32 | chat

514 38 3
                                    

Rayden POV:

Aku mencelikkan mata apabila bunyi alarm phone aku berbunyi.

Aku mengeluh kecil lalu bangkit dari baring yang lena.

Sebaik sahaja kaki menjejak lantai,  aku duduk termenung di tepi birai katil seakan orang yang masih mencari otak yang jatuh.

satu keluhan dilepaskan apabila fikiran aku terbayang akan apa yang berlaku semalam.

Rambut dikuak kebelakang dengan wajah yang masih mamai.

" Aku nak tidur balik, boleh tak?" bisik aku perlahan dengan mata yang dipenjamkan.

Namun baru sahaja aku ingin melelapkan mata sekali lagi, bunyi kuat kedengaran di tingkat bawah membuatkan aku tersedar.

Dengan keadaan yang masih mamai, aku capai bathrobe hitam aku lalu melangkah keluar menuju ke tingkat bawah.

Sampai sahaja ditingkat bawah, mata aku terpandang ke arah Kaira yang jatuh terduduk di atas lantai dengan kuali yang sudah mendarat ditepi.

" Kau okay tak?" Soal aku dengan suara yang serak basah.

Namun kata-kata aku tidak dijawab. Pelik.

Aku menghampiri Kaira yang masih terduduk tidak terkata.

Aku tepuk bahu dia sekali. "Oi, kau okay tak?" Soal aku sekali lagi dengan hati yang pelik.

Kaira tersedar dari lamunan dia apabila terasa ada orang tepuk bahu dia dari belakang.

" Err- aku okay." Jawab Kaira lalu cuba bangkit dari duduknya dengan perlahan-lahan.

Rayden hanya menyepi sambil melihat wanita dihadapannya cuba bangun kembali.

" Pagi-pagi dah buat bising. Kau nak buat apa sebenarnya? Breakfast?" Perli Rayden dengan muka dingin.

Kaira hanya mendiamkan diri lalu diangkat semula kuali yang jatuh tadi.

" aku nak masak lah, takkan aku nak buat dapur pulak." Jawab Kaira dengan dingin sambil mengambil beberapa bawang merah dan putih.

"Dah kejut anak aku?" Soal aku sambil melihat Kaira yang sedang memotong bawang.

Kaira hanya menyepi. "Aku bukan isteri kau, kau pergilah kejut Kaisara." Jawab Kaisara dingin.

Aku terdiam.

" Dah tu, kau maid ke dalam rumah ni? Aku upah kau jaga anak aku, bukan jadi maid dalam rumah ni." Perli Rayden dengan hati yang sedikit panas.

Kaira meletakkan pisau yang dipegangnya. Nafas panjang diambil sejenak.

" Rayden, kau pernah nampak tak perempuan meroyan?" Soal Kaira dengan pandangan tajamnya kearah aku.

Aku merenung pandangan tajamnya dengan muka yang kosong.

" Pagi-pagi nak meroyan?" Perli aku dengan sengaja.

" Yes! Aku tak teragak untuk baling pisau ni kat kau Rayden. So stop make me wanna kill you!" Kata Kaira dengan muka yang serius.

Aku hanya tersenyum sinis lalu dihampiri Kaira dengan niat ingin melihat Kaira menyediakan bahan-bahan untuk sarapan pagi.

"Lain kali tak payah buat sarapan, aku tak nak susahkan kau. Bukan ke malam tu kau kata, kau nak aku mudahkan kerja kau?" Bisik Rayden ditepi telinga Kaira dengan senyuman sinisnya.

Kaira meneruskan kerjanya walaupun di dalam hatinya ingin menjerit.

Melihat Kaira hanya menyepi, aku tersenyum lebar.

𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG) Where stories live. Discover now