Hujung minggu itu, Hassanal membawa Sofia ke rumah orang tuanya. Tengku Aathif dan Puan Aiza mahu meluangkan masa dengan menantu baru mereka itu.
"Macam mana rumah Along, yana suka?" soal Puan Aiza selepas mereka makan malam Bersama.
"Suka mama. Cantik sangat." Puji Sofia ikhlas. Gilalah kalau dia kata dia tak suka rumah secantik itu.
"Haa along, kamu takde plan nak honeymoon ke?" tanya Tengku Aathif.
"Takde lagi, ayah. Kenapa?" balas Hassanal.
Tengku Aathif menghulurkan sebuah sampul kepada Hassanal.
Hassanal menyambut huluran itu. "Apa dalam ni, ayah?"
"Buka lah dulu, kalau tak buka macam mana nak tahu." Balas Tengku Aathif.
Kemudian Hassanal menghulurkan sampul itu kepada Sofia. "Awak buka lah."
'Dah kenapa mamat batu ni tiba-tiba sweet pulak' bisik hati Sofia.
"Yana buka eh." Sofia lantas membuka sampul itu perlahan-lahan.
"Two tickets to Istanbul?" Sofia sudah tersenyum lebar.
Tengku Aathif dan Puan Saira hanya tersenyum gembira sambil mengangguk.
"Thank you mama, papa." Ujar Sofia lalu bangun menyalam mereka berdua.
"Tapi ayah, kerja along macam mane?" soal Hassanal polos.
'haih, mamat batu ni. Janganlah rosakkan kehappy-an aku. Kang aku sumpah betul-betul jadi batu ni.' Rungut Sofia dalam hati.
"Kamu ni along, angah kan ada. Dia boleh tengok-tengokkan. PA kamu pon ade. Dah jangan risau, honeymoon dulu." Terang Tengku Aathif Panjang lebar.
"Okay ayah. Thank you." Balas Hassanal lalu dia terus menyalam kedua-dua insan itu.
"So, lusa kamu bertolak. Enjoy your honeymoon." Tambah Tengku Aathif lagi.
SKIP
"Welcome to Istanbul." Sapa penyambut tetamu hotel itu.
"Thank you." Balas Sofia kemudian melemparkan segaris senyuman.
Macam nak check-in hotel biasa. Diorang daftar apa semua. Lepastu dapat kad dengan nombor bilik. Kemudian diorang terus masuk bilik, rehat. Penat! Flight lama tahu tak.
Malam tu diorang dah start pusing-pusing Istanbul. Lepak café tepi sungai, tengok boat, tengok bintang. Balik memang penat, terus tidur. Tak fikir apa dah. Bilik diorang set honeymoon, so faham-faham jelah.
Keesokkan harinya, diorang buat aktiviti, bayak. Maklumlah honeymoon, empat hari tiga malam je. So jangan buang masa, marilah kita pusing Istanbul.
Hari kedua diorang pergi Masjib Biru. Lepastu diorang teroka lah kawasan-kawasan yang berdekatan Masjib biru tu sampai ke petang. Malam pulak, diorang jalan-jalan area hotel dengar orang busking. Memang tak melekat kat bilik lah ceritanya. Yang lagi bestnya, Hassanal layan je karenah Sofia. Maybe suka kot tengok Sofia happy.
Disambung pula dengan hari ketiga, dimana diorang pergi ke Muzium Hagia Sophia. Sofia pulak agak minat sejarah jadi dia memang suka pergi tempat bersejarah. Cuma sejarah bukan bidang dia. Macam biasa, diorang teroka Istanbul sampai ke petang, lepastu balik bilik rehat kejap. Malam keluar lagi. Walaupun malam, tapi Istanbul tu hidup. Jadi tak pelik lah kalau ramai orang lepak malam.
Hari keempat pulak diorang cari souvenir untuk di bawa pulang ke Malaysia. Last day kan, so diorang cari lah apa benda yang menarik untuk dibeli. Sebab petang tu diorang dah gerak dah balik Malaysia.
YOU ARE READING
Mrs. Hassanal
RomansaSyarikat dan dunia mafia. mampukah Hassanal mengawal kedua-duanya? Perkhawinan yang diaturkan oleh keluarga mempertemukan Hassanal dengan Sofia. Disebabkan masa silamnya, Hassanal malas nak membantah. Jadi Hassanal akur kepada pilihan keluarganya. S...