P/s: pasangan dikira kalah sekiranya terkena lebih daripada 2 das tembakan.
" aku pun pernah buat semua tu." Luah Jaxx dengan tenang walaupun dapat dilihat wajah Kaira yang terkejut.
" What do you mean Jaxx.." soal aku semula dengan hati yang tidak percaya namun aku cuba fokuskan semula tarian aku dengan Jaxx.
Jaxx tersenyum kecil lalu dirapatkan semula badan mereka berdua sebelum Jaxx melakukan pusingan bersama dengan aku sekali seakan ingin mengubah topik tadi.
" Jaxx.." panggil aku sekali lagi namun Jaxx hanya mendiamkan diri lalu dengan pantas Jaxx merendahkan badan aku ke bawah sambil tangan aku berpaut pada lehernya.
Mata kami berdua bertaut namun Jaxx pantas mengalihkan pandangannya ke tempat lain lalu diangkat semula Kaira ke dalam dakapannya apabila lagu tiba-tiba berhenti.
" Jaxx look at me." Pinta aku apabila Jaxx seakan ingin mengelak pandangan aku.
Jaxx hanya mendiamkan diri lalu dengan pantas Jaxx mengeluarkan pistolnya lalu dilepaskan dua das tembakan ke arah dua pasangan yang berhampiran dengan dingin apabila dengan matanya sendiri pasangan tersebut seakan target ke arah Kaira.
Jeritan mula memenuhi ruang Ballrooms tersebut namun Jaxx tetap tenang kecuali aku.
Beberapa pasangan wanita ada yang mula jatuh menahan sakit di tempat yang terkena tembakan namun pasangan mereka hanya tenang bagaikan tiada apa yang berlaku malah dipaksa menari sekali lagi.
Hati aku mula rasa tidak sedap hati apabila melihat wajah Jaxx yang tiba-tiba dingin.
"Pasangan 10 out!" Umum pengacara lelaki tersebut apabila satu pasangan dikeluarkan.
Beberapa bodyguard yang berpakaian hitam mula membawakan backboard ataupun stretcher lalu diangkat wanita tersebut yang tidak dapat berjalan.
" Non è legale se non mi metti in imbarazzo!"
" tak sah kalau kau tak buat aku malu!" marah lelaki tersebut dengan muka yang bengang sambil meraup rambutnya kebelakang." Can you just shut up!! This won't happen if you're good at playing!" Marah wanita tersebut dengan muka yang masih menahan ngilu di kakinya.
Lelaki itu hanya mengeluh kasar lalu dikeluarkan kotak rokoknya dengan wajah yang bengang.
Lagu yang kembali dipasang membuatkan suasana yang bising tadi kembali tenang apabila setiap pasangan yang masih bertahan mula fokus pada tarian mereka tersendiri.
Aku menghela nafas panjang apabila lagu kembali di pasang namun melihat wajah dan sikap Jaxx yang tiba-tiba berubah tadi membuatkan aku sedikit bengang.
" Look at me Jaxx." Keluh aku lalu dengan sengaja aku genggam erat tangan aku dengan Jaxx.
Walaupun aku menggengam erat tangan Jaxx, Jaxx masih seakan membisukan dirinya.
" I'm bad guy Kaira. Do you still want to be with me?" Keluh Jaxx dengan perlahan dengan mata yang tiba-tiba berair.
Aku terkedu mendengarnya.
" Kau tak perlu jawab...aku tak nak dengar pun jawapan kau.." keluh Jaxx dengan air mata yang tiba-tiba jatuh.
Aku masih terdiam namun mendengar lagu mula terhenti membuatkan jantung aku bagaikan ingin berhenti!
" Watch out Jaxxx!!" Jerit aku apabila satu tembakan menuju ke arah belakang Jaxx tanpa Jaxx sedar, dengan pantas aku menolak badan Jaxx ke tepi serta merta lalu peluru kapur tersebut betul-betul meleset ditepi lengan aku.
YOU ARE READING
𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG)
Romance" Aku ada satu job untuk kau." " Job apa?" " Babysitter." " What?!! babysitter?" - Kaira "Yup! babysitter!" - Ray Mikael ________ " I warning kau, aku ni ibarat anjing bertalam muka serigala." - Rayden. " dan aku ni buta dalam menilai, sebab a...