"Hass, lepasni kau ade meeting dengan Cyber Jaya Enterprise." Pesan Fikry, selaku PA kepada Hassanal.
"Pukul berapa tu?" tanya Hassanal.
"10.30" jawab fikry sepatah.
"Sampai?"
"Pukul 12 macam tu habislah, kalau takde apa-apa yang delay." Ujar Fikry.
Cyber Jaya Enterprise
Hassanal melangkah masuk ke pejabat itu.
"Tengku Hassanal? CEO Mega Jaya Holding? Ada apa boleh saya bantu?" sapa salah seorang pekerja disitu.
"Ya, saya ada meeting dengan CEO korang." Jawab Hassanal.
"Baiklah, mari saya tunjukkan bilik mesyuarat" tanpa membuang masa, Hassanal dan Fikry terus mebuntuti pekerja tersebut.
Raisha telah pun duduk di dalam bilik mesyuarat itu bersendirian.
"CEO Cyber Jaya Enterprise?" sapa Hassanal.
Raisha mengangguk.
"CEO Mega Jaya Holding?" giliran Raisha pula bertanya.
Hassanal mengangguk.
"Tengku Hassanal Iskandar." Ujar Hassanal sebagai perkenalan ringkas mereka.
"Engku Raisha Irwani." Balas Raisha yang melengkapkan perkenalan mereka itu.
Tiba-tiba Amani menerjah masuk ke dalam bilik mesyuarat itu. Jam dikerling menunjukkan 10.40. Dia sudah terlambat sepuluh minit. Time-time macam ni jugak lah tandas nak tutup.
"Raisha, sorry lambat. Tandas aras ni tutup sebab tengah dibersihkan." ujar Raisha melulu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Jelingan Raisha membuatkan dirinya tersedar bahawa pihak dari Mega Jaya Holdings telah pun tiba.
"Erm... sorry. I'm Amani, Amani Syazana, PA Engku Raisha. And you guys?" Salam perkenalan itu dihulur dengan senyuman mesra.
"I'm Fikry, Aqil Fikry. PA Tengku Hassanal. Ni Tengku Hassanal Iskandar, CEO Mega Jaya Holdings." Salam perkenalan itu disahut dan diringkaskan.
Tanpa membuang masa mereka meneruskan perbincangan itu.
Setelah hampir 2 jam berbincang, jam sudah menunjukkan angka 12.15. Kedua-dua pihak terus menamatkan perbincangan kerana masing-masing mempunyai luch bersama rakan-rakan.
"Kita tamatkan perbincangan kita di sini, jumpa next week di Gleneagles." Ujar Raisha kemudian mereka semua bersurai.
Hassanal pov
Jam di tangan dikerling sekilas. 12.15. Dia dah lambat nak lunch dengan rakan-rakannya. Deringan telefon diangkat, tertera nama Airiel di kaca telefon bimbit itu.
"Wei Hass, kau dekat mana?" soal airiel sebaik sahaja panggilannya dijawab.
"Aku baru habis meeting ni, habis lambat pulak. 12.30 aku sampai dengan Fikry." Balas Hassanal laju sebelum menamatkan panggilan.
Ringkas, tapi penuh dengan maklumat. Itulah gaya mereka.
Sementara itu
Sofiahani pov
"Haish, mana Raisha dengan Amani ni, tadi suruh tunggu kat office dia." Ujar sofia.
"Takkan meeting tak habis lagi?" soal Misya pula.
Mereka diarah oleh Raisha untuk tunggu di officenya dahulu sebelum keluar lunch bersama. Tiba-tiba Sofia ingin 'tekucil' pula. Segera tubuhnya meninggalkan Misya berseorangan.
"Misya, aku pergi toilet kejap tau" laung Sofia apabila melihat Misya sudah terpinga-pinga apabila ditinggalkan berseorangan.
Sedang dia tergesa ke tandas, tiba-tiba dia terlanggar sesuatu tubuh. Dipandang tubuh itu dengan penuh penyesalan. 'Kenapalah kau tak hati-hati Sofia. Tak pasal-pasal langar orang. Kalau orang tu marah macam mana' bisik hati Sofia.
Sofia memberanikan diri bertentang mata dengan gerangan itu.
"I'm sorry, so sorry" luah Sofia lalu tertunduk sikit.
Hassanal terkejut dengan reaksi itu. Baginya kedua-dua pihak bersalah. Dia juga cuai kerana leka menghadap telefon. Tanpa menunggu sebarang jawapan, Sofia terus beredar dari situ. Destinasi yang perlu dituju, tandas.
Cuba korang teka sape hero dan sape heroin? HAHAHA macam confused je tu
Tag kalau ada typo(。・∀・)ノ
ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs. Hassanal
RomansaSyarikat dan dunia mafia. mampukah Hassanal mengawal kedua-duanya? Perkhawinan yang diaturkan oleh keluarga mempertemukan Hassanal dengan Sofia. Disebabkan masa silamnya, Hassanal malas nak membantah. Jadi Hassanal akur kepada pilihan keluarganya. S...
