Bab 7

2K 126 129
                                    

Hassanal pov

Ting.

Tong.

Loceng rumah berbunyi berkali-kali, minta penampar. Eh, silap! Minta dibuka.

"Bukakan pintu tu Raz." Pinta Hassanal pada Harraz. Hari minggu, biasalah, melepak. Lepak rumah Hassanal, main game. HAHAHAHA, boys.

"Eh Harraz, mana sayang I. Buka pagar ni, I nak jumpa dia." Laung Nelly dari luar pagar.

"Guyss, bala dah sampai." Ujar Harraz pada rakan-rakannya.

"Apa benda bala-bala ni. Sapa yang dat—" kata-kata Fikry terhenti sebaik sahaja melihat gerangan di luar pagar.

"Kenapa ni? Sapa dat—" perkataan Airiel juga seakan-akan mati melihat gerangan itu. Nelly. Api kemarahan nya mula membara. Untuk yang tak tahu, Airiel ni baran sikit orangnya, nak dibandingkan dengan yang lain. Tapi dia terpaling protective.

"Dah kenapa korang tercegat depan pintu ni? Sape yang tekan lonceng ta—" Hassanal turut tergamam.

"Sayang... cepatlah buka pagar ni. I panas ni." Rengek Nelly sebaik sahaja melihat kelibat Hassanal di pintu.

"Perempuan ni dah hilang akal betul lah." Bentak Fikry perlahan, tapi didengari oleh mereka berempat.

"Sejak bila dia guna akal dia. Eh, bukan! Sejak bila dia ada akal." Balas Harraz berang. Berani sungguh Nelly ni.

"Oii, perempuan. Kau nak apa datang rumah orang." Laung Airiel. Terkejut beruk yang lagi tiga orang tu. Kalau diikutkan hati nak je dia tembak kepala si Nelly, kasi berkecai. Baru puas hati dia.

"Apa you ni, marah-marah orang. I nak jumpa HASSANAL." Sengaja nama Hassanal di tekan. Nelly berang, kesabarannya ada tahap juga.

"Kalau kau nak jumpa Hassanal, baik tak payah. Boleh berambus." Tambah Airiel lagi. Hassanal? Dia hanya mendiamkan diri. Dibiarkan sahaja Nelly dimarahi Airiel.

"Sayang... tengok kawan-kawan you ni." Adu Nelly manja. Nak termuntah mereka berempat. Gedik amat.

"Kau nak apa Nelly? Balik jelah, aku tak suruh kau datang sini pon." Hassanal yang dari tadi mendiamkan diri kini bersuara. Lahhh, ingatkan bisu tadi.

"Sayang, sampai hati you. I tak nak. I takkan balik. I akan tunggu you kat sini." Rayu Nelly. Dah macam ulat bulu dah.

"Haa, duduklah kat luar tu. Biar mereput kau kat situ." Tambah Hassanal.

"I sanggup berhujan dan berpanas kat sini untuk you tau." Sahut Nelly kembali.

"Biar dia kat situ. Korang semua masuk, jangan tercegat kat depan pintu tu." Kata Hassanal membuat kan mereka menjauhi pintu. Pintu ditutup rapat lalu video game disambung. Nelly? Boleh pergi mampus dia kat luar pagar sana.

"Kejam juga kau ni eh?" soal Harraz.

"Kau ingat aku baik sangat ke?" Sinis Hassanal. Takkan ada sikit pon rasa kasihan atau simpati terhadap orang yang pernah melukakan hatinya dan orang yang dia sayang.

SKIP

Hassanal pov

"Ayah nak along kahwin dengan anak kawan mama." Ujar Tengku Aathif Raimi, ayah Hassanal tenang. Dia dah boleh agak reaksi anak sulungnya itu. Nama ayah moden, nama anak unik sikit. Alah, sukahati author lah. Tak marah kan?

"Kahwin? Seriously? Ape ni mama." Rengek Hassanal. Habis hilang gentleman-nya depan mama kesayangannya itu.

"Alah sayang, mama buat untuk kebaikan awak jugak. Sampai bila awak nak membujang, umur pun dah meningkat." Lembut sahaja pujukan Aiza Inara, mama Hassanal.

"Kahwin jelah along, bukan ayah suruh bunuh diri ke ape." Sampuk Tengku Haider Ifwat, adik kepada Hassanal.

"Angah, shhh. Alah, mama. Baru 26 tahun, muda lagi lah." Rengek Hassanal lagi.

"No excuse. Kahwin jugak." Arah Tengku Aathif. Berani melawan? Sekali ayah dia jeling, kecut perut terus.

"Bagilah along kenal-kenal dia dulu. Jangan main terjah je." Pujuk Hassanal lagi, asalkan tak kahwin terus je.

"Ayah pon tak gila lah, nak main kahwin terus je. Kamu tunang dulu five-month macam tu, lepastu kawin. Dah takde bantahan, kamu buat hal ayah kurangkan. Biar cepat sikit kahwin." terang Tengku Aathif.

"Thank you, ayah." Nak tak nak, Hassanal turutkan jugak permintaan ayahnya.

"Ni maklumat tentang perempuan 'itu'." Ujar Puan Aiza lalu menghulurkan sampul coklat padanya. Sampul coklat bertukar tangan.

"Tak nak buka ke?" tambah Puan Aiza.

"Ermm, lepas makan boleh? Along lapar lah. Mama masak apa?" balas Hassanal yang sudah meluru ke dapur. Alah, lantak lah. Aku lapar, kau ape tahu!

"Eh, budak bertuah ni." Adu Puan Aiza.

"Ucu, ambilkan along sudu. Nak cedok lauk ni. Along lapar dah." Arah Hassanal kepada adik bongsunya, Tengku Hafiya Izzah.

"Haish, along ni. Tunggulah ayah dengan mama." Gerutu Hafiya sambil menghulurkan sudu kepada abangnya itu.

"Ishh budak ni, yelah. Ayah, mama! Jom makan! Along lapar." Laung Hassanal dari meja makan.

"Ha along, baca doa." Arah Tengku Aathif dan kemudian mereka pon mejamu selera.

SKIP

Sofia pov

"Yana sayang, yana ada sapa-sapa tak?" tanya Saira Alesya, ummi Sofia.

Untuk yang tak tahu, eh! Memang lah korang tak tahu. Ni nak bagitahu lah ni, yana ialah nama panggilan Sofia ketika di rumah. Raja Sofiahani Diyana. Diambil dari Diyana. Hanya di rumah, hanya untuk keluarga. Okay, sambung baca. Muahh!

"Sapa-sapa apa ummi?" tanya Sofia menunjukkan muka polosnya itu. Haih, lambat tangkap pula Sofia ni.

"Maksud ummi, yana ada sapa-sapa tak kat hati tu?" terang Puan Saira.

Muka Sofia berkerut, umminya penuh dengan kiasan. "Ada ummi dengan abi lah." Jawabnya, masih tak faham.

"Haih yana ni, maksud ummi, awak tu ada kekasih tak? Ada boyfriend? Ada sapa yang berjaya menambat hati anak tunggal abi ni?" terang Raja Danial Zafran, abi kepada Sofia.

"Ouhh, ummi ni penuh dengan kiasan lah. Takde sapa-sapa lagi. Kenapa?" soal Sofia Kembali.

"Abi nak kahwin kan kamu dengan anak kawan ummi." Balas Raja Danial.

"Haa? Apa ni ummi, Sofia taknak kahwin lah." Rengek Sofia manja.

"Ummi buat untuk kebaikkan kamu juga, sayang. Kamu dah meningkat usia, takkan taknak kawin lagi." Pujuk Puan Saira.

"Meningkat usia apanya ummi 25 tahun tu muda lagi lah." Cantas Sofia laju.

"Raja Sofiahani Diyana. Abi taknak dengar bantahan dari kamu lagi. Kamu kahwin dengan pilihan abi jugak." Tegas Raja Danial. Bukan nak paksa, tapi untuk kebaikan anaknya juga.

'Ah, sudah. Nama penuh dah keluar. Nak tak nak kena ikutkan jugak. Haih, bertabahlah Sofia.' Bisik hati kecilnya itu.

"Fine. Tapi abi jangan terus kawin eh. Bagilah kitaorang kenal-kenal dulu." Pujuk Sofia lagi.

"Kamu tunang dulu lah. Lima bulan je, lepastu terus kawin. Jangan bantah." Jawab Raja Danial tegas.

"Okay abi. Sayang abi, ummi. Muahh cikett." Kedua-dua dahi itu dicium lembut.

"Ini maklumat tentang lelaki 'itu'." Ujar Raja Danial sambil menghulurkan sebuah fail. Fail bertukar tangan.

"Tak nak buka ke?" tanya Puan Saira pula.

"Nanti-nantilah." Balas Sofia selamba.

"Dah, jom makan. Ummi masak special untuk kamu tau." Ajak Puan Saira lembut.

"Yeayy, makannn. Akhirnya..." rengek Sofia. Kemudian terus bergerak ke meja makan.

Selain Hassanal, Airiel, Fikry dan Harraz. Korang ada Haider sekali. Pilih lah nak mana satu. Tapi Hassanal dah nak kahwin ye.ˋ( ° ▽、° ) 

Mrs. HassanalWhere stories live. Discover now