"Sofia, aku akan pastikan kau jadi milik aku." Gambar Sofia yang memenuhi ruangan bilik itu ditatap satu persatu.
Zaber Irfan. Seorang lelaki yang dah lama suka dekat Sofia. Namun, Sofia tidak pernah membalas cintanya. Sejak itu, dia mula menjadi mamat psycho. Targetnya sekarang, memiliki Sofia.
SKIP
Sofia pov
"Baiklah semua, kita tamatkan meeting kita harini disini." Ucap Sofia sekaligus membubarkan meeting pada hari itu.
"Sof, jom lunch." Ajak Raisha sebaik sahaja bilik meeting itu tinggal mereka berempat.
"Jommm." Balas Sofia laju. Tak sabar nak pergi makan, lapar!
"Kau ni asik luch dengan kitaorang je, tunang kau mana?" tanya Misya.
"Alah, biarlah dia. Aku dah tak boleh lunch dengan korang ke?" jawab Sofia.
"Bukan tak boleh. Dia tak pernah ajak kau lunch sesame ke?" balas Misya kembali. Kata tunang takkan tak keluar sekali. Tak paham lah!
"Takde, dia tak pernah ajak aku lunch. Sebab aku ada korang lah." Bantah Sofia lagi.
"Seriuslah, korang bukan dah bertunang dua bulan ke?" tambah Amani pula.
"Iya, two-month." Jawab Sofia lagi. Dia pon kadang-kadang tak faham. Kalau nak kata busy, dia pon CEO.
"Dah, jom! Kita makan kat kedai seberang hospital jelah eh. Malas nak drive." Ajak Misya laju.
"Korang pergi dulu lah. Aku nak pergi toilet. Dah tak tahan dah ni." Ujar Sofia lalu terus beredar ke tandas.
"Okay, Sof. Kedai biasa tau." Tambah Amani pula. Kemudian, mereka pon bergerak ke kedai makan.
Setelah selesai melepaskan hajat, Sofia pon bergerak ke kedai makan yang dimaksudkan tadi. 'Fuh, lega. Sekarang lapar, nak makan.' Gumam Sofia sendiri.
"Jom ikut aku." Ajak seseorang lalu menarik lengan Sofia kasar.
"Ishh, apa paksa-paksa ni." Jawab Sofia tenang.
"Jangan banyak cakap boleh tak. Ikut je aku." Sambung lelaki itu lalu menarik kembali lengan Sofia.
"Saya tak nak lah." Balas Sofia lalu merentap tangannya.
"AH TAKDE! IKUT AKU!" marah lelaki itu, Kemudian pisau dikeluarkan.
'ouh, main pisau eh. Cara lembut, I like.' Bisik Sofia. Dia tak balas terus bukan sebab takut, tapi sebab jaga identity. Yupp, Zaber ni berani buat hal walaupun ada orang lalu-lalang di kawasan itu.
"WOII" jerit seseorang lalu menghadiahkan tumbukan tepat di wajah lelaki itu.
"Apa ni bro!" jerit Zaber kesakitan
"Aku tahu kau nak rasa jugak. Share lah bro. Tunggu turn" tambah Zaber lagi.
Pomp! Satu lagi tumbukan hinggap di mukanya. Mulut takde insurance. Nak kena cili agaknya.
"Lelaki jenis apa kau ni hah! Kita lelaki kena lindungi wanita bukan rosakkan dia." Balas Hassanal. Yupp, Hassanal follow sebab dia nampak Sofia keluar Gleaneagles sorang-sorang. Pastu hati dia rasa tak sedap, jadi dia follow Sofia. Tak sangka pulak ada setan gondol ni.
"Dia ada buat apa-apa kat kau tak?" tanya Hassanal kepada Sofia pula. Jelas terpancar riak muka risaunya. Seluruh tubuh badan Sofia dibelek.
"Dia takde buat apa lah. Jangan lah tengok saya macam tu." jawab Sofia yang sudah tidak selesa. Kemudian mata Hassanal tertangkap pada pergelangan tangan Sofia, merah. Mesti sebab Sofia rentap tangannya. Bukan dia tak nampak.
"Sorry aku lambat. Tangan kau merah tu. Jom balik Gleanegles." Tambah Hassanal. Api kemarahannya membuak-buak apabila tunangnya diperlakukan seperti itu. Eh! Kenapa dia ada perasaan macam ni. Segera di kawal emosinya. 'Relax Hass, relax!' bisik hatinya
"Ermm, tak payah lah. Sikit je ni. Btw, thank you selamatkan saya." Balas Sofia. Dia boleh je kerjakan setan gondol tu tapi ada orang lalu-lalang. Kalau bukan disebabkan indentiti, dah lama mamat tu dia kerjakan. Bukan dia takde senjata. *smirk*
"Degilnyaaa, Raja Sofiahani Diyana ni." Ujar Hassanal geram. 'nama dah sedap, tapiiiii dia punya keras kepala tuuuu. Hanya allah sahaja yang tahu.' Bisik hati Hassanal.
"Alah, boleh lah. Lagipon kawan-kawan saya dah tunggu. Takpe, sikit je ni." Rayu Sofia.
'Ah, sudah. Aku tak boleh lah perempuan rayu-rayu ni.' Gumam Hassanal lagi. Cair hati lelakinya!
"Yelah-yelah. Lepasni no more excuse." Balas Hassanal. Yess, dia kalah dengan muka comel Sofia.
"Yeay! Thank you awak!" laung Sofia gembira. Dia lapar! Kenapa nak kena balik Gleanegles pulak?
"Aku teman kau sampai kedai tu. Dah cepat!" ujar Hassanal.
Sofia mencicit lari ke kedai makan tersebut. Lari-lari anak je mampu, pakai heels! Kang jatuh terpelecok kena bebel lagi dengan mamat batu tu.
SKIP
Sofia pov
"Sampai pon budak bertuah ni! Kau pergi tandas ke buat tandas?" soal Raisha sebaik sahaja nampak kelibat Sofia. Dah sampai dah mulut longkang dia tu.
"Kawan korang ni kena serang dengan mamat mana tah tadi. Nasib baik hidup lagi." Sampuk Hassanal.
"Ha!? Seriuslah!?" Soal Misya
"Dia ada buat apa-apa kat kau tak?" sambung Amani
"Mana mamat tu? Meh aku belasah dia!" tambah Raisha.
"Gangster jugak kawan kau ni. Ada hati nak belasah lelaki." Sinis Hassanal.
"Kau tak kenal aku sa—" pantas mulut Raisha ditekup Amani. Apalah nasib dapat kawan mulut cakap main lepas je.
"Aku tak apa-apa. Aku okay. Thank you to this guy sebab selamatkan aku." Cantas Sofia laju sebaik sahaja memahamai apa yang Amani lakukan. Nak je di cili mulut Raisha tu. Dasar takde insurance.
"So awak dah boleh balik kot. Saya dah selamat sampai dalam dakapan kawan-kawan saya ni." Tambah Sofia.
"Aku makan ngan korang jelah." Balas Hassanal. Malas pulak nak patah balik Gleanegles. Kawan-kawannya? Call lah, jap lagi muncul.
"Haih, suka hatilah. Saya nak makan, saya lapar. Nak makan sekali kan. Sila duduk di meja sebelah." Ujar Sofia Panjang lebar.
Deringan di telefon segera diangkat. Tertera nama Fikry.
"Kau kat mana ni ha!? Berapa lama lagi nak suruh kitaorang tunggu kat depan Gleanegles ni." Marah Fikry sebaik sahaja panggilannya di angkat. Cari gaduh betulah Hassanal ni.
"Sofia kena serang. Aku kat kedai makan depan Gleaneagles ni. Korang datang sini jelah." Jawab Hassanal. Malas nak bergaduh dengan Fikry.
"Ha!? Sofia kena serang?" soal Fikry sambil menjerit.
Segera telefon dijauhkan sikit dari telinga. Kalau tak, dah lama pekak.
"Iye, nantilah aku cerita. Datang sini cepat, aku dah lapar." Jawab Hassanal selamba.
"Ishh, okay lah." Balas Fikry.
"Korang lambat, aku makan dulu." tambah Hassanal. Kemudian talian terus dimatikan.
Jeng jeng jeng. dah start konflik dah.
rajin ii kan lah komen kalau typo tu. pastu jgn lah malu ii komen. kebanyakkan yang baca ni semua kengkawan. buat ape nak malu ii. cepuk satgi kang (>'-'<)

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs. Hassanal
RomanceSyarikat dan dunia mafia. mampukah Hassanal mengawal kedua-duanya? Perkhawinan yang diaturkan oleh keluarga mempertemukan Hassanal dengan Sofia. Disebabkan masa silamnya, Hassanal malas nak membantah. Jadi Hassanal akur kepada pilihan keluarganya. S...