Aku cuba melelapkan mata yang susah untuk ditutup.
Aku dengan pantas bangkit dari baring dan memegang kepala yang mula pening bagaikan ingin pecah.
Badan aku mula terasa bahang, mungkin aku demam panas secara mengejut.
Tangan aku dengan pantas mencapai ubat demam lalu ditelannya dan air diteguk rakus. Cawan diletakkan secara kasar. Badan aku mula menggigil hebat. Sakit demam ni boleh tahan juga.
Aku mula menyelebungkan diri dengan selimut dengan harapan aku boleh tidur. Aku dah penat tapi mata tak nak beri kerjasama.
" Esok aku tak nak kerja." Bisik aku dengan suara terketar-ketar. Pergi mampuslah dengan Rayden, aku perlukan masa! Tapi berani ke aku?
Kita tengok esok nanti.__________
Keesokan harinya,
Aku menjerit didalam hati dengan kuat apabila menyedari aku sudah berada dihadapan rumah Rayden. Badan aku masih lemah namun aku pura-pura sihat dihadapan Aira pagi tadi, nasib dia tak perasan.
Bukan apa, dia kesian dengan Kaisara, rasa serba salah dia menggunung tinggi. Itu sebab dia sanggup datang kerja hari ni walaupun demam. Mungkin aku bodoh, tapi biarlah.
Aku mula memasuki kedalam rumah besar tersebut dan aku dapat melihat Rayden sedang menyuap Kaisara roti kedalam mulutnya. Rayden menoleh memandang kearah aku dan satu senyuman kecil diberi.
Aku dengan pantas membalasnya namun baru sahaja aku ingin meletakkan beg aku diatas sofa, Rayden tiba-tiba panggil aku suruh makan.
Aku terdiam. " Makan." Arah Rayden dengan serius. Aku hanya mengangguk lalu duduk disebelah mereka berdua.
Kaisara memandang aku dengan senyuman manisnya. "Kakak Kaira jangan sedih-sedih lagi yer. Kaisara takut. Ni ayah ada buat roti bakar tau! Makan! Makan! Heheh." Kata Kaisara dengan wajah ceria.
Aku menggenggam erat tangan apabila terasa mata ingin berair. Terharunya! Roti yang sudah diletakkan jem coklat diambil lalu dikunyah perlahan-lahan.
Rayden mendiamkan diri apabila mendengar kata-kata dari Kaisara tadi. Pantas wajah Kaira dipandang lama.
" Kalau tak sihat, kenapa datang kerja? Boleh informkan? Aku tak kisah kalau nak bawa Kaisara ketempat kerja aku. So kenapa nak susahkan diri sendiri. Kalau kau pengsan? Kau nak susahkan aku?" Tegur Rayden dengan serius tanpa menapis ayatnya.
Aku terdiam sekali lagi. Kunyahan roti terhenti dan gigi diketap dalam diam. Pantas aku menunduk memandang kebawah. Sejak bila aku jadi cengeng ni?! Tapi jujur hati dia tak kuat. Sampai bila dia nak simpan rahsia ni? Sampai mati? Mungkin aku kena tunggu masa yang sesuai.
" Ayah..." Tegur Kaisara dengan muka takut apabila melihat Rayden menegur Kaira dengan garang.
Rayden hanya mengeluh apabila Kaisara sudah mula membuat muka ingin menangis.
" Ayah mana ada marah kak Kaira. Dah makan roti tu. Ayah nak kerja sekejap lagi." Jawab Rayden lalu difokuskan semula pada makanannya itu.
Kaisara hanya mendiamkan diri dan matanya dalam diam memerhati kearah Kaira yang masih menunduk kebawah.
" Dah makan, sampai bila kau nak tunduk kebawah? Nak aku suapkan? " Tegur Rayden apabila melihat aku hanya menunduk kebawah.
Mendengar teguran dari Rayden, dengan cepat aku mencapai semula roti tadi dan menikmatinya dengan fikiran yang kosong.
Rayden hanya mendiamkan diri dan satu keluhan dilepaskan.
Setelah mereka bertiga selesai bersarapan, Rayden mencapai beg kerjanya dan menarik tangan Kaisara supaya menyalami tangannya sebelum dia berangkat pergi ke tempat kerja.
YOU ARE READING
𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG)
Lãng mạn" Aku ada satu job untuk kau." " Job apa?" " Babysitter." " What?!! babysitter?" - Kaira "Yup! babysitter!" - Ray Mikael ________ " I warning kau, aku ni ibarat anjing bertalam muka serigala." - Rayden. " dan aku ni buta dalam menilai, sebab a...