19| accident

716 52 14
                                    

Ting!!

Aku mengangkat phone aku yang berbunyi tanda mesej masuk. Mata aku melihat satu mesej dari nombor yang tidak dikenali.

Aku tersengih lalu ditekan kotak mesej tersebut.

Tunggu aku dekat depan kafe Symon pukul 10 pagi esok - 019xxxxxxx

__________

Aku berdiri dihadapan kafe Symon seperti yang diminta oleh Zara. Sengaja aku mengenakan hoodie hitam dan seluar Jean hitam supaya tiada siapa yang mengenali dirinya.

Kerja di melodylan secret hanyalah kerja sampingan, namun kerja lagi satu ni sebagai hobinya.

Namun entah kenapa, hati aku rasa macam tak sedap. Entahlah.

Sedang aku sibuk memikirkan, satu kereta muncul dihadapan aku.

Cermin kereta diturunkan lalu muncul seorang lelaki yang memakai mask hitam.

" Kaira right?" Soal lelaki tersebut kepada aku.

Aku merenung mata coklat milik lelaki tersebut. " Yes." Jawab aku dengan dingin.

" Okay come in." Jawab lelaki tersebut lalu dinaikkan semula cermin keretanya.

Mendengar responnya,  pintu penumpang bahagian belakang dibuka namun tiba-tiba lelaki tersebut mengunci keretanya tak nak bagi aku masuk.

Aku terkaku. Aku merenung lelaki tersebut dari jauh dengan bengang.

" Aku nak masuk." Perli aku kepada dia sambil mengetuk cermin keretanya. Lelaki tersebut merenung aku lalu cermin keretanya diturunkan semula.

Jari lelaki itu menunding kearah seat sebelahnya.

" Duduk depan." Arah lelaki tersebut lalu dinaikkan semula cermin keretanya.

Aku mengeluh kecil lalu melangkah menuju kearah pintu lagi satu dan dibuka dengan hati yang menyampah.

Melihat aku sudah masuk, lelaki tersebut memulakan perjalanannya kembali.

" Aku bukan pemandu kau, jadi sila duduk dihadapan. Get it?" Tegur lelaki tersebut dengan suara yang serak basah.

Aku hanya mendiamkan diri dan sempat mata aku menjeling kearahnya.

" Zara mana?" Soal aku.

" Sekejap lagi kau jumpa dia." Jawab lelaki tersebut dengan senyuman disebalik mask hitamnya itu.

Aku yang mendengar hanya mendiamkan diri lalu menumpukan perhatian pada jalan raya dihadapan.

" Kau ke yang mesej aku semalam?" Soal aku tiba-tiba.

Lelaki tersebut hanya mendiamkan diri.

" So kau lah ni?" Soal aku sekali lagi lalu dipandang semula jalan raya dihadapannya.

Sedang dalam beberapa minit, kereta kami berhenti ditepi jalan raya secara tiba-tiba.

Aku terdiam. Shit aku dah cakap, aku tak sedap hati!

" Kenapa kau berhenti dekat sini?" Soal aku dengan dingin.

Lelaki tersebut hanya menyandarkan badannya sambil merenung jalan raya dihadapannya itu.

" Listen me Kaira, apa yang kau lihat sekejap lagi, aku nak kau tutup mulut kau." Pesan Lelaki tersebut lalu direnung wajah aku lama.

Aku merenungnya tajam dan pantas mengalihkan pandangan aku ketempat lain.

" Shit!" Bisik aku lalu direnung semula permandangan dihadapan aku.

Selang beberapa minit, aku masih merenung keluar cermin melihat kereta-kereta yang lalu lalang melepasi kereta kami dengan hati yang masih gelisah.

𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG) Where stories live. Discover now