Aku mencelikkan mata yang terasa berat sangat untuk dibuka.
" Auchh!!" keluh aku apabila terasa ngilu pada belakang kepala aku, pantas aku menyentuhnya dan terasa darah kering disitu.
aku cuba menstabilkan otak aku yang blur tadi. dengan aku terbaring dekat tepi kolam. nasib baik tak terjatuh masuk kolam. mahu jadi plastik terapung nanti.
pantas aku cuba bangkit dan memasuki ruang rumah. otak aku masih blur.
aku mencari Kaisara sejenak. terasa pelik apabila melihat ruang pintu terbuka luas dan aku mula rasa lain macam. ini lain macam, macam tak kena ni!!
dengan pantas aku menuju kearah bilik tidur Kaisara dan didalamnya kosong dan sepi.
Aku terjatuh duduk.
" Kaisara!!! arghh macam mana aku boleh terlupa ni!?" jerit aku dengan seribu penyesalan. sedang aku ralit memikirkan, telefon rumah berbunyi nyaring.
aku menjerit kasar.
"Ah!! tolong jangan cakap tu Rayden. Mati aku!!" keluh aku tapi aku kuatkan hati juga mengangkatnya. event tangan dah menggigil.
" Kaira!!! Ouhh god kau angkat juga finally!" jerit Ray Mikael didalam panggilan dengan resah.
terdengar saja suara Ray, aku menarik nafas lega. tapi lega aku sekejap sahaja.
" mana phone kau Kaira? aku call tak angkat. nasib baik aku ada no phone rumah Rayden. So hell sekarang sebab Kaisara dah HILANG!!" jerit Ray Mikael dengan marah.
aku mengetap bibir menahan rasa.
" Macam mana kau tahu?" soal aku pelik dan soalan aku nampak bodoh disitu but please! aku blur lagi.
" Ouh Kaira!! of course aku tahu sebab rumah Rayden tu ada CCTV tertutup! aku dah tengok tadi. " bebel Ray dengan resah.
Aku menepuk dahi kuat.
" Okay! kau dapat detect tak mana lokasi Kaisara?" soal aku tanpa soal banyak lagi. nyawa Kaisara lagi penting.
Ray mengeluh kecil didalam panggilan.
" Aku sempat pasangkan alat pengesan pada kaki Kaisara. nanti aku hantarkan location dekat kau. " pesan Ray dengan tegas lalu ditamatkan panggilan tadi.
aku mengeluh kecil.
" Baby? im sorry."
_____
Hiroshima, Jepun
" okay perbincangan kita sampai disini saja." kata Rayden dengan ramah lalu semua pekerja-pekerja syarikatnya beransur keluar dari bilik mesyuarat itu.
Rayden menyandar lemah pada kerusi hempuk itu sekejap.
" Tuan masih fikirkan apa?" soal Danial dengan prihatin yang masih setia berada disebelah Tuannya itu.
" Aku rasa tak sedap hati." keluh Rayden lalu kepalanya diurut sejenak.
" Maksud Tuan?"
Rayden cuma mampu menggeleng tanda tidak apa-apa. abaikan.
Danial cuma mengangguk tanda mengerti.
" Tuan need a rest." pesan Danial dengan perlahan lalu satu panggilan terpapar pada skrin Iphonenya itu. Danial mula rasa tidak sedap hati, air liur ditelan.
_____
Aku merenung lama persekitaran rumah banglo dihadapan aku kini. lokasi aku sekarang adalah bersembunyi disebalik pokok-pokok di halaman Banglo tersebut. hmm aku tak adalah gayat mana.
YOU ARE READING
𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG)
Romance" Aku ada satu job untuk kau." " Job apa?" " Babysitter." " What?!! babysitter?" - Kaira "Yup! babysitter!" - Ray Mikael ________ " I warning kau, aku ni ibarat anjing bertalam muka serigala." - Rayden. " dan aku ni buta dalam menilai, sebab a...