Hassanal pov
Sampul coklat itu dipandang, satu keluhan berat dilepaskan.
"Sapa pulak aku kena kahwin ni." Bebelan Hassanal sendiri. Sampul coklat digapai kemudian dibuka perlahan.
"Ya allah. Perempuan ni ke?" tambahnya lagi. Ni bukan setakat terkejut beruk. Dah terkejut beruk kuasa dua dah ni.
"Mama! Betul ke along kena kahwin dengan dia ni." Jerit Hassanal.
Puan Aiza segera mendekati anak sulungnya itu. "Ya allah, budak betuah ni, kenapa jerit-jerit ni?" soal mama Hassanal lembut.
"Along kena kahwin dengan dia ke?" Tanya Hassanal buat kali kedua.
"Iyalah kenapa." Dia pelik melihat anak sulungnya itu.
"Ni Raja Sofiahani Diyana kan. Keturunan raja kot, mama jangan main-main." Tambah Hassanal lagi.
"Haish along ni dah kenapa? Awak tu keturunan Tengku, dia keturunan Raja. Apa masalah lagi ni?" soal Puan Aiza lagi.
"Jadi mama memang pilih dia ni sebab keturunan raja lah kan." Sinis Hassanal lagi.
"Bukan sebab tu, sayang. Along ni dah kenapa? Mama berkenan sangat dengan Sofia tu. Walaupun dia berketurunan Raja, dia tak pernah sombong tau." Terang Puan Aiza lagi. 'Along ni dah kenapa?' masih tidak lekang dari mulutnya. Risau melihat anaknya sebegitu. Sekajap terjerit, sejap naik angin, tetiba senyum sorang-sorang pulak. Datang bulan ke ape?
"Along okay tak ni?" soal Puan Aiza sekali lagi. Melihat Hassanal yang hanya berdiam diri sambil memerhati maklumat tentang Sofia sahaja dari tadi.
"Along okay je, bukan boleh bantah pon cakap ayah." Balas Hassanal pasrah. Dia tidak suka dipaksa, lagi-lagi berkaitan wanita. Lagilah tak suka.
"Sabarlah ya. Mama tahu anak mama ni kuat dan tabah orangnya." Pujuk Puan Aiza cukup lembut. Menenangkan setiap hati yang bercelaru, itulah sifat mamanya yang Hassanal suka. Dahi anaknya dikucup lembut.
Hassanal kemudian menjatuhkan kepalanya ke peha mamanya. Terus hilang gentleman nya. Dasar anak mak! Tapi ape dia kisah? Asalkan dapat bermanja dengan mamanya. Berani lah kutuk? Tak kena pancung, kena humban dalam gaung.
Sofia pov
Setelah makan, fail yang ada di atas meja pon dibelek. 'agak-agaknya, sapa lah yang kena jadi suami aku.'
"Ummi, abi." Seru Sofia perlahan. Jantungnya bagaikan terhenti apabila melihat gambar CEO Mega Jaya Holdings sebaik sahaja membuka fail tersebut.
"Kenapa sayang?" Soal Puan Saira.
"Abi, ummi. Ni Tengku Hassanal Iskandar. CEO Mega Jaya Holding." Balas Sofia gugup. 'Betul ke Hassanal kena jadi suami dia. Alahai, mamat ni pon satu, takkan tak tolak ke ape ke? Setuju terus ke?' gumam Sofia sendiri.
"Yelah, kamu ni kenapa?" soal Raja Danial pula. Muka terkejut anaknya diperhati. Terkejut betul anak tunggalnya itu.
"Abi, ummi. Yana ada projek dengan company dia lah. Takkan nak kena hadap muka dia je." Gerutu Sofia.
"Ha, baguslah tu. Boleh kena-kenal." Sambung Puan Saira pula
"Bagilah projek yana dengan dia siap dulu. Please abi." Pujuk Sofia lagi.
"Tunggu projek kamu habis? Pembinaan Gleanegles kat Melaka tu kan? Berpa lama? 3 tahun? Jangan haraplah Yana. Cukup baik abi bagi lima bulan untuk kamu kenal hati budi masing-masing." Marah Raja Danial kemudian terus beredar dari situ. Bukan sengaja ingin membuat anaknya sebegitu. Bukan marah tandanya sayang ke?
YOU ARE READING
Mrs. Hassanal
RomanceSyarikat dan dunia mafia. mampukah Hassanal mengawal kedua-duanya? Perkhawinan yang diaturkan oleh keluarga mempertemukan Hassanal dengan Sofia. Disebabkan masa silamnya, Hassanal malas nak membantah. Jadi Hassanal akur kepada pilihan keluarganya. S...