangan ada yang ponteng visit site pulak. Sekian, terima kasih. Kita tamatkan meeting kita pada hari ni di sini sahaja. Ermm, sebelum tu, minta Engku Raisha dan PA-nya tunggu sekejap. Yang lain boleh bersurai." pesanan khidmat masyarakat itu di sampaikan oleh Sofia, kemudian mereka bersurai dari situ.
"Korang surprise tak?" tanya Sofia sebaik sahaja semua beredar. Tinggal mereka berempat sahaja dalam bilik mesyuarat itu.
"Mestilah surprise, aku PA kau pon kau tak bagitahu, sampai hati." Ujar Misya yang mula merajuk.
"Alalalalala, jangan lah merajuk. Sorry lah, kalau aku bagitahu kau, tak surprise lah. Sorry la babe, jangan merajuk ehh." Pujuk Sofia.
"Yelah, aku tak merajuk dah. Kau buat lagi, siap kau." Ugut Misya
"Amboi kau, siap berengku-engku bagai. Sejak bila kau pandai main engku-engku dengan aku." Kata Raisha sinis. Dia tahu kawannya itu hanya menggunakan 'Engku Raisha' di hadapan orang sahaja. Kalau mereka berempat sahaja, jangan haraplah.
"Alah kau ni, macam tak biasa je. Kan staff ramai tadi, siap ade CEO dari company lain, takkan aku nak panggil Raisha je. Kau kan golongan Engku." Balas Sofia.
"Mengada." Balas Raisha sepatah, tapi cukup memecahkan tawa mereka berempat.
"Kau outstation kat mane? Untuk apa?" giliran Amani pula bersuara.
"Aku pergi KL je. Untuk urusankan dunia satu lagi tu." Balas Sofia dengan nada perlahan. Sungguh dia menjaga identitinya.
"Kitaorang kena ikut ke?" soal Raisha pula.
"Mestilah kena. Aku boleh je pergi sorang tapi disebabkan terus bersambung dengan Chinese New Year, aku nak pergi bercuti dengan korang. So, korang kena lah ikut aku dari awal." Terang Sofia.
"Kita nak pergi mana?" Soal mereka bertiga serentak.
Sofia tergelak kecil melihat keterujaan mereka. "Langkawi." Balasnya sepatah tapi sudah cukup mengukir senyuman lebar di wajah rakan-rakannya itu.
Tup ii dah 3 bulan. pastu nanti diorang jumpa kat Langkawi.
Cliche lah author ni. (╯▽╰ )
Oopps, dh terbagi spoiler (/▽\)
YOU ARE READING
Mrs. Hassanal
RomanceSyarikat dan dunia mafia. mampukah Hassanal mengawal kedua-duanya? Perkhawinan yang diaturkan oleh keluarga mempertemukan Hassanal dengan Sofia. Disebabkan masa silamnya, Hassanal malas nak membantah. Jadi Hassanal akur kepada pilihan keluarganya. S...