Bab 17

1.8K 110 7
                                        

Sofiahani pov

Deringan di telefon menyetakkan Sofia. Terpapar nama Misya di telefon. Hujung minggu bagi dia rehat boleh tak? Harini dia tak pergi markas sebab yang lain pergi shopping barang dapur sesama. Diorang kan tinggal serumah. Hassanal pon tak keluar harini, jadi dia duduk jelah rumah.

"Hello, Sofia!" Ujar Misya separuh jerit.

Sofia terus menjauhkan sikit dari telinganya. Nasib tak pekak!

"Kenapa kau tak pergi markas harini?" Soal Misya.

Sofia beredar ke tempat yang lebih selamat supaya Hassanal tak dengar.

"Hassanal ada kat rumah lah. Malas aku nak ada sesi soal jawab dengan dia?" jawab Sofia.

"Markas kena serang, kau tahu tak?!" Kalini suara Misya naik seoktaf. Tak tahulah marah ke, terkejut ke. Yang penting dia jerit, sakit telinga tho.

"Jangan lah jerit. Bila tu?" tanya Sofia pula.

"Malam semalam." Balas Misya.

"Jumpa korang petang ni. Pastikan semua ada." Arah Sofia kemudian terus menamatkan panggilan. Lantaklah Hassanal nak tanya 100 soalan sekalipun, yang penting dia kena check markas.

SKIP

"Ni rakaman cctv." Ujar Misya kepada Sofia. Sofia segera melihat ke arah laptop yang diberikan.

"Semua rebah?" Soal Raisha.

"Tak pelik jugak, memang malam semalam malam minggu. Tak ramai yang tak datang markas, termasuk kita." Amani membuka teorinya.

"Files, info." Dua perkataan itu keluar dari mulut Sofia. Semua melihat ke arah rakaman cctv. Sah, diorang bongkar bilik files. Nak maklumat lah tu.

"What?! Masuk sini sebab nak curi data? Tak semudah tu lah." Raisha ketawa sinis.

Yang lain hanya menggeleng. Diorang turut tersenyum sinis.

"You start the game huh? So let's play the game." Misya memandangkan ke arah Sofia. Sofia mengangguk. Maka bermulahlah aksi-aksi hackingnya.

"Korang tak nak balik ke?" soal Amani setelah dua jam diorang kat markas.

"Tak nak lah. Banyak kerja lah." Jawab Misya yang masih setia bersama laptopnya.

"Aku stay jelah. Bukan ade sape pon kat rumah." Balas Raisha.

"Clara?" soal Amani kepada Sofia. 

Kepada sesiapa yang tak ingat nama samaran bukak balik bab 3. Kalau rajin lah.

"Aku balik. Kalau lepas, malam ni aku datang balik." Jawab Sofia.

"Kate, setel supplier. Alice, check fail. Scarlet, teruskan." Tambah Sofia sebelum keluar dari bilik itu. Pendek sahaja arahan untuk kawan-kawannya itu.

"Dah lah, aku nak pergi check fail. Tak buat nanti Clara marah kang." Ujar Amani kemudian terus beredar dari situ.

"Kau tinggal lah sini sorang, aku nak setelkan supplier kejap." Raisha turut meninggalkan Misya.

"Tadi semua kata nak stay, pastu sekarang ni semua keluar. Nasib dah biasa, tapi tenang jugak nak buat kerja bila takde orang cari pasal." Bebel Misya sendiri.

SKIP

"Asal korang lambat, pergi mane tho?" soal Misya sebaik sahaja melihat Raisha dan Amani masuk ke dalam markas. Ni perjumpaan diorang belah malam.

"Nape kau ni? Baru pukul 9, rilek ah." Raisha sudah buat muka tak bersalah. Selalunya perjumpaan malam diorang pukul 8.00 sampai 10.30 tapi biasanya semua akan balik lambat pukul 11.30, 12.00 camtu. Tapi sejak Sofia kahwin dia datang lambat balik awal. Pukul 8.30 baru sampai, tepat pukul 10.30 dia balik.

Mrs. HassanalTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang