21 | obses

871 53 4
                                    

Jaxx tersenyum melihat wajah Kaira yang berada didalam gambar yang dipegangnya itu.

Kepingan gambar tersebut direnung dengan penuh rasa kasih sayang yang tidak dapat dinafikan lagi oleh seorang lelaki yang bernama Jaxx.

Jaxx mula menampal gambar tersebut ke dinding yang dipenuhi dengan gambar-gambar Kaira yang melakukan aktiviti rutin harian.

Melihat hasil tampalan darinya, membuatkan Jaxx tersenyum lebar dan terus menerus merenung permandangan yang indah itu.

Namun hati Jaxx merasakan sesuatu yang tidak lengkap.

Jaxx sedar dia dah lama tak jumpa Kaira kesayangannya itu sejak dia hantar Kaira ke rumah Rayden lagi.

Tiba-tiba rasa sakit di hati membuatkan Jaxx merasakan satu kerinduan yang tidak dapat ditangkis lagi.

" I miss you Kaira." Keluh Jaxx lalu dibaringkan tubuhnya keatas katil dengan fikiran yang masih memikirkan Kaira.

Satu senyuman mula terukir di bibir Jaxx apabila satu rancangan mula terlintas di fikirannya itu. Pantas telefon milik Jaxx diambil lalu nombor telefon Kaira ditekan dan didail.

Tut ...Tut....Tut ....

" Come on Kaira....angkat." bisik Jaxx yang masih berharap.

Tut ...Tut....tut...

Clak!!

" Hello.." jawab Kaira di dalam panggilan dengan suara yang serak.

Jaxx terdiam apabila mendengar suara serak milik Kaira.

" Kau baru bangun tidur ke?" Soal Jaxx dengan terkejut.

" Haah...aku baru bangun dari  tidur. Kenapa tiba-tiba call aku ni?" Soal Kaira dengan suara mamai.

Jaxx tersenyum dalam diam.

" Kenapa kau baru nak bangun? Dah pukul 11 dah ni." Soal Jaxx dengan tenang.

Kaira mendiamkan diri.

" Aku tak beberapa sihat tapi sekarang dah Okay sikit. " Jawab Kaira dengan perlahan.

Jaxx menggangguk tanda mengerti.

" Aku nak jumpa kau. Boleh?" Soal Jaxx yang sengaja ingin mencuba.

Kaira mendiamkan diri lagi.

" Urgent ke?" Soal Kaira.

Jaxx tersenyum dalam diam.

" Of course urgent." Bisik Jaxx dengan tenang apabila dapat mendengar suara Kaira.

" Ok."

" Aku amik kau dekat rumah." Kata Jaxx lalu panggilan ditamatkan dengan senyuman yang lebar.

______

Kaira masih merenung telefon yang dipegangnya itu dengan hati yang masih ragu-ragu.

Bukan apa, kata-kata dari Rayden masih terngiang-ngiang dekat kepala aku ni.

Tapi entah kenapa, aku tak sanggup nak tolak permintaan Jaxx. Adakah ini sumpahan? Tiber.

Tanpa membuang masa, dengan cepat aku bersiap-siap sebelum Jaxx sampai nanti kang.

_______

Suasana yang sunyi antara mereka berdua membuatkan bunyi radio kedengaran jelas.

Namun bagi Jaxx, perkara itu membuatkan dirinya resah, dia tak suka suasana yang sunyi. Lagi-lagi dengan Kaira!

" Kau dah okay sikit?" Soal Jaxx terlebih dahulu.

Kaira hanya mengganguk.

" Kalau tak beberapa sihat, aku tak paksa kau pun. Aku boleh hantar kau balik." Kata Jaxx dengan tenang.

𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG) Where stories live. Discover now