33 | memories

450 30 0
                                    

warning: children abuse and blood⚠️

_____________

Jaxx merenung chat antara dia dan Kaira.

Renungan kosong mula berubah menjadi renungan yang penuh dengan rasa penyesalan serta sakit di hati menahan rasa rindu dan sayang yang tidak terbalas.

Mata Jaxx merenung semua gambar-gambar Kaira yang ada di dinding biliknya itu dengan pandangan yang penuh rasa cinta yang mendalam.

Namun apabila melihat seperti ada satu gambar yang kurang, membuatkan Jaxx mula resah.

Pantas buku di ribanya diletakkan diatas meja lalu bangkit mula menggeledah semua tempat yang ada di dalam biliknya itu namun tetap tidak dijumpai.

Jaxx berdiri sejenak mengatur nafasnya yang tidak teratur.

mendengar suara-suara lelaki di luar balkoni membuatkan Jaxx mula melangkah menuju ke balkoni biliknya yang terbuka luas itu.

Jaxx merenung ke bawah dan dapat dilihat dua anak buah atau pekerjanya sedang berbual di taman yang terletak bersebelahan bilik Jaxx.

" Kau tahu ni gambar siapa?aku terjumpa benda ni dekat sini." Soal lelaki itu kepada rakan sekerjanya itu sambil menunjukkan gambar kertas berupa potret seorang wanita.

Lelaki itu membelek sejenak gambar potret tersebut.

" Aku tak kenal perempuan ni. Hurm tapi-" jawab lelaki tersebut namun entah kenapa terasa aura gelap yang mematikan dari atas.

Lelaki itu mendongak ke atas maka terserlah keberadaan Tuan muda mereka di balkoni tersebut dengan muka yang merenungnya tajam.

Lelaki itu terkedu dan tangannya mula menggigil.

" Oi kau kenapa? Nampak hantu ke? Takkan siang buta ada hantu!" Tegur rakannya yang masih belum mengetahui apa yang berlaku.

" Selamat pagi Tuan muda Jaxx!" Sapa lelaki itu dengan pantas sambil ditundukkan kepalanya ke bawah tanda hormat.

Sebaik sahaja melihat rakannya berkata sedemikian dengan pantas dia juga memberi sapaan kepada Tuan muda mereka berdua.

Gambar potret di tangannya diletakkan disisinya.

" Aku nak gambar dekat tangan kau tu- sekarang." Kata Jaxx dengan serius.

Lelaki tersebut mengangkat kembali kepalanya lalu diangguk tanda mengerti dan berlari memasuki ke dalam rumah untuk menghantar semula potret tersebut.

" Boleh aku tahu apa yang kau nak cakap tadi? Tapi apa? Hm?" Soal Jaxx kepada lelaki yang masih berdiri di situ tanpa mengangkat kepalanya.

" Tak ada apa-apa Tuan muda! saya tak ada niat nak cakap lebih tentang potret tu, maafkan saya Tuan muda!" Jawab lelaki tersebut dengan bersungguh-sungguh.

Jaxx hanya merenung anak buahnya itu lama.

Kedengaran pintu diketuk membuatkan Jaxx tersenyum kecil.

" Kau boleh sambung kerja semula." Tegur Jaxx lalu memasuki kedalam biliknya semula.

Lelaki tersebut pantas mengganguk. "Terima kasih Tuan muda!" Jawab lelaki itu lalu meninggalkan kawasan tersebut dengan hati yang seriau.

Jaxx membuka pintu dengan senyuman di bibirnya.

" Ini potretnya Tuan muda!" Kata lelaki itu lalu dihulurkan potret tersebut kepada Jaxx.

Jaxx menerima huluran tersebut dan di belek potret wanita yang dicintainya itu.

" Kau boleh pergi." Kata Jaxx lalu menutup pintunya semula.

𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG) Where stories live. Discover now