Gleaneagles
"Baiklah, kita tamatkan meeting kita pada hari ni disini. Terima kasih atas kerjasama semua." Ucap Sofia lalu melabuhkan punggunya kembali. Penat! Barang di atas meja dikemas, nak balik biliknya semula.
"Sof, aku naik dulu tau. Tak tahan nak terkencing." Terang Misya tanpa berselindung. Hari ini, meetingnya habis awal. Selalunya pukul 10 hingga 12. Tapi harini pukul 9 hingga 11.
"Okay." Jawab Sofia lalu menghantar pemergian Misya dengan anak mata.
Bilik mesyuarat telah pun kosong. 'Ah, rehat dulu lah. Kejap lagi naik lah.' Bisik Sofia. Kerusi disandar, mata dipejam. Selamat tinggal dunia! Sofia pergi dunia mimipi kejap tau.
Hassanal pov
"Fikry, tunggu dalam kereta kejap. Barang aku tertinggal kat bilik meeting tadi." Rungut Hassanal. Tak pasal-pasal kena patah balik.
"Ha, okay. Jangan lama sangat." Balas Fikry, kunci kereta bertukar tangan.
"Assalamualikum." Ucap Hassanal sebaik sahaja memasuki bilik meeting tadi.
'Eh, Sofia. Asal dia tidur kat sini.' Bisik hati Hassanal. Barang diambil, niat nak terus keluar.
"Ermphhh" rengek Sofia. Hassanal berpaling. Muka Sofia berkerut.
'Eh, ngigau ke ape budak ni?' gumam Hassanal sendiri. Tubuh Sofia didekati.
"Sofia" nama Sofia diseru. Muka sofia bertambah berkerut.
'ehh, mimpi ape dia ni.' Gerutu Hassanal lagi.
"Sofia, bangun lah!" tubuh Sofia digoncang. Sofia terus terjaga dari lenanya. Kemudian terus berdiri tegak, terkejut punya pasal.
"Eh, apa awak buat dekat sini." Marah Sofia. Hassanal ni intai dia tidur ke apa?
"Ewah, marah-marah pulak. Yang kau tidur kat sini tu dah kenapa?" balas Hassanal.
"Ermm, sorrylah." Jawab Sofia kembali. Mata ditenyeh, barang diambil. Niatnya mahu keluar segera dari situ. Dia sudah mula rasa tidak sedap badan. Tapi macam mana tah, tubuhnya hampir hilang keseimbangan. Sikit lagi nak jatuh, tapi Hassanal sempat menarik pergelangan tangan Sofia. Panas! Itu sahaja yang dia rasa. Automatic tangannya menyentuh dahi Sofia. Sah, panas.
"Apa sentuh-sentuh ni!? HARAM lah" Bentak Sofia. Dia tidak suka. Rimas.
"Kau demam ni." Balas Hassanal. Tak kisahlah Sofia nak marah ke nak apa ke, asalkan kesihatan tunangnya terjaga.
"Biarlah, kejap lagi reda lah tu. Awak ni risau sangat kenapa?" soal Sofia. Setahunya, Hassanal merupakan seorang yang hati batu. Dasar mamat batu!
"Biarlah, kau tunang aku." Balas Hassanal selamba.
"Dah sebulan tunang, baru nak mengaku tunang ke?" perli Sofia.
"Haish, kau ni. Jom turun bawah, jumpa doctor." Jawab Hassanal kembali. Dia takde niat nak abaikan tunang dia, cuma dia nampak Sofia pandai jaga diri sendiri. Actually, she really can take a good care for herself.
"Alah, takpayah lah. Sikit je ni, saya makan Panadol nanti baik lah." Bantah Sofia. Dia malas nak turun bawah.
"Degil lah kau ni. Takde-takde turun bawah, jangan melawan." Cantas Hassanal.
"Ishh, biarlah. Baru melawan cakap tunang, bukan melawan cakap suami." Rengek Sofia perlahan. Tapi Hassanal mendengarnya.
"Ingat aku tak dengar." Gertak Hassanal laju.
Mulut ditekup, kemudian Sofia melajukan langkah. 'Ah, sudah. Mamat batu ni dengar pulak.' Bisiknya dalam hati.
"Assalamualikum." Ucap Hassanal sebaik sahaja masuk ke dalam bilik doctor itu.
'Lahh, islam rupanya. Tak pernah pulak aku dengar mamat batu ni bagi salam.' Gumam Sofia sendiri.
"Waalaikumsalam, Tengku." Balas doctor perempuan itu.
"Ni ha. CEO korang ni demam." Tambah Hassanal.
"Ha? Puan demam." Ujar doctor itu risau.
"Badan saya panas sikit je. Dia ni je, lelebih." Balas Sofia pula.
"Tak payah dengar cakap CEO korang ni. Bagi dia ubat. Aku kena balik office, ada hal kena setel. Make sure, budak kecik ni makan ubat. Kalau susah sangat, suntik je." Bebel Hassanal lagi.
"Eeee, awak ni jahat lah. Saya bukan budak kecik lagi lah. Tahu lah saya nak makan ubat." Bantah Sofia lagi. Ada ke patut dia panggil aku budak kecik.
"Yelah, pape jelah. Take care. Bye." ujar Hassanal mendatar lalu terus beredar dari situ. Sah, takde perasaan. Hassanal malas nak bergaduh dengan budak kecik. Buang masa, buang tenaga.
Baru tunang, okay. tunang. kepada sesiapa yang tak tahu vote tu ape, kan ade cam bentuk bintang kan. korang tekan yang tu. haaa nanti vote lah. easy.
Macam biase lah, typoo tag (. ❛ ᴗ ❛.)

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs. Hassanal
RomanceSyarikat dan dunia mafia. mampukah Hassanal mengawal kedua-duanya? Perkhawinan yang diaturkan oleh keluarga mempertemukan Hassanal dengan Sofia. Disebabkan masa silamnya, Hassanal malas nak membantah. Jadi Hassanal akur kepada pilihan keluarganya. S...