Akhirnya hari yang tidak dinanti-nantikan pun telah tiba. Author ulang, TIDAK dinanti-nantikan. Hari ini juga Sofia akan menjadi isteri orang dan Hassanal akan menjadi suami orang.
Sofia memandang mukanya di cermin, mukanya yang dihiasi dengan make up yang simple tapi cantik. Menyerlahkan natural beauty miliknya. Ditambah pula dengan baju berwarna putih yang ditempah khas untuk majlis nikahnya itu.
Raisha menepuk bahu Sofia. "Kau nervous lagi ke? Jomlah, pihak lelaki dah datang tu." kata Raisha. Majlis akad nikah dilakukan di rumah Sofia. Jadi, senang dia nak bersiap.
Sofia mengangguk faham.
Langkah demi Langkah Sofia menuruni anak tangga. Baju nikahnya yang sedikit meleret itu menyukarkan langkahnya. Sofia dipimpin oleh umminya. Dan diiringi oleh rakan-rakannya. Semua orang disitu terpegun melihat kecantikan Sofia. Jantung Sofia bedegup kencang. Tangan umminya digenggam kuat.
Hassanal memandang ke arah Sofia. Wah! tantekk. Tidak berkedipan mata Hassanal. Hassanal kembali menenangkan diri kemudian wajahnya kembali menghadap Raja Danial. Yupp, bapa Sofia akan nikahkan mereka.
"Kamu dah sedia?" Tanya Raja Danial kepada Hassanal. Hassanal hanya mengangguk. Di pandang pula anaknya. Sofia hanya mendiamkan diri.
"Mari kita mulakan. Tengku Hassanal Iskandar Bin Tengku Aathif Raimi."
"saya"
"Aku nikahkan dikau dengan anakku, Raja Sofiahani Diyana Binti Raja Danial Zafran dengan mas kahwinnya 30 000 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Raja Sofiahani Diyana Binti Raja Danial Zafran dengan mas kahwinnya 30 000 ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah"
"Sah"
"Sah"
"Alhamdullilah sah."
Dengan sekali lafaz, Sofia kini menjadi isteri yang sah kepada Hassanal. Segala tanggungjawab Sofia kini ditanggung oleh Hassanal. Betapa besarnya tanggungjawab seoarang suami.
Kini, semua orang di dalam rumah itu menadah tangan untuk berdoa.
Untuk upacara pembatalan air sembahyang. Sofia menyalami tangan Hassanal kemudian terus disarungkan cincin. Hassanal melihat muka Sofia lalu mecium dahi Sofia. Muka Sofia terus merah padam menahan malu. Seumur hidup dia tidak pernah dicium oleh lelaki kecuali abinya.
Hassanal berbisik di telinga Sofia.
"You're mine, Raja Sofiahani Diyana."
SKIP
Selepas habis sahaja upacara majlis akad nikah, Sofia berasa sungguh letih dan tidak bermaya. Dia terus pergi ke arah Puan Aiza, mak mertuanya.
"Mama, boleh tak yana pergi naik atas? Nak rehatkan badan kejap." Sofia bertanya dengan Puan Aiza.
Puan Aiza hanya memandang Sofia dengan penuh simpati. Kesian dengan menantu dia. Seharian senyum, layan tetamu. Lepastu bergambar pulak.
"Boleh, sayang. Tak apa biar mama dan ummi yang uruskan semua ya." Puan Aiza mengusap-usap kepala Sofia. Sofia tersipu malu. Ofcourse lah, mak mertua baik.
"Betul tu, yana naik lah, rehat. Ummi dengan mama boleh handle." Tambah Puan Saira pula.
"Thanks ummi! Thanks mama!" ujar Sofia happy. Lalu di kucup dua wajah dihadapannya itu. Sofia mempercepatkan langkah ke arah biliknya. Tak kisah dah pasal tetamu lagi. Yang penting pergi bilik. Nak rehat!
Hassanal pov
Sementara itu...
Hassanal mencari kelibat Sofia. Manalah budak kecik ni. Dia tinggalkan aku sorang-sorang terkuntang-kanting layan tetamu ke? Aku pergi meja member sekejap je. Tup-tup dah hilang. Haih, memang tak boleh lepas budak kecik ni. Laju buat kerja!

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs. Hassanal
RomanceSyarikat dan dunia mafia. mampukah Hassanal mengawal kedua-duanya? Perkhawinan yang diaturkan oleh keluarga mempertemukan Hassanal dengan Sofia. Disebabkan masa silamnya, Hassanal malas nak membantah. Jadi Hassanal akur kepada pilihan keluarganya. S...