"Tengku?" panggilan pertama Sofia tidak diendahkan.
"Tengku Hassanal Iskandar." Kuat sikit kalini. 'Nama dah sedap, tapi pekak pulak. Alahai, susah betul.' Bisik hati Sofia. Dia suka nama Hassanal itu, walaupun itu bukan nama moden, tapi dia suka nama tu, entah kenapa. Baginya nama tu unik, macam panglima tentera. Ditambah lagi dengan gelaran Tengku di hadapan, ngam!
"Ya, saya. Ermm, sorry, apa tadi?" balas Hassanal yang baru tersedar dari lamunan.
Flashback
"Sayanggg..." panggil Nelly yang sedang meluru masuk ke dalam bilik Hassanal.
"Nelly, kau buat apa dekat sini." Ujar Hassanal sebaik sahaja mengecam wajah itu.
"Sorry Hass, aku dah halang, tapi dia masuk jugak." Wajah Fikry cuak. Dia tahu dia akan dimarahai. Dia tahu betapa bencinya Hassanal pada ex-gilrfriend nya itu. Dia kesal. Nelly tak tahu yang Hassanal di depannya sudah berubah. Hassanal dah jadi ketua mafia. Tak selemah dulu.
"It's okay. Kau jangan berangan nak keluar dari bilik aku. Tak nak aku kena tangkap basah dengan perempuan ni. Teman aku sampai perempuan ni keluar." Panjang lebar arahan Hassanal. Fikry menggangguk laju. Tak berani nak bertentang mata dengan harimau yang sedang marah. Walaupun tak nampak sangat Hassanal marah tapi dia tahu, Hassanal marah.
"Apa kau nak?" Hassanal bersuara lagi, tapi untuk Nelly pula.
"Sayang, sampai hati you." Nelly merengek. Lengan sasa Hassanal terus dirangkul.
Segera Hassanal menepis. Kemunculan Nelly membuat dirinya teringat kisah lama. Sungguh hatinya sakit.
"Kalau takde benda penting kau boleh keluar, pergi lah menggedik dengan boyfriend kau tu." Ujar Hassanal sinis. Pedas? Ada nampak dirinya kisah? Nak dibandingkan dengan hatinya? Hmm, tak payah bagitahu. Dah boleh agak kan. Muahh cikett.
"Sayang... I datang nak jumpa you, kenapa you halau I pulak." Rengek Nelly lagi.
"Kau tak perlu jumpa aku lah. Bukan kau sepatutnya dah bahagia ke?" balas Hassanal kemudian senyuman sinis ditarik lagi.
"I sedar, Hass. Hati I hanya ada you. I hanya sayang you. I tak cintakan laki tu. I cintakan you je." Luah Nelly. Fikry yang hanya dengar dari tadi sudah membuat reaksi annoying. Nak muntah rasa.
"Woah, Nelly Ulfa bercakap pasal cinta, pasal sayang. Eh perempuan! Jangan main ungkap je kata keramat tu, kau tak tahu pon maksudnya. 4 tahun Nelly, empat! Move on lah!" tengking Hassanal. Kemarahannya menggunung. Kecewa pon mula menyapa. Tak sangka sungguh. Nelly muncul balik dalam hidupnya.
"Sayang, please. Kita mula balik eh. I admit, my bad, my fault! Please, forgive me." Bersungguh Nelly memujuk.
"Baik kau keluar sekarang, sebelum aku panggil guard." Medatar sahaja nada Hassanal. Dia jenis orang yang cool, tenang. Susah nak marah orang, tengking orang. Tapi sekali bila dia marah, jangan harap ada belas kasihan. Walaupun dia cepat tenang, tapi jangan berani tegur, sekejap sahaja api kemarahannya boleh membara balik.
"No, I won't. I nak you." Nelly merengek lagi.
"Panggil guard heret perempuan ni keluar." Arah Hassanal kepada Fikry. Mendatar sahaja nadanya. Tak ada marah langsung.
Selang beberapa saat, guard masuk lalau terus membawa Nelly dari situ.
"Perempuan tu dah hilang akal ke? Ada hati nak munculkan diri balik? Gila, sah, perempuan itu dah gila?" bebel Fikry sendiri.
"Oi, dah-dah lah tu kutuk perempuan tu. Kita ada meeting dengan Gleaneagles kan kejap lagi. Dah jom gerak." Sergah Hassanal. Terkejut beruk Fikry. Nasib tak melatah. 'Alah, dengar pulak.' Gumam Fikry, mulut dicebik.
"Memang lah aku dengar, kau tak reti tutup pintu. Dah, gerak sekarang" Tambah Hassanal lagi, dah boleh agak apa yang dikata oleh Fikry sebaik sahaja melihat cebikannya.
"Haa, okay-okay." Balas Fikry. Nak menjawab lagi? Free free makan penyepak.
End Flashback
"Mengelamun dah sampai mana tu?" usik Airiel. Dia pelik, jarang Hassanal begitu.
"Sorry semua, boleh kita sambung?" balas Hassanal. Jelingan diberi kepada Airiel.
SKIP
Hassanal pov
"Dah lama tak makan masakan kampung, kau lah ni Hass, asik bawak western je." Ujar Fikry teruja, kalini tempat dipilih oleh Harraz. Nasib taste diorang lebih kurang, kalau tak, tak merasa masakkan kampung.
Hassanal tak membalas hanya jelingan diberi kepada Fikry. 'Eh beruk sekor ni, sukahati mak bapak dia je salahkan aku.' Bisik hati Hassanal, sudahlah marahnya masih tersisa akibat perbuatan Nelly, sekarang Fikry nak tambah lagi. Ada yang makan peluru kejap lagi ni.
"Ermm, sorry. Aku overexcited, sorry eh." Balas Fikry yang sudah kecut perut dengan jelingan Hassanal. Sudahlah hal Nelly belum setel, dia tambah lagi. Ah, sudah.
"Nasib kawan, kalau tak makan peluru kau harini." Bisik Hassanal kepada Fikry. Bisik tak macam bisik, diorang dengar sekali kot. Fikry? Pucat terus muka dia.
"Dah lah, depan rezeki ni. Fikry, kau pandai-pandailah pujuk Hassanal tu. Sekarang makan, aku lapar." Ujar Airiel yang meredakan ketegangan itu.
"Sorry eh, Hass." Pujuk Fikry lagi.
"Fine." Sepatah dari Hassanal, namun memberikan senyuman lebar pada Fikry.
"Eh, Hass. Asal dengan kau ha? Boleh pulak kau mengelamun waktu meeting tadi. Sepanjang tujuh bulan projek ni, takde pon meeting yang kau 'terkucil', selalunya kau focus je. Asal kau ni?" bebel Harraz panjang.
"Nelly datang buat hal pagi tadi." Jawab Fikry mewakili Hassanal. Terlopong mulut Airiel dengan Harraz.
"Nelly nak buat comeback ke?" Tanya Harraz.
"Haih, manelah aku tahu." Balas Hassanal. Keluhan berat dilepaskan.
"Dah lah. Takyah sebut nama perempuan tu boleh tak? Potong selera lah." Sambung Airiel pulak.
"Eh kau ni, dia kacau Hass bukan kau, yang kau lelebih pahal." Fikry pelik.
"Aku teringat apa dia buat kat kawan kita ni. Aku teringat mcam mana siksanya Hass lalui keadaan tu. Pastu sekarang ni, selamba badak dia je nak tujuk muka dia balik." Ujar Airiel berang. Perempuan tu dah melampau.
"Stop talking about that girl, please. Depan rezeki, makan eh." Sambung Harraz. Melihat perubahan riak wajah Hassanal, Harraz tumpang simpati. Pasti Hassanal kusut sekarang ni.
"Sorry, Hass. Dah, jom makan." Balas Airiel kemudian sambung makan. Hassanal? Makan jelah, pasrah, walaupun seleranya dah lama hilang. Terbang entah ke mana.
Dasar Nelly anak ayam. Ehh, author pon geram.
Nelly halal untuk dimaki guys.
YOU ARE READING
Mrs. Hassanal
RomanceSyarikat dan dunia mafia. mampukah Hassanal mengawal kedua-duanya? Perkhawinan yang diaturkan oleh keluarga mempertemukan Hassanal dengan Sofia. Disebabkan masa silamnya, Hassanal malas nak membantah. Jadi Hassanal akur kepada pilihan keluarganya. S...