"Welcome to Langkawi, guys." Jerit Misya, apabila turun dari flight.
"Macam tak pernah pergi Langkawi lah kau ni." Sampuk Raisha. Pantang nampak kawannya teruja sikit, ada sahaja nak diperlinya. Mulut pun boleh tahan longkang juga.
"Ishh kau ni, jahatlah. Taknak kawan kau, majok seminggu." Mogok Misya.
"Ah, sudah. Korang berdua tak gaduh tak sah ke. Dekat office elok je." Sambung Amani, sudah masak dengan perangai dua orang budak ni. Sorang mulut longkang, sorang lagi kanak-kanak ribena. Bila bergabung, Pomp! Meletup, kalah gunung berapi.
"Dah, jangan gaduh-gaduh. Datang sini nak release tension. Jangan tambah pulak." Tambah Sofia. Kadang-kadang rakan-rakannya boleh dia buat stress, eh bukan boleh buat dia stress, selalu buat dia stress.
"Yelah, sorry Misya. Muahh." Pujuk Raisha. Kemudian dicium tangannya lalu ditampal di pipi Misya. Kang kalau cium betul-betul orang kata lesbian pulak.
Merah padam muka Misya di lakukan sebegitu. "Apology accepted." Balas Misya kemudian terus ke tempat pengambilan luggage.
SKIP
"Korang jom makan, pastu lepak pantai." Ujar Sofia. Setelah hampir sejam mereka berehat di bilik. Mereka menempah bilik VVIP, besar, sangat besar. Bilik tu boleh memuatkan mereka berempat, jadi tak susah kalau nak ajak pergi mana-mana.
"Aku onnzz je." Balas Raisha.
"Aku pon." Jawab Misya dan Amani. Lah, serentak. Kadang-kadang diorang ni kongsi otak, tak tahulah kenapa.
SKIP
"Aaaa, kenyangnya." Jerit Misya kemudian melabuhkan punggunya di sebelah Sofia.
"Dah, duduk diam-diam. Jangan lari sana sini, nanti muntah pulak." Pesan Sofia. Dia yang duduk berhampiran gigi air itu terus memerhati sunset tanpa menghiraukan Misya yang sudah baring di atas ribanya. Sah, macam budak-budak minta kaki, eh! Minta simpati.
Kemudian Amani datang dengan mengahnya. "Sof, tolong aku. Raisha kejar aku." Adu Amani.
"Dah kenapa pulak budak tu kejar kau, ingat marathon ke apa?" balas Sofia. Rakan-rakannya suka buat dia stress, lagi-lagi bila tak formal. Macam ni lah perangai, kalah budak ribena.
"Alah, dia tu tolak aku. Nasib baik tak jatuh. Pastu aku tolak lah dia balik, tapi tak jatuh jugak. Pastu dia terus kejar aku." Terang Amani.
"Haih." Mereka berempat ni jangan di dengki, memang diorang balas. Yess, perangai mafia dia datang dah. Selagi tak puas hati, selagi tu dia balas, sampai salah seorang mengadu kat Sofia atau pon merajuk.
"Ouh, kat sini kau ye. Nak lari mane haa?" sergah Raisha.
Amani terus memeluk Sofia. Hahaha, mintak tolong 'mak'.
"Dah lah, jangan gaduh. Duduk diam-diam. Kalu tak... aku cubit dua-dua." Ugut Sofia, dia memang terkenal dengan Ratu Cubit, menangis wei kalau kena.
Tikar yang mengalas mereka dibetulkan, kemudian Raisha terus melabuhkan pungguhnya. Tanpa mereka sedari ada lapan pasang mata memerhati keakraban mereka.
"Hai Amani, awak buat apa kat sini." Tegur seseorang.
"Tengok sunset lah, takkan masak nasi pu—" ayat Amani terhenti apabila melihat gerangan tersebut. Fikry! 'Ah sudah, apa pulak mamat ni buat kat sini.' Bisik hati Amani. Dah berkawan dengan mulut longkang, mesti lah dia pun ada sikit mulut longkang tu. Eh!
"Eh Fikry, apa awak buat kat sini?" tanya Misya. Misya yang tadi baring terus duduk kemudian memperbetulkan shawlnya. Soalan di balas soalan
"Sama macam korang, makan angin." Jawab Fikry.
YOU ARE READING
Mrs. Hassanal
RomanceSyarikat dan dunia mafia. mampukah Hassanal mengawal kedua-duanya? Perkhawinan yang diaturkan oleh keluarga mempertemukan Hassanal dengan Sofia. Disebabkan masa silamnya, Hassanal malas nak membantah. Jadi Hassanal akur kepada pilihan keluarganya. S...