Rayden memeriksa badan anak buahnya yang masih terbaring akibat letupan yang baru sahaja berlaku petang tadi.
Semua pekerjanya telah ditempatkan di hospital. Sebagai ketua, Rayden bertanggungjawab atas perkerjanya.
" Boss!!" Tegur Adam dari belakang apabila dia mendapat arahan yang Rayden memanggilnya.
Rayden menoleh kebelakang dan senyuman terukir dibibirnya walaupun keadaan sangat tegang sekarang.
" Tell me what going on right now Leader Adam." Arah Rayden dengan muka yang tenang.
Adam pantas menggangguk.
"Berdasarkan apa yang saya tahu boss, saya yakin ada orang yang nak sabotaj kita semua. Sebab letupan hanya berlaku di bahagian hadapan mansion bukannya didalam mansion. Tapi ledakan yang berlaku cukup kuat untuk mencederakan hampir separuh ahli pasukan!" Terang Adam dengan muka yang serius.
" Dah berapa kali dia sabotaj kita semua?" Soal Rayden dengan serius.
" Ini baru sabotaj kali kedua Boss! Tapi ikut firasat, saya yakin mereka takkan melangkah satu langkah sahaja Boss! Mereka semua pasti ada plan seterusnya." Bagitau Adam.
Rayden hanya mengangguk. Sabotaj pertama adalah perancangan pembunuhan Kaisara iaitu anaknya. Sekarang letupan masion dorang pula?
" Arahkan pasukan kita ketatkan kawalan sekitar mansion termasuk rumah aku Adam. Aku yakin dia akan target rumah aku pula." Arah Rayden dengan tegas.
" Baik Boss!!" Jawab Adam lalu meminta diri meninggalkan kawasan tersebut.
" Wait Adam!!" Panggil Rayden dengan serius. Adam terhenti apabila namanya dipanggil semula.
" Ye boss?" Soal Adam.
" Aku nak kau berkerjasama dengan Leader Affan. Aku tak ada masa nak lihat korang berdua bergaduh. Perkara takkan selesai kalau korang berdua bermasam muka, kerja aku takkan berjalan lancar." Tegur Rayden dengan muka yang dingin sehingga Adam menelan air liur.
Adam mendeham sejenak.
" Saya cuba Boss!" Jawab Adam yang teragak-agak.
"Aku nak korang berbaik, atau kau nak aku campur tangan?" Ugut Rayden dengan serius lalu pisau ditangannya dikeluarkan sengaja untuk memprovok Adam. Pisau kecil tu memang setia didalam poket Rayden so jangan risau yer.
Adam pantas menggangguk laju.
" Baik Boss!! Saya faham!!" Jawab Adam dengan yakin.
Rayden tersenyum lebar mendengarnya lalu bahu Adam ditepuk perlahan-lahan.
" Good boy." Bisik Rayden lalu ditinggalkan bilik terakhir tersebut setelah selesai melawat semua pekerjanya.
Adam hanya tersenyum lalu satu keluhan dilepaskan.
_______________
" Jangan samakan aku dengan Zara. Aku dengan dia lain." Keluh Kaira lalu mata Jaxx dipandang tajam.
Jaxx hanya tersenyum lalu pandangannya dialihkan ketempat lain.
" Okay." Jawab Jaxx sambil matanya ralit melihat Kaisara bermain dengan anak patung diruang tamu. Ya dekat luar tiba-tiba hujan, tu yang mereka bertiga terpaksa duduk diruang tamu.
" Aku takkan samakan. Kau memang berbeza pun dengan dia." Keluh Jaxx lalu matanya termenung memandang sofa dihadapannya itu dimana matanya dapat melihat Zara yang suka duduk diatas sofa tersebut.
Kenangan bersama Zara terimbas kembali didalam ingatannya. Rambut Zara yang ikal mayang dan wajahnya putih dengan bibirnya yang merah membuatkan Jaxx memejamkan matanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/192461448-288-k379053.jpg)
YOU ARE READING
𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG)
Romance" Aku ada satu job untuk kau." " Job apa?" " Babysitter." " What?!! babysitter?" - Kaira "Yup! babysitter!" - Ray Mikael ________ " I warning kau, aku ni ibarat anjing bertalam muka serigala." - Rayden. " dan aku ni buta dalam menilai, sebab a...